Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

20 Tempat Menarik di Banting Berserta Aktiviti Tentatif Cadangan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
11 Februari, 2024
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 3 mins read
10.2k 103
A A
0
Tadom-Hill-Resorts
10.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Banting Selangor yang popular?

Banting, sebuah pekan di Selangor yang terkenal dengan pantai Morib, menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang sesuai untuk percutian hujung minggu.

Jika anda mencari destinasi yang dekat dengan bandar, tetapi juga menawarkan suasana yang tenang dan alami, Banting adalah pilihan yang tepat.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ianya juga menjadi pilihan warga Kuala Lumpur untuk berehat sebentar dan inginkan rehat diri dengan pemandangan serta aktiviti hijau.

tempat-menarik-di-banting

  • Lihat Penginapan Terbaik di Banting
  • Lihat Aktiviti Popular di Banting
  • Lihat Peta Percutian di Banting

Pin

  • 1 Pantai Morib
  • 2 Tadom Hill Resort
  • 3 Bukit Jugra
  • 4 Istana Bandar
  • 5 Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin
  • 6 Pantai Kelanang
  • 7 Dataran Banting
  • 8 Kampung Endah
  • 9 Pasar Kampuchea
  • 10 Rumah Dato’ Haji Sidek
  • 11 Aktiviti yang boleh dilakukan di Banting
    • 11.1 Bergembira di Tadom Hill Resort
    • 11.2 Mendaki Bukit Jugra
    • 11.3 Paragliding di Bukit Jugra
    • 11.4 Bersantai di Pantai Morib
    • 11.5 Menikmati makanan yang sedap di Banting
  • 12 Tentatif Cadangan dan Bajet Percutian di Banting
Berikut adalah beberapa perkara yang menarik tentang percutian di Banting, serta cadangan tentatif dan bajet percutian.


Pantai Morib

Pantai-Morib-Tracy-Ng
Pantai Morib | Imej oleh: Tracy Ng

Pantai Morib sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari Klang dan Kuala Lumpur kerana jaraknya yang boleh dikatakan dekat.

Pantai ini menyediakan fasiliti seperti gazebo, taman permainan kanak-kanak, tempat bermain gasing, pentas serbaguna, pandang bola sepak pantai dan kedai makan.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah bermain bola sepak pantai, layang-layang, bola tampar dan mengutip cengkerang. Menariknya ketika air pantai ini surut, anda boleh berjalan sehingga 400 ke 500 meter di tengah pantai. Terdapat sebuah tugu kecil yang terletak di tengah bulatan kecil yang menjadi simbol kedatangan tentera Inggeris pada tahun 1945.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pantai, Morib, 42700 Banting, Selangor

Tadom Hill Resort

tempat-menarik-di-banting-selangor

Tadom Hill Resort yang berkonsepkan buluh ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk anda. Lagi seronok jika ke sini bersama rakan-rakan atau ahli keluarga untuk meneroka lokasi berkeluasan 45 ekar ini.

Antara aktiviti menarik adalah 5-m Bamboo Diving Platform, Tarzan Swing, Bamboo Rafts, Giant Jenga, Bamboo Playground dan banyak lagi.

Tadom-Hill-Resorts-2

Anda boleh mendapatkan pas harian ataupun menginap di sini. Untuk pengalaman menginap pasti berbeza kerana anda bakal menginap di chalet buluh atau menginap di hammock.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Di waktu malam bolehlah menikmati BBQ bersama rakan-rakan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Bukit Jugra

Bukit-Jurga-Ucool-Studio
Bukit Jurga | Imej oleh: Ucool Studio

Jugra dikenali sebagai kota diraja yang mempunyai keindahan tersendiri sejak sekian lamanya hinggalah kini.

Di sini terdapat Bukit Jugra yang terkenal dalam kalangan hikers di Malaysia. Trek yang santai menjadikannya sesuai untuk pemula yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti luar ini.

Bukit-Jurga-Bihub-Yop
Imej oleh: Bihub Yop

Namun begitu, masih terdapat beberapa trek yang agak mencabar dan memakan masa yang lebih lama untuk tiba ke puncaknya.

Setibanya di puncak anda boleh melihat dua buah menara api iaitu menara era penjajah dan menara konkrit. Selain itu anda boleh melakukan aktiviti paragliding, drift trike, melawat Kompleks Makam Diraja dan Muzium Insitu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jugra, 42700 Banting, Selangor

Istana Bandar

Istana-Bandar-Eg-Romaizi
Istana Bandar | Imej oleh: Eg Romaizi

Istana Bandar atau Istana Alaeddin yang terletak di Kampung Sungai Ingat ini dibuka setiap hari seawal jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Istana yang dibina pada abad ke 19 ini menggabungkan senibina tempatan, Moor dan kolonial dengan bumbung limas yang begitu unik.

Istana-Bandar-Abbas-A-Faizli
Istana Bandar | Imej oleh: Abbas A Faizli

Dek kerana rekabentuknya yang unik, ia sering menjadi pilihan orang ramai untuk mengadakan photoshoot di sini, terutamanya pasangan pengantin.

Tambahan lagi, tiada bayaran masuk yang dikenakan buat pengunjung. Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah dijadikan sebagai Pusat Kraftangan Daerah dan Pejabat Agama Islam Negeri Selangor.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30a – 5:30pm | Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting, Selangor

Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin

Masjid-DiRaja-Sultan-Alaeddin-Abdul-Hakim
Masjid DiRaja Sultan Alaeddin | Imej oleh: Abdul Hakim

Masjid yang terletak berdekatan dengan Istana Bandar ini telah dibuka oleh Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke-5) dan diguna oleh baginda untuk menunaikan solat Jumaat.

Masjid ini pula menggunakan senibina dari Medan, Sumatera Utara dan diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah.

Masjid yang dibina sekitar tahun 1905 ini pernah menjadi Masjid Negeri bagi Selangor.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor

Pantai Kelanang

Pantai-Kelanang-Sek-Kok-Fhai
Pantai Kelanang | Imej oleh: Sek Kok Fhai

Selain Pantai Morib, Pantai Kelanang tidak kurang menariknya untuk dikunjungi bagi aktiviti rekreasi.

Pantai Kelanang semakin dikenali apabila kerajaan mula memajukan kawasan ini sebagai salah satu destinasi pelancongan dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Pantai-Kelanang-Jimmy-Wong
Imej oleh: Jimmy Wong

Antaranya Pesta Kelaut Pantai Kelanang pada tahun 2023, malah Pantai Kelanang turut dinobatkan sebagai Johan Pantai Angkat Negeri Selangor pada tahun 2016.

Lokasi pantai ini turut sesuai untuk aktiviti berkelah dan berkhemah dengan adanya pohon-pohon yang rendang. Antara fasiliti yang disediakan adalah tandas awam, tempat letak kereta dan gerai makanan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pantai Baru, Kampung Kelanang, 42700 Banting, Selangor

Dataran Banting

Dataran-Banting-Hasz-Hafiz
Dataran Banting | Imej oleh: Hasz Hafiz

Kawasan rekreasi sering menjadi pilihan jika anda bercuti bersama anak kecil bagi memberikan ruang buat mereka bebas bermain.

Dataran Banting ini dibina bagi komuniti untuk beriadah, secara tidak langsung menjadi tumpuan pelancong dengan adanya beberapa aktiviti yang menarik.

Di sini terdapat wall climbing, trek papan luncur dan taman permainan kanak-kanak.

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, dataran ini akan mengadakan pertunjukan tanglung yang begitu meriah dengan pelbagai bentuk.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Taman Budiman, 42700 Banting, Selangor

Kampung Endah

Pemandangan-Kampung-Endah
Pemandangan Kampung
Endah

Di Banting ini terdapat 33 buah kampung, namun Kampung Endah merupakan yang paling popular dan menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati kehidupan di perkampungan.

Kampung Endah terkenal dengan tarikan inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay yang menawarkan pemandangan desa yang begitu indah.

Menariknya lagi kampung ini turut memenangi beberapa anugerah seperti Kampung Terbaik Negeri Selangor, Kampung Terindah Negeri Selangor, ANugerah Kategori homestay Malaysia dan banyak lagi.

Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan pelancong dari Great Britain, Jepun dan Korea Selatan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kampung Endah, Kampung Endah, 42700 Banting, Selangor

Pasar Kampuchea

Pasar-Kemboja-Azlan-Hamzah
Pasar Kemboja | Imej oleh: Azlan Hamzah

Pasar Kampuchea adalah antara tarikan yang berdekatan dengan Kampung Endah yang turut digelar Pasar Kemboja.

Pasar yang beroperasi setiap hari Ahad pada awal pagi hingga 12 tengah hari ini menawarkan pelbagai produk dengan harga yang berpatutan.

Pasar ini terletak di Kampung Kanchong Darat, yang mana peniaganya merupakan warga Kemboja beragama islam yang sudah menetap di kampung itu sejak tahun 1980-an lagi.

Di sini anda boleh membeli telekung, tudung, kain ela, makanan kemboja seperti tong mo, lol mok dam serta kan pedam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kenanga, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor

Rumah Dato’ Haji Sidek

Haji-Sidek-Kamar-Malaysian-Badminton-Legenda-Nur-Aisya
Haji Sidek Kamar Malaysian Badminton Legenda | Imej oleh: Nur-Aisya

Dato’ Haji Sidek merupakan bapa kepada lima orang jaguh badminton negara iaitu Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Kisah animasi Anak-Anak Sidek pasti tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jadi anda boleh melawat Rumah Dato’ Haji Sidek yang terletak di Kanchong Darat.

Rumah kayu berwarna biru ini mempunyai sebuah tugu peringatan di halaman rumahnya iaitu bulu tangkis dan sepasang raket badminton.

Bagi mengetahui tentang sejarah mereka, bolehlah kunjungi lokasi ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor

Aktiviti yang boleh dilakukan di Banting

Tadom-Hill-Resorts

Bergembira di Tadom Hill Resort

Ini adalah salah satu tempat menarik di Banting yang paling cantik, yang menyediakan pelbagai jenis penginapan dan aktiviti untuk semua peringkat umur.

Anda boleh memilih untuk bermain air dari platform menyelam, bergayut seperti Tarzan, berakit, abseiling, flying fox, ATV, memanah, dan banyak lagi.

Anda juga boleh menikmati pemandangan bukit dan tasik yang indah, serta menginap di pondok buluh atau hammock yang unik.

Mendaki Bukit Jugra

Jika anda suka cabaran dan pemandangan yang menakjubkan, anda boleh mencuba mendaki Bukit Jugra, yang berketinggian 400 kaki.

Dari puncak bukit, anda boleh melihat pertemuan antara Selat Melaka dan Sungai Langat, serta kawasan sekitarnya.

Anda juga boleh melawat Rumah Api Jugra, Istana Bandar, dan Makam Sultan Abdul Samad yang bersejarah di kawasan ini.

Paragliding di Bukit Jugra

Jika anda ingin merasai pengalaman yang lebih mendebarkan, anda boleh mencuba paragliding di Bukit Jugra, dengan bantuan pengajar profesional.

Anda boleh terbang di udara selama 5 hingga 10 minit, bergantung kepada cuaca, dan menikmati pemandangan yang luar biasa dari atas.

Anda juga boleh membeli pakej dengan foto atau video GoPro untuk mengabadikan pengalaman anda.

Bersantai di Pantai Morib

Ini adalah salah satu pantai yang popular di Selangor, yang menawarkan pemandangan dan bunyi air laut yang menenangkan.

Anda boleh berjalan-jalan di dataran berbata yang panjang, bermain layang-layang, membeli makanan ringan tempatan, dan menonton matahari terbenam.

Anda juga boleh menginap di resort atau hotel yang berdekatan dengan pantai, seperti Gold Coast Morib International Resort, Villea Morib, atau Santai Morib Hotel.

Menikmati makanan yang sedap di Banting

Banting juga menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sedap dan berpatutan, dari masakan kampung hingga masakan barat.

Antara tempat makan yang disyorkan adalah The Chaiwalla Banting, yang menyajikan makanan mamak dengan sentuhan moden, seperti roti canai cheesy, nasi lemak kaw-kaw, dan burger meletup.

Anda juga boleh mencuba Restoran Nasi Arab Luqman, yang menyediakan nasi daging, nasi mandi, dan nasi briyani yang lazat.

Jika anda suka makanan laut, anda boleh pergi ke Restoran Assam Batu Laut, yang terkenal dengan ikan bakar, sotong goreng tepung, dan udang masak lemak.


Tentatif Cadangan dan Bajet Percutian di Banting

Banting-Selangor-esmonde-yong
Imej oleh: Esmonde Yong

Berikut adalah contoh tentatif dan bajet percutian di Banting untuk dua hari satu malam, untuk dua orang dewasa:

Hari Pertama

– Pagi: Bertolak dari Kuala Lumpur ke Banting, mengambil masa kira-kira satu jam. Sarapan di Restoran Nasi Arab Luqman, menikmati nasi daging dan teh tarik. (Bajet: RM20)

– Tengah hari: Tiba di Tadom Hill Resort, daftar masuk dan letak barang-barang di penginapan. Mula beraktiviti di resort, seperti bermain air, berakit, abseiling, dan flying fox. (Bajet: RM200 untuk penginapan dan aktiviti)

– Petang: Meneruskan aktiviti di resort, atau berehat di pondok atau hammock. Menikmati pemandangan bukit dan tasik. (Bajet: RM0)

– Malam: Makan malam di resort, menikmati makanan barbeku atau masakan tempatan. (Bajet: RM40)

– Jumlah bajet hari pertama: RM260

Hari Kedua

– Pagi: Bangun awal dan sarapan di resort. Bersiap-siap untuk check out dan bertolak ke Bukit Jugra. (Bajet: RM0)

– Tengah hari: Tiba di Bukit Jugra, dan memilih untuk mendaki atau paragliding. Menikmati pemandangan dari puncak bukit, dan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar. (Bajet: RM100 untuk paragliding, RM0 untuk mendaki)

– Petang: Bertolak ke Pantai Morib, dan bersantai di pantai. Berjalan-jalan di dataran, bermain layang-layang, dan menonton matahari terbenam. (Bajet: RM0)

– Malam: Makan malam di Restoran Assam Batu Laut, menikmati makanan laut yang segar dan sedap. Bertolak balik ke Kuala Lumpur. (Bajet: RM50)

– Jumlah bajet hari kedua: RM150

Jumlah bajet keseluruhan: RM410


Percutian di Banting adalah sesuai untuk mereka yang mencari destinasi yang dekat dengan bandar, tetapi juga menawarkan suasana yang tenang dan alami.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menarik, seperti bermain air, mendaki, paragliding, dan bersantai di pantai.

Anda juga boleh menikmati makanan yang sedap dan berpatutan, dari masakan kampung hingga masakan barat.

Dengan bajet yang berpatutan, anda boleh menghabiskan masa yang berkualiti bersama orang tersayang di Banting.

 

Tags: hotel bantingtempat menarik banting
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.6k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.5k
Selanjutnya

TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my