Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pulau Pinang

20 Aktiviti Tempat Menarik di Georgetown Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
19 Mei, 2024
Kategori: Pakej Pulau Pinang
Masa Bacaan: 3 mins read
11k 699
A A
0
Tempat-Menarik-di-Georgetown
12.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Apakah tempat menarik di Georgetown yang terkini dalam popular?

Georgetown, ibu kota Pulau Pinang, merupakan pusat budaya dan seni yang sangat memikat pelancong dalam dan luar negara.

Terletak di Pulau Pinang, Georgetown adalah tapak warisan dunia UNESCO dengan jalan-jalan kolonial yang menawan, seni jalanan, dan makanan jalanan terbaik negara ini.

Seni jalanan di Georgetown adalah yang terbaik, dengan ratusan mural yang menghiasi kawasan lama.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda boleh mengikuti laluan seni jalanan dengan berbasikal atau berjalan kaki, atau terus menjelajah dan menemui karya seni di lorong-lorong samping.

Selain itu, Taman Negara Pulau Pinang adalah tempat yang menyenangkan untuk melarikan diri dari kesibukan hidup di bandar.

Anda boleh memilih antara banyak laluan mendaki, bersantai di pantai yang indah, menikmati pemandangan dari jembatan kanopi, atau mencari monyet dan penyu.

Georgetown adalah lebih daripada sekadar bandar, dan pulau ini menawarkan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan di luar bandar yang sibuk.

Pakej-Percutian-Pulau-Pinang

  • Lihat Penginapan Popular di Georgetown
  • Lihat Pakej Percutian Popular di Penang
  • Lihat Aktiviti Popular di Georgetown
  • Lihat Peta Percutian di Georgetown

Pin

  • 1 Penang Street Art
  • 2 Chew Jetty
  • 3 Padang Kota Lama
  • 4 Pinang Peranakan Mansion
  • 5 Tempat Menarik di Georgetown Chowrasta
  • 6 Penang Little India
  • 7 Rumah Kelahiran P Ramlee
  • 8 Hin Bus Depot
  • 9 The TOP Penang
  • 10 Muzium di Georgetown
  • 11 Tips Percutian di Georgetown
    • 11.1 Merancang Perjalanan Melancong di Georgetown
    • 11.2 Penginapan di Georgetown
    • 11.3 Makanan di Georgetown
    • 11.4 Seni Jalanan dan Warisan Budaya Georgetown
    • 11.5 Tempat Ibadah dan Bangunan Bersejarah
    • 11.6 Pelancongan Mesra Alam
    • 11.7 Membeli-Belah di Georgetown
    • 11.8 Sistem Pengangkutan di Georgetown
    • 11.9 Aktiviti Malam di Georgetown
    • 11.10 Keselamatan dan Kesihatan
Oleh itu mari kita lihat dahulu apakah tempat menarik di Georgetown yang berbaloi dikunjungi!


Penang Street Art

Penang Street Art

Rata-rata destinasi pelancongan di Malaysia mempunyai tarikan mural jalanan yang tersendiri.

Namun begitu, Penang Street Art boleh dikatakan pemula kepada kemunculan seni jalanan tersebut. Jika berkunjung ke Georgetown tetapi tidak meneroka seni jalanannya pasti tidak lengkap percutian anda!

Antara mural yang popular adalah Boy on a Motorbike, Brother and Sister on a Swing, Reaching Up, Little Children on a Bicycle dan banyak lagi di sekitar Georgetown.

Majoriti mural yang terkenal ini dilukis oleh Ernest Zacharevic pemuda yang berasal dari Lithuania, Eropah.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Chew Jetty

Chew-Jetty

Perkampungan nelayan yang berusia lebih satu abad ini turut menarik untuk anda terokai.

Chew Jetty menjadi penempatan penduduk China yang berbahasa Hokien dan kawasan ini pernah menjadi tempat pelarian orang China ketika perang.

Di sini turut terdapat lukisan mural yang menarik dan terdapat beberapa kedai yang menjual barangan cenderamata.

Kemeriahan perkampungan nelayan ini menarik pelancong daripada serata dunia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 9:00am – 9:00pm | Georgetown, 10300 George Town, Penang

Padang Kota Lama

Padang-Kota-Lama

Padang Kota Lama merupakan destinasi utama untuk pengunjung beriadah atau bersiar-siar di waktu petang sambil menikmati angin laut.

Tambahan lagi, Tembok Laut Padang Kota Lama yang telah dibuka untuk orang ramai menjadikan pemandangan laut lebih luas dan jelas.

Di kawasan padang anda boleh menyaksikan kanak-kanak bebas bermain serta orang ramai yang duduk berbual santai di atas rumput hijau.

Berhampiran lokasi ini turut terdapat medan selera yang menyajikan hidangan popular seperti mee sotong (Hameed Pata Mee Sotong).


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Esplanade Road, Jalan Padang Kota Lama, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Pinang Peranakan Mansion

Pinang-Peranakan-Mansion-Andrew-Tan
Imej oleh: Andrew Tan

Rumah agam yang dibina pada akhir abad ke-19 ini adalah sebuah replika kediaman Baba Nyonya dan dijadikan sebagai muzium untuk tumpuan pelancong.

Muzium yang dibuka setiap hari pada jam 9.30 pagi hingga 5 petang ini mempamerkan koleksi pakaian baba nyonya, barangan perhiasan, set seramik dan tembikar serta barangan perabot yang begitu antik.

Anda boleh melihat seni hias dalaman berkonsepkan baba nyonya yang berbeza di setiap kawasan dan anda tidak dibenarkan untuk menyentuh barangan yang terdapat di dalam muzium ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 5:00pm | 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Tempat Menarik di Georgetown Chowrasta

Chowrasta-Market-Chans
Imej oleh: Chans

Chowrasta adalah sebuah pasar tradisional yang wajib anda kunjungi di Georgetown bagi merasai kemeriahan suasana jual beli.

Pasar yang terletak di tengah bandar ini menawarkan pelbagai barangan kraf, makanan laut, rempah ratus, pakaian serta makanan tempatan.

Di sini anda boleh mendapatkan kulit popiah buatan tangan tradisional yang sudah beroperasi sejak tahun 1950-an lagi.

Selain itu anda boleh mengunjungi kedai teh halia yang beroperasi sejak 1942 atau menikmati minuman sejuk seperti ais tingkap yang berusia 102 tahun!

Pasar yang menyimpan pelbagai sejarah ini begitu unik untuk anda terokai tentang budayanya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:30am – 8:00pm | Lot 124, Jln Penang, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Penang Little India

Penang-Little-India-Ananth-Maruthi
Imej oleh: Ananth Maruthi

Penang Little India merupakan salah satu kawasan yang meriah dengan muzik dan lampu yang pelbagai warna terutamanya menjelang malam hari.

Lokasi ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati kemeriahan suasananya.

Antara perkara yang anda boleh lakukan di sini seperti hidangan kari berempah, membeli barangan perhiasan, membeli pakaian tradisional sari serta melihat gantungan bunga yang pelbagai warna.

Keunikan di Little India adalah terdapat penjaja basikal yang menjual jajan dan roti benggali di sepanjang lokasi ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 9:45pm | Lebuh Pasar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Rumah Kelahiran P Ramlee

Rumah-Kelahiran-PRamlee-Helmy-H
Imej oleh: Helmy H

Rumah seniman agung Tan Sri P Ramlee yang terletak di Jalan P Ramlee tidak kurang menariknya untuk anda kunjungi di percutian kali ini.

Rumah kayu yang sentiasa dibaikpulih bagi mengekalkan keutuhan dan keasliannya ini dibuka untuk orang ramai mengetahui tentang sejarah hidup seniman tersebut.

Rumah kelahiran ini menyimpan sejarah seperti barangan peribadi, pakaian, beg, gambar, koleksi filem dan lagu yang dicipta sepanjang riwayatnya.

Di sini anda boleh melihat ruangan bilik tidur, dapur, ruang tamu serta basikal tua yang menghiasi laman rumah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman P. Ramlee, 10460 George Town, Pulau Pinang

Hin Bus Depot

Hin-Bus-Depot

Hin Bus Depot adalah sebuah hub kreatif yang menempatkan galeri kesenian untuk komuniti bekarya.

Di sini menjadi lokasi untuk pertunjukkan seni serta terdapat Hin Market yang menawarkan hasil karaftangan daripada peniaga kecil.

Selain melihat pelbagai karya seni yang dipamerkan anda boleh menikmati hidangan di Restoran Au Jardin, Cafe Wholey Wonder dan Rumah Kacha.

Anda juga berpeluang untuk menghasilkan tembikar di Penang Japanese Ceramic Studio atau membuat barangan DIY di Woodsmen Makerspace.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | 31A, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

The TOP Penang

The-TOP-Penang

Tarikan Taman Tema The TOP ini cukup mengujakan buat anda, di mana anda boleh berseronok dengan lebih kurang 18 tarikan yang menarik.

The TOP menawarkan Rainbow Skywalk, Jurassic Research Center, GP Meta Kart, Tech Dome Penang, Top Boutique Aquarium, Durian The King of Fruits, Tongkat Ali dan banyak lagi.

The-Top-Penang-Event

Menariknya lagi, anda boleh menikmati hidangan dengan pemandangan Pulau Pinang di tingkat 68. Taman tema ini dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | 1, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Muzium di Georgetown

Muzium-di-Georgetown

Selain bergambar di kawasan street art, anda boleh mengunjungi beberapa buah muzium yang dijadikan khas untuk bergambar.

Antaranya Penang 3D Trick Art Museum yang memaparkan mural yang berkonsepkan 3D, menjadikan gambar anda seolah-olah hidup!

Upside Down Museum pula muzium yang berkonsepkan dunia terbalik, di mana semua perabot dan peralatan di letak secara terbalik membuatkan anda seolah-olah terapung di udara.

Apabila mengunjungi Wonderfood Museum jangan tertipu dengan replika makanan bersaiz gergasi yang dipamerkan.


Tips Percutian di Georgetown

Tempat menarik di Georgetown

Sudah kita ketahui tempat paling menarik di Georgetown, dan ramai bersetuju bandar lama ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia, terkenal dengan warisan budayanya yang kaya, seni jalanan yang memukau, dan tentu saja, makanannya yang lazat.

Pun begitu, Jika anda merancang percutian ke Georgetown, berikut adalah beberapa tips yang akan membantu anda mendapatkan pengalaman yang tidak terlupakan.

Merancang Perjalanan Melancong di Georgetown

Sebelum anda berangkat, penting untuk merancang perjalanan anda dengan teliti. Tentukan berapa lama anda ingin tinggal dan apa yang ingin anda capai selama di sana.

Georgetown boleh diterokai dalam beberapa hari, tetapi jika anda mempunyai lebih banyak masa, anda boleh menikmati lebih banyak tarikan dan aktiviti.

Pastikan untuk menyemak cuaca dan musim pelancongan untuk mengelakkan tempoh yang sesak dan hujan lebat.

Penginapan di Georgetown

Georgetown menawarkan pelbagai jenis penginapan, dari hotel butik yang menawan hingga hostel bajet.

Untuk pengalaman yang lebih autentik, pertimbangkan untuk menginap di salah satu rumah kedai warisan yang telah diubahsuai.

Banyak daripada penginapan ini terletak di dalam atau berdekatan dengan kawasan Warisan Dunia UNESCO, memudahkan akses ke banyak tarikan utama.

Makanan di Georgetown

Penang dikenali sebagai syurga makanan, dan Georgetown adalah tempat yang sempurna untuk merasai pelbagai jenis masakan.

Dari nasi kandar yang terkenal hingga cendol Teochew, pastikan anda mencuba sebanyak mungkin makanan tempatan.

Jangan lupa untuk mengunjungi beberapa kafe hipster untuk menikmati kopi dan pencuci mulut yang enak.

Seni Jalanan dan Warisan Budaya Georgetown

Georgetown-street

Salah satu tarikan utama Georgetown adalah seni jalanan yang terdapat di seluruh bandar.

Ambil masa untuk berjalan kaki dan mengagumi mural-mural yang menghidupkan dinding-dinding lama.

Selain itu, kunjungi beberapa muzium dan galeri untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah dan budaya Penang.

Tempat Ibadah dan Bangunan Bersejarah

Georgetown mempunyai banyak tempat ibadah yang indah dan bangunan bersejarah yang mencerminkan sejarah pelbagai budaya di bandar ini.

Pastikan untuk mengunjungi beberapa masjid, kuil, dan gereja yang menakjubkan untuk menghargai keindahan dan keunikan setiap struktur.

Pelancongan Mesra Alam

Jika anda seorang pencinta alam, jangan lewatkan peluang untuk mengunjungi Bukit Bendera dan Taman Botani Penang.

Nikmati pemandangan bandar dari atas bukit atau habiskan masa bersantai di taman-taman yang hijau.

Membeli-Belah di Georgetown

Georgetown juga merupakan syurga bagi pembeli belah. Dari pasar karat hingga butik-butik desainer, anda akan menemui banyak tempat untuk membeli-belah.

Jangan lupa untuk membeli beberapa cenderamata untuk mengingati perjalanan anda.

Sistem Pengangkutan di Georgetown

Sistem-pengangkutan-di-georgetown

Sistem transportasi di Georgetown adalah mudah dan boleh diakses. Anda boleh menggunakan bas, teksi, atau bahkan menyewa basikal untuk berkeliling bandar.

Untuk pengalaman yang lebih unik, naik beca untuk melihat bandar dari perspektif yang berbeza.

Aktiviti Malam di Georgetown

Georgetown tidak pernah tidur, dan kehidupan malamnya adalah sesuatu yang tidak boleh dilewatkan.

Dari bar dan kelab hingga pasar malam, ada banyak cara untuk menikmati bandar ini selepas matahari terbenam. Ramai juga pelancong asing yang bertanyakan. Semua ada di Georgetown.

Keselamatan dan Kesihatan

Sentiasa ambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan dan kesihatan anda semasa bercuti. Minum air yang banyak, gunakan pelindung matahari, dan pastikan anda mempunyai insurans perjalanan yang mencukupi.

Dengan persediaan yang baik dan semangat untuk meneroka, percutian anda ke Georgetown, Penang, pasti akan menjadi pengalaman yang tidak akan pernah anda lupakan.

Nikmati setiap saat, dan biarkan keajaiban Georgetown memikat anda.

 

Tags: percutian georgetowntempat makan georgetowntempat menarik Georgetown
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-bukit-mertajam
Pakej Pulau Pinang

15 Tempat Menarik di Bukit Mertajam

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bukit Mertajam yang anda boleh lakukan? Jika ke utara pastikan anda singgah disini....

Oleh: Hadi Ghazali
10 Jun, 2026
44.3k
Pakej Pulau Pinang

18 Tarikan Kampung Agong Penang

  Kampung Agong yang terletak di Bakar Kapur, Penaga ini memakan masa sekitar 15 ke 20 minit pemanduan dari Butterworth dan...

Oleh: Hadi Ghazali
6 Jun, 2026
30.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my