Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

10 Aktiviti dan Tempat Menarik di Kajang

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
12 September, 2024
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
21.3k 1.4k
A A
0
tempat-menarik-di-kajang
23.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Sebut pasal Kajang, pasti teringat keenakan Sate Kajang. Tapi apakah tempat menarik di Kajang yang boleh dikunjungi pelancong?

Kajang ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak kira-kira 20 batu di selatan ibu kota, Kuala Lumpur.

Kajang terkenal dengan kekayaan sejarah dan warisan budaya, serta keindahan alam semula jadinya.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pekan ini adalah rumah kepada beberapa mercu tanda dan tapak bersejarah, termasuk Kajang Heritage Walk, yang membawa pengunjung melalui mercu tanda sejarah dan budaya yang paling penting di bandar ini.

Kajang juga menempatkan beberapa taman popular dan rizab semula jadi, seperti Taman Wetland Kajang dan Bukit Kajang, yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pengunjung.

Di samping itu, bandar ini adalah lubuk kepada kepelbagaian makanan dan masakan yang berkembang maju, dengan beberapa jalan dan pasar makanan popular yang pasti menawarkan pelbagai masakan tempatan dan campuran antarabangsa.

tempat-menarik-di-kajang-ravin-rau
Imej oleh: Ravin Rau
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kajang
  • Lihat Aktiviti Menarik di Kajang
  • Lihat Peta Percutian di Kajang

Pin

  • 1 Sate Kajang Haji Samuri
  • 2 Pusat Warisan Kajang (Kajang Heritage Centre)
  • 3 Itik Salai Masthar
  • 4 Masjid Jamek Pekan Kajang
  • 5 Kayan + Co Cafe
  • 6 Bukit Kajang
  • 7 Rumah Makan Cibiuk
  • 8 Taman Rekreasi Sungai Chua
  • 9 Warung Bunian
  • 10 Pusat Membeli –belah Kajang
Mari kita lihat 10 tempat menarik di Kajang yang popular.


Sate Kajang Haji Samuri

Sate-Kajang-Hj-Samuri
Sate Kajang Hj Samuri

Sebut sahaja Kajang, keenakkan hidangan tradisional yang satu ini pasti terus terlintas di fikiran anda.

Sate Kajang Haji Samuri merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam penyediaan hidangan sate dengan tagline ‘Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar’.

Sate-Kajang-Hj-Samuri-Mohd-Azuan
Sate Kajang Hj Samuri | Imej oleh: Mohd Azuan

Jadi tidak hairanlah jika ia mempunyai lebih kurang 20 cawangan yang beroperasi di Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Di sini anda boleh menikmati hidangan Sate Ayam, Sate Daging, Sate Perut, Sate Hati, Sate Ikan, Sate Kambing, Sate Arnab dan pelbagai menu sampingan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 10:30pm | Jalan Kelab, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Pusat Warisan Kajang (Kajang Heritage Centre)

Kajang-Heritage-Centre-Lee-Kim-Sin
Kajang Heritage Centre | Imej oleh: Lee Kim Sin

Kajang merupakan sebuah bandar yang mula membangun ekoran daripada terletak berhampiran dengan Sungai Langat yang menjadi laluan utama aktiviti bijih timah suatu ketika dahulu.

Jadi tidak hairanlah jika ia masih mempunyai beberapa bangunan kolonial bercirikan tradisional Cina dan Eropah.

Kajang-Heritage-Centre-Lee-Teng
Kajang Heritage Centre | Imej oleh: Lee Teng

Walaupun hanyalah sebuah galeri yang kecil, tetapi anda boleh melihat beberapa koleksi gambar, model bangunan tradisional dan sejarah Kajang di sini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Selain itu, anda boleh melalui Jalan Mendaling, Jalan Sulaiman, Jalan Tukang, Jalan Besar dan Jalan Tengah untuk melihat bangunan kolonial yang masih kekal.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | 39, Jalan Mendaling, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Itik Salai Masthar

Itik-Salai-Masthar-Shotbymie-H
Itik Salai Masthar | Imej oleh: Shotbymie H

Bercuti di Kajang pasti akan membuat anda sentiasa senang hati dengan hidangan makanan yang cukup menyelerakan.

Restoran Itik Salai Masthar antara destinasi menjamu selera yang wajib anda kunjungi!

Itik-Salai-Masthar-Eman-Ismail
Itik Salai Masthar | Imej oleh: Eman Ismail

Hidangan Itik Salainya yang tidak berbau pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja. Keunikan di sini kerana mereka menggunakan tempurung kelapa untuk menyalai daging serta memasak kuah lemak cili apinya menggunakan resepi tradisional Negeri Sembilan.

Anda juga boleh menikmati hidangan Daging Salai, Ayam Salai, Ikan Keli Salai beserta ulam-ulaman yang segar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 10:00pm | Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Masjid Jamek Pekan Kajang

Masjid-Jamek-Pekan-Kajang-Modh-Syukri
Masjid Jamek Pekan Kajang | Imej oleh: Mohd Syukri

Selesai menjamu selera pada waktu tengahari, bolehlah anda berkunjung ke Masjid Jamek Kajang pula bagi menunaikan ibadah bagi umat muslim.

Masjid ini merupakan mercu tanda bagi Kajang yang terletak di tengah-tengah bandarnya.

Masjid-Jamek-Pekan-Kajang-Suraniar
Masjid Jamek Pekan Kajang | Imej oleh: Suraniar

Mercu tanda ini tidak sukar untuk dijumpai kerana daripada kejauhan sudah terlihat menaranya yang gah berdiri dengan warna kuning yang terang.

Masjid yang dirasmikan pada 14 Mei 1971 ini menggunakan senibina timur tengah yang dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat letak kenderaan yang luas, perpustakaan, rumah pegawai, Klinik Waqaf An-Nur dan gerai makanan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Masjid Jamek Bandar Kajang, Kajang, Selangor Darul Ehsan, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Kayan + Co Cafe

KAYAN+co-cafe-Gunaseelan
KAYAN+co Cafe | Imej oleh: Gunaseelan

Kafe yang mengenakan gabungan warna asli, bersiling tinggi dan dinding berbata merah ini pasti menarik anda untuk singgah menjamu selera.

Ia begitu sesuai untuk anda menikmati hidangan santai atau sekadar menyisip secangkir kopi bersama rakan-rakan. Hidangan utama yang ditawarkan adalah nachos beef dan spaghetti gamborini yang menyelerakan.

KAYAN+co-cafe-Bella-Donna
KAYAN +co Cafe | Imej oleh: Bella Donna

Antara hidangan lain yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah mushroom fritters, lamb chop, chicken kayan, unicorn frappucino dan turut menyediakan hidangan asia.

Kafe ini turut mempunyai ruang permainan kanak-kanak jadi anda bolehlah membiarkan mereka bermain sambil menunggu pesanan siap!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 10:00pm | Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Bukit Kajang

Pemandangan-Bukit-Kajang-Low-Lee-Ling
Pemandangan Bukit Kajang | Imej oleh: Low Lee Ling

Rata-rata lokasi percutian di Malaysia pasti menawarkan lokasi untuk anda beriadah atau bersukan!

Ia begitu baik untuk menggalakkan orang ramai supaya kekal cergas dan sihat walaupun ketika bercuti. Di Kajang anda boleh mendaki Bukit Kajang yang terletak di Taman Kajang Prima.

Laluan-mendaki-Bukit-Kajang-Firdaus-Shuaimi
Laluan mendaki Bukit Kajang | Imej oleh: Firdaus Shuaimi

Bukit yang berketinggian sekitar 100m ini sesuai untuk didaki oleh pengunjung seawal usia 12 tahun.

Tambahan lagi, di laluan yang licin dan curam turut disediakan tali untuk memudahkan aktiviti pendakian anda. Setibanya di puncak, terdapat kawasan rehat yang dihiasi seperti taman dengan adanya buaian!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kajang Dispersal Link Expy, 43000 Kajang, Selangor

Rumah Makan Cibiuk

Resepi-Rumah-Makan-Cibiuk
Resepi Rumah Makan Cibiuk

Bagi menikmati hidangan yang agak luar biasa, anda boleh cuba ke Rumah Makan Cibiuk yang menyajikan hidangan asli Sunda dari Indonesia.

Antara menu popular di sini adalah nasi liwet yang dinikmati bersama ayam bakar, tauhu, tempe, sambal tomato dan aneka sambal pedas.

Rumah-Makan-Cibiuk
Rumah Makan Cibiuk

Nasi liwet tersebut dibungkus di dalam daun pisang bagi memberikan aroma dan rasa yang menyelerakan buat pengunjung.

Jangan lupa pekena jus alpukat bagi melengkapkan hidangan anda! Rumah makan ini beroperasi seawal jam 11 pagi hingga 10 malam dan tutup pada hari jumaat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 10:00pm |  No, 1-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor

Taman Rekreasi Sungai Chua

Taman-Rekreasi-Sungai-Chua-Wedex
Taman Rekreasi Sungai Chua | Imej oleh: Wedex

Taman Rekreasi Sungai Chua merupakan kawasan bagi takungan air dan dibangun sebagai taman rekreasi untuk penduduk setempat.

Seperti taman rekreasi yang lain, anda boleh melakukan aktiviti seperti berjoging, berbasikal, yoga atau memancing di kawasan kolamnya.

 

Pada awal pagi dan waktu petang ia dipenuhi dengan penduduk setempat yang datang melakukan aktiviti riadah.

Jadi anda boleh membawa keluarga untuk bersantai di sini sambil menikmati suasana sekeliling.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 1283 Kolam Takungan, Jalan Sungai Chua, Taman Cahaya, 43000 Kajang, Selangor

Warung Bunian

tempat-menarik-di-kajang-ravin-rau
Warung Bunian | Imej oleh: Ramli Hashim

Untuk menikmati sarapan pagi terbaik di Kajang, jangan lupa ke Warung Bunian yangterletak di Kampung Sungai Merab.

Nasi-Lemak-Bungkus-Warung-Bunian-Boney
Nasi Lemak Bungkus Warung Bunian | Imej oleh: Boney

Dengan konsep suasana kampung, anda boleh menikmati nasi lemak telur bungkus dengan pilihan ayam goreng atau sambal sotong, roti canai jiwa kacau, nasi lemak bunian dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, warung ini pernah dikunjungi oleh Jalan Jalan Cari Makan TV3 tau!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 2:00pm | Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor

Pusat Membeli –belah Kajang

Plaza-Metro-Kajang-Yoon-Sirim
Plaza Metro Kajang | Imej oleh: Yoon Sirim

Pada waktu malam di Kajang anda boleh menghabiskan masa di beberapa pusat membeli-belahnya.

Antaranya Plaza Metro Kajang yang mempunyai panggung wayang LFS Cinema jika anda ingin menonton bersama keluarga.

Metro-Point-Complex
Metro Point Complex

Seterusnya, Metro Point Complex yang menawarkan hiburan seperti pusat karaoke, pusat bowling dan taman permainan indoor (My Kidz Playground).

De-Centrum-Mall-M-Luqman
De Centrum Mall | Imej oleh: M Luqman

Atau anda boleh ke DeCentrum Mall yang terkenal dengan sebuah restoran masakan timur tengah iaitu Mishaltit bagi menikmati Double Cheese Shawarma, nasi arab dan pelbagai pilihan burger!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | 4, Jln Tun Abdul Aziz, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor

Bersambung…

Tags: hotel kajangkajang selangorsate kajang haji samuri
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.2k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.3k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
31.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.3k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
85.8k
tempat-menarik-di-johor-bahru

10 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

4 Mac, 2026
92.1k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.1k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my