Ada tempat menarik di Klang itu? Klang, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, merupakan salah satu bandar tertua di Malaysia.
Ia telah wujud selama lebih daripada 2,000 tahun. Catatan pertama mengenai Klang bermula pada zaman Kerajaan Majapahit, kira-kira 600 tahun lalu.
Asal-usul nama “Klang” berasal daripada bahasa Mon-Khmer, iaitu “Klong.” Terdapat beberapa versi mengenai asal usulnya:
Gudang: C.O. Blagden berpendapat bahawa “Klang” merujuk kepada gudang-gudang penting di pelabuhan ini.
Terusan atau Jalan Air: Charles A. Fisher berpendapat bahawa “Klang” bermaksud terusan atau jalan air.
Ini sesuai kerana Klang mempunyai banyak anak sungai seperti Sungai Klang, Sungai Bertek, Sungai Pinang, dan lain-lain.
Klang pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dan Shah Alam muncul. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
Klang bersempadan dengan daerah Petaling (timur), Kuala Langat (selatan), dan Kuala Selangor (utara). Di sebelah baratnya terletak Selat Melaka.
Klang juga mempunyai banyak tempat menarik, termasuk Istana Alam Shah*, Pulau Ketam, Pulau Indah, Tanjung Harapan, dan Gedung Raja Abdullah.
Juga, ia menjadi tempat tiba pertama bagi perkhidmatan Komuter Malaysia. Jadi, jika anda ingin menggali sejarah dan kepelbagaian Klang, pastikan anda melawat bandar ini!
Juga, ia menjadi tempat tiba pertama bagi perkhidmatan Komuter Malaysia. Jadi, jika anda ingin menggali sejarah dan kepelbagaian Klang, pastikan anda melawat bandar ini!
Little India
Bandar Klang begitu terkenal dalam kalangan warga India kerana di sini terdapat Little India yang terbesar di Malaysia!
Little India merupakan deretan bangunan yang menjual pelbagai makanan tradisional India, aksesori wanita, tekstil dan bermacam lagi yang sinonim dengan masyarakat India. T
ambahan lagi menjelang perayaan Deepavali, Pesta Cahaya begitu meriah sekali diadakan dan anda merasa seolah-olah berada di negara India!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang
Masjid ini dibina sebagai pusat ibadah masyarakat India sekitar tahun 1890, dan ia dibina semula pada tahun 2007 dengan bercirikan rekabentuk Andalusia.
Masjid ini dibina semula bagi menampung jemaah yang semakin ramai di Klang.
Masjid dua tingkat ini turut dilengkapi dengan kemudahan lif, bilik pejabat serta dewan serbaguna.
Kini ia merupakan antara mercu tanda bagi Klang. Masjid Diraja Sultan Suleiman turut menarik untuk anda lawati bagi melihat keindahan senibinanya.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 32, Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Galeri Sultan Abdul Aziz
Untuk mengetahui serba sedikit salasilah keluarga diraja Klang ini, anda boleh mengunjungi Galeri Sultan Abdul Aziz yang dibuka seawal jam 10 pagi hingga 5 petang.
Di sini anda boleh mengetahui tentang riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan Sultan Selangor kelapan dan Yang di-Pertuan Agong kesebelas pada tahun 1999.
Galeri yang dibina pada tahun 1909 ini menggunakan konsep ‘neo classic’ yang tersergam indah di bandar Klang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5 :00pm | Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Gedung Raja Abdullah
Bangunan dua tingkat yang berkonsepkan senibina Anglo-Indian ini dikenali Gedung Raja Abdullah yang dibina oleh Raja Abdullah pada tahun 1865 sebagai tempat kediaman dan simpanan bijih timah.
Ia pernah menjadi kubu pertahanan ketika Perang Saudara tahun 1866, Pusat Pentadbiran Daerah residen British dan Balai Polis Daerah pada tahun 1970.
Kini ia menjadi salah satu bangunan warisan yang boleh anda lawati untuk meneroka sejarah di bandar diraja ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Gedung Raja Abdullah, Kawasan 1, 41200 Klang, Selangor
Kota Raja Mahadi
Bandar diraja ini merupakan salah satu bandar yang tertua di Malaysia yang mempunyai pelbagai sejarah menarik.
Kota Raja Mahadi yang dibina oleh Raja Mahadi ini sendiri telah melalui dua siri perang saudara ekoran daripada ketidaksefahaman antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah.
Kota yang dibina pada tahun 1860 ini sebahagiannya telah roboh, dan meninggalkan pintu gerbang sahaja sehingga kini.
Banyak tinggalan sejarah yang telah tertimbus dan hilang. Kota ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 60, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang, Selangor
Kuil dan Tokong di Klang
Destinasi kuil yang terletak di persimpangan Jalan Dato Hamzah dan Jalan Bukit Jawa ini merupakan antara kuil tertua di Klang.
Kuil Sri Nagara Thensayuthapani ini menjadi pusat ibadat dan kebudayaan bagi kaum india di Klang.
Manakala Tokong Kuan Yin merupakan antara tokong cina yang tertua di Selangor dan dibina pada tahun 1892.
Tokong ini turut dijadikan sebagai bangunan warisan negeri oleh Sultan Selangor dan dibaikpulih oleh tukang dari negara China.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 124, Jln Tepi Sungai, Taman Teluk Pulai, 41100 Klang, Selangor
Taman Rakyat Klang
Taman Rakyat Klang yang berkonsepkan ‘Taman Untuk Semua’ ini destinasi yang sesuai untuk membawa anak-anak beriadah di waktu petang.
Taman ini dilengkapi dengan tapak refleksologi, denai hutan, pomdok pandang jauh, taman kanak-kanak, tapak perkhemahan, kedai makan, surau serta tandas.
Taman ini pernah memenangi anugerah Landskap Terbaik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2002.
Antara taman lain yang terdapat di Klang adalah Taman Pengkalan Batu, Taman Bandar DiRaja Klang dan Taman Tugu Keris.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 8;30pm | Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, 41100 Klang, Selangor
Tanjung Harapan
Selain beriadah di kawasan taman, Tanjung Harapan merupakan antara destinasi yang menjadi pilihan pengunjung untuk menghabiskan waktu petang mereka sambil menikmati pemandangan di tepi laut.
Tanjung Harapan turut menjadi tumpuan pada waktu malam untuk menikmati hidangan ikan bakar di Restoran Muara Ikan Bakar.
Di sini anda boleh melihat kapal-kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Klang, replika kapal layar bugis, memancing serta menikmati pemandangan matahari terbenam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Port Klang, Selangor
Pulau Ketam
Pulau Ketam antara salah satu pulau tarikan pelancongan yang terdapat di daerah Klang. Anda boleh melihat penduduk yang menetap di rumah atas air pada ketinggian 1 hingga 10 meter dari aras laut.
Untuk ke Pulau Ketam anda perlu menaiki feri atau bot dari South Port Passenger Terminal (Pulau Ketam) selama 30 ke 45 minit.
Antara tarikan di sini adalah, kawasan penempatan yang bewarna-warni dan hanya menggunakan motorsikal elektrik dan basikal sebagai pengangkutan utama!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8, Jln Tepi Sungai, 42940 Pulau Ketam, Selangor
Laman Seni Safari Jejak Warisan Klang
Salah satu tarikan terbaru yang terdapat di Klang adalah Laman Seni Safari yang berada di Jalan Tengku Kelana berdekatan Galeri Diraja Klang.
Terdapat beberapa mural yang bermotifkan haiwan safari yang menghiasi Laman Seni ini.
Antara mural yang menghiasi lokasi ini adalah burung merak, kuda, burung unta, kambing gurun, burung hantu, iguana, burung kenyalang, zirafah dan banyak lagi.
Mural yang berkonsepkan haiwan safari ini bukan sahaja menarik golongan dewasa, malah kanak-kanak turut teruja untuk mengenal haiwan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 26, Jalan Tengku Diaudin, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Bersambung…