Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Johor

20 Tempat Menarik di Kota Tinggi & Aktiviti Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 4 mins read
9.2k 691
A A
43
Tempat Menarik di Kota Tinggi
10.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada tempat menarik di Kota Tinggi boleh dikunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Kota Tinggi itu? Apa yang Tinggi?

Pernahkah anda melawat tempat baru dan berasa teruja mengenainya? Bagi kebanyakan pengunjung, ia berlaku di Kota Tinggi.

Kota Tinggi mungkin tidak sebegitu popular seperti bandar-bandar lain di Malaysia, tetapi jangan biarkan keadaan itu menipu anda.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Kota Tinggi adalah destinasi pelancongan yang sememangnya kecil tetapi cantik dan patut dikunjungi.

Anda akan terkejut dengan beberapa perkara unik untuk dilakukan dan tempat yang boleh anda terokai di destinasi tersembunyi ini.

Anda mungkin ingin melawatnya semula suatu hari nanti.

Kota-Tinggi-Daerah-Pelancongan-Bersejarah-Aloysius-Yong
Imej oleh: Aloysius Yong
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kota Tinggi
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Kota Tinggi
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor 
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Johor
  • Lihat Peta Percutian di Kota Tinggi

Pin

  • 1 Pantai Desaru
  • 2 Gunung Muntahak
  • 3 Muzium Kota Tinggi
  • 4 Taman Buaya Teluk Sengat
  • 5 Kota Tinggi Firefly Park
  • 6 Muzium Nelayan
  • 7 Air Terjun Kota Tinggi
  • 8 Desaru Fruit Farm
  • 9 Desaru Ostrich Farm
  • 10 Kampung Makam
  • 11 Lorong Seni Kota Tinggi
  • 12 Taman Eko Rimba Panti (Panti Forest Eco Park)
  • 13 Laman Kabu British 1939
  • 14 Menara Jam Kota Tinggi
  • 15 Aktiviti Berkayak di Sungai Lebam
  • 16 Thekchen Choling Malaysia
  • 17 Titian Laksamana (Laman Laksamana)
  • 18 Pantai Teluk Mahkota (Jason’s Bay)
  • 19 Okid Kopitiam
  • 20 Pendakian Bukit Belungkor
Tak percaya? Jom lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Kota Tinggi ini.


Pantai Desaru

Persisiran-Pantai-Desaru-Tan-Foo-Heng
Persisiran Pantai Desaru | Imej oleh: Tan Foo Heng

Pantai Desaru yang menjadi tumpuan utama warga Johor ini dikatakan pantai yang tercantik di Johor. Bukan sahaja menyajikan panorama yang menenangkan, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjungnya.

Di sini anda boleh melakukan aktiviti snorkeling, memancing, berenang, jungle trekking, menunggang kuda dan banyak lagi!

Desaru-Resort-Ted-Chen
Desaru Resort | Imej oleh: Ted Chen

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai sering berkunjung ke sini malah ada yang turut bermalam di kawasan chalet dan resort yang terdapat di sekitarnya.

Antara destinasi berpantai yang anda boleh lawati adalah Pantai Teluk Mahkota yang terletak di Sedili Kechil. Pantai Teluk Mahkota yang turut dikenali dengan nama Jason Bay ini sesuai untuk anda mandi-manda dan berkelah di waktu petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 4, Jalan Pantai 3, Desaru Coast, Desaru, 81930 Darul Ta’zim, Johor

Gunung Muntahak

Aktiviti-Hiking-di-Gunung-Muntahak-Chee-Chiang-Chin
Aktiviti Hiking di Gunung Muntahak | Imej oleh: Chee Chiang Chin

Kota Tinggi turut mempunyai beberapa lokasi pendakian yang agak mencabar untuk anda terokai. Antaranya Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian sekitar 634 meter (2080 kaki).

Keistimewaan gunung ini kerana mempunyai banyak flora yang boleh digunakan untuk perubatan. Anda juga boleh menikmati keindahan air terjun 10 tingkat iaitu Air Terjun Sungai Tengkil yang sesuai untuk berendam.

Air-Terjun-Gunung-Muntahak-Nur-Elya
Air Terjun Gunung Muntahak | Imej oleh: Nur Elya

Satu lagi destinasi mendaki yang menarik adalah Hutan Lipur Gunung Panti yang terletak berhampiran dengan Kampung Lukut.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Destinasi ini terkenal dengan sebuah kolam yang mempunyai air berwarna merah atau turut dikenali sebagai Sungai Merah. Selain itu ia turut terkenal dengan ‘batu tenggek’ yang berketinggian dua tingkat bangunan iaitu batu yang kelihatan seolah-olah  disusun secara semulajadi di situ.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Gunung Panti Recreational Forest, 81900, Johor

Muzium Kota Tinggi

Koleksi-Keris-Muzium-Kota-Tinggi-Bien
Koleksi Keris Muzium Kota | Imej oleh: Tinggi-Bien

Muzium Kota Tinggi ini mula beroperasi pada tahun 2002. Muzium ini turut dinaiktaraf bagi menarik lebih ramai pelancong untuk ke sini. Antara keistimewaannya adalah mempunyai pameran tentang teknologi kesultanan dalam peperangan senjata.

Kini ia turut mempamerkan galer seni yang mempunyai karya pelukis-pelukis serta artifak yang sudah berusia ratusan tahun.

Koleksi-Manuskirp-Muzium-Kota-Tinggi-Sim-Lin-Lim
Koleksi Manuskirp Muzium Kota Tinggi | imej oleh: Sim Lin Lim

Muzium Kota Tinggi merupakan antara tiga muzium dalam semenanjung yang mempunyai koleksi istinggar yang digunakan askar Melayu pada zaman dahulu.

Untuk mengetahui tentang sejarah Johor Lama anda boleh juga mengunjungi Muzium Kota Johor Lama yang terletak di Kampong Johor Lama.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 4:30pm | Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor

Taman Buaya Teluk Sengat

Crocodile-World-Chun-Wei-Tan
Crocodile World | Imej oleh: Chun Wei Tan

Jom singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia ini pula. Taman Buaya Teluk Sengat yang diusahakan oleh Mr Ng ini menempatkan lebih kurang 1000 ekor buaya air tawar dan yang paling tua berusia 130 tahun!

Pekerja di sini akan memberikan informasi menarik tentang haiwan reptilia ini dan anda boleh melihat cara mereka menguruskan buaya.

Taman-Buaya-Teluk-Sengat-Hitake-Kakashi
Taman Buaya Teluk Sengat | Imej oleh: Hitake Kakashi

Nak rasai pengalaman mendukung buaya? Di sini, anda turut diberi peluang untuk memegang dan mendukung anak buaya di bawah pengawasan pekerja mereka.

Destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:30pm | Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Kota Tinggi Firefly Park

Kota-Tinggi-Firefly-Park
Kota Tinggi Firefly Park

Tarikan kelip-kelip begitu terkenal jika anda ke Kuala Selangor. Jangan tak tahu, di Kota Tinggi ini turut mempunyai tarikan yang serupa untuk anda kunjungi!

Kota Tinggi Firefly Park merupakan habitat semulajadi kepada hidupan ini. Anda akan dibawa menaiki bot di sepanjang sungai untuk melihat ribuan kelipan cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip.

Kelip-Kelip-Kota-Tinggi
Kelip Kelip Kota Tinggi

Panorama ini pasti membuatkan anda berasa tidak puas untuk menyelusuri sungai tersebut.

Untuk mendapatkan panorama yang terbaik, anda dinasihatkan untuk mengambil bot yang pertama pada jam 7.30 malam kerana ia dikatakan waktu yang terbaik untuk melihat kelip-kelip bercahaya. Anda juga boleh ke Kelip-kelip Bujang yang terletak di Bandar Penawar untuk merasai pengalaman tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1:00pm – 11:00pm | Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Muzium Nelayan

Muzium-Nelayan-Tanjung-Balau
Muzium Nelayan Tanjung Balau

Tarikan yang satu ini begitu istimewa kerana ia dibina bagi menghargai jasa para nelayan yang telah memberi sumbangan yang besar kepada industri perikanan tempatan.

Muzium seumpama ini merupakan yang pertama dibina di Malaysia dan rantau Asia!

Nelayan Tanjung Balau
Nelayan Tanjung Balau

Di sini anda boleh melihat peralatan yang digunakan oleh nelayan seperti perahu, alat menangkap ikan serta kepercayaan komuniti nelayan tradisional dan replika perkampungan nelayan.

Bagi menambah tarikan di muzium ini, ia turut menempatkan galeri geologi yang mempamerkan batu-batuan dan fosil yang berusia 300 juta tahun.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Kompleks Pelancongan, Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

Air Terjun Kota Tinggi

Kota-Tinggi-Waterfalls-Z-Ralph
Kota Tinggi Waterfalls | Imej oleh: Z Ralph

Dah bercuti di Kota Tinggi ini, bolehlah bawa ahli keluarga merasai keseronokkan mandi-manda di Air Terjun Kota Tinggi.

Lokasi ini sesuai untuk semua peringkat umur kerana mempunyai beberapa tingkat kawasan mandi dengan kedalaman yang berbeza. Terdapat juga kawasan yang dipasang jaring menandakan kawasan tersebut tidak sesuai untuk mandi kerana paras air yang bahaya.

Cuti-sekolah-di-Air-Terjun-Kota-Tinggi-Shamsul-Khastrol
Cuti sekolah di Air Terjun Kota Tinggi | Imej oleh: Shamsul Khastrol

Menariknya di sini kerana mempunyai gelongsor air buatan manusia yang seakan-akan di taman tema! Di sini turut menyediakan perkhidmatan menyewa pelampung single tube dan double tube untuk anda.

Perlu diingatkan, jika anda ingin ke sini anda tidak dibenarkan untuk membawa masuk makanan dari luar kerana terdapat kedai makan yang beroperasi di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Sungai Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor

Desaru Fruit Farm

Desaru-Fruit-Farm-Agro-Tourism
Desaru Fruit Farm Agro Tourism

Destinasi yang pernah dinobatkan sebagai ‘Best Agro Tourism Site in Malaysia’ pada tahun 2006 ini begitu menarik untuk anda terokai bersama-sama ahli keluarga.

Desaru Fruit Farm ini beroperasi pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Anda akan dibawa untuk meneroka kebun buah seluas 180 ekar yang mempunyai rambutan, pisang, mangga, koko, durian belanda dan banyak lagi.

Pisang-Seribu-Desaru-Fruit-Farm
Pisang Seribu Desaru Fruit Farm

Bagi pengunjung yang membawa anak kecil, anda boleh ke taman haiwan mini dan berehat di sana sambil melihat anak-anak anda melakukan aktiviti.

Selain dapat menikmati keenakkan buah-buahan segar, anda juga berpeluang untuk merasai keaslian madu lebah yang terdapat di sini! Jangan lupa untuk memborong buah-buahan segar di sini sebelum anda pulang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Desaru, Desaru, 81900 Kota Tinggi, Johor

Desaru Ostrich Farm

Desaru-Ostrich-Farm-Imani-Nadiah
Desaru Ostrich Farm | Imej oleh: Imani Nadiah

Desaru Ostrich Farm yang terletak di Teluk Ramunia ini mempunyai lebih kurang 100 ekor burung unta. Keistimewaan ladang burung unta ini adalah kerana penjaganya akan memberikan khidmat pemandu pelancong peribadi kepada setiap pengunjung.

Jadi anda berpeluang untuk mengetahui pelbagai info menarik tentang burung unta daripada penjaga tersebut.

Desaru-Ostrich-Farm-Abdul-Rahman
Desaru Ostrich Farm | Imej oleh: Abdul Rahman

Tidak lengkap percutian anda jika tidak cuba untuk menunggang burung unta di sini! Anda juga boleh menikmati hidangan berasaskan daging dan telur burung unta.

Di sini turut terdapat kedai cenderamata yang menawarkan barangan seperti telur burung unta, lampu kulit telur burung unta, dompet yang diperbuat daripada kulit burung unta dan pelbagai barangan menarik yang lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Jalan Telok Ramunia, Kampung Changi, 81600 Pengerang, Johor

Kampung Makam

Simpang Makam Bendahara Tun Habab
Makam Bendahara Tun Habab | Imej oleh: Sol Funk

Kampung Makam yang terletak 2km dari pekan Kota Tinggi merupakan sebuah destinasi bersejarah yang menempatkan beberapa makam yang penting.

Di sini terletaknya Kompleks Makam Sultan Mahmud yang merupakan pemerintah Johor yang ke-10. Jika anda meminati sejarah, anda pasti tahu tentang kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda bolehlah melawat ke kompleks ini. Antara lokasi bersejarah yang terdapat di Kota Tinggi adalah Makam Laksamana Bentan, Makam Kucing Bertanduk, Kota Makam Tauhid dan Kubu Budak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | J177, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor

Lorong Seni Kota Tinggi

tempat-menarik-di-kota-tinggi-alfred
Imej oleh: Alfred

Lorong Seni ini merupakan sebuah inisiatif kreatif untuk menghidupkan semula lorong-lorong belakang di pusat bandar yang dahulunya suram.

Di sini, anda akan menemui pelbagai lukisan mural yang berwarna-warni dan seni 3D yang menggambarkan sejarah, budaya, serta identiti unik masyarakat setempat.

Lokasi ini sangat popular di kalangan peminat fotografi dan “Instagrammers” kerana sudut gambarnya yang artistik.

Selain mencantikkan pemandangan bandar, ia juga memberi peluang kepada pelawat untuk mengenali warisan Kota Tinggi melalui visual yang menarik.

Suasananya sangat santai, menjadikannya destinasi wajib singgah untuk berjalan kaki.

  • Lokasi: Jalan Yusof / Jalan Tambatan, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Taman Eko Rimba Panti (Panti Forest Eco Park)

Destinasi ini sangat sesuai bagi mereka yang cintakan ketenangan alam semula jadi. Terletak di kaki Hutan Simpan Gunung Panti, kawasan ini menawarkan udara yang segar dan air sungai yang jernih untuk aktiviti mandi-manda.

Selain berkelah bersama keluarga, tempat ini juga terkenal di peringkat antarabangsa sebagai lokasi utama bagi aktiviti pemerhatian burung (birdwatching) kerana kepelbagaian spesies yang ada di sini.

Terdapat kemudahan seperti pondok rehat dan laluan pejalan kaki yang disediakan. Ia adalah tempat terbaik untuk lari dari kesibukan kota dan menikmati keindahan hutan hujan tropika yang masih terpelihara.

  • Lokasi: Batu 9, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Laman Kabu British 1939

Bagi peminat sejarah, Laman Kabu British 1939 adalah lokasi yang menyimpan seribu satu cerita tentang Perang Dunia Kedua.

Ia merupakan sisa-sisa kubu pertahanan yang dibina oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun suatu ketika dahulu.

Anda boleh melihat struktur konkrit yang masih utuh yang digunakan sebagai tempat perlindungan dan kedudukan meriam.

Kawasan ini telah dibersihkan dan dijaga dengan baik supaya generasi muda dapat menghargai sejarah perjuangan tanah air.

Melawat ke sini memberikan gambaran jelas tentang strategi ketenteraan dan suasana peperangan pada zaman dahulu di tanah Johor.

  • Lokasi: Jalan Mawai (berhampiran persimpangan ke Desaru), 81900 Kota Tinggi, Johor.

Menara Jam Kota Tinggi

Menara Jam ini merupakan mercu tanda yang paling dikenali di pusat bandar Kota Tinggi. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bulatan menjadikannya simbol identiti yang kuat bagi penduduk tempatan.

Seni binanya mempunyai keunikan tersendiri dan sering menjadi latar belakang foto bagi pelancong yang baru pertama kali tiba di bandar ini.

Kawasan sekitarnya juga dikelilingi oleh pelbagai premis perniagaan dan kedai makan yang menarik.

Walaupun nampak ringkas, menara ini melambangkan ketepatan waktu dan kemajuan bandar dari zaman dahulu hingga sekarang. Ia adalah titik pertemuan yang sangat mudah dicari.

  • Lokasi: Pusat Bandar Kota Tinggi (Bulatan Jalan Mawai/Jalan Laksamana), 81900 Kota Tinggi, Johor.

Aktiviti Berkayak di Sungai Lebam

Jika anda inginkan aktiviti yang lebih aktif, berkayak di Sungai Lebam adalah pilihan yang tepat.

Berbeza dengan aktiviti melihat kelip-kelip pada waktu malam, berkayak pada waktu siang membolehkan anda melihat dengan lebih jelas keindahan hutan paya bakau yang menghijau di sepanjang tebing sungai.

Anda akan dibawa menyusuri air yang tenang sambil mempelajari tentang ekosistem paya bakau dan hidupan liar seperti monyet dan burung bakau yang menghuninya.

Aktiviti ini sangat menenangkan dan sesuai untuk mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi sambil melakukan senaman ringan di atas air.

  • Lokasi: Jeti Bujang, Sungai Lebam, 81930 Bandar Penawar, Johor.

Thekchen Choling Malaysia

Thekchen Choling merupakan sebuah kuil Buddha Tibet yang terletak di kawasan yang tenang dan jauh dari hiruk-piruk.

Tempat ini terkenal dengan keindahan seni bina tradisional Tibet yang berwarna-warni dan penuh dengan simbol kerohanian.

Tarikan utama di sini ialah patung Thousand-Armed Chenrezig yang setinggi 30 kaki, yang merupakan salah satu yang terbesar seumpamanya di Malaysia.

Pelawat dialu-alukan untuk datang menikmati ketenangan, melakukan meditasi, atau sekadar mengagumi seni ukiran yang halus.

Suasananya yang damai menjadikannya destinasi yang menarik bagi mereka yang mencari ketenangan minda dan jiwa.

  • Lokasi: Lot 691, Jalan Sungei Sayong, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Titian Laksamana (Laman Laksamana)

Titian Laksamana atau juga dikenali sebagai Laman Laksamana merupakan kawasan rekreasi yang terletak di tepi tebing sungai.

Ia adalah tempat kegemaran penduduk setempat untuk melakukan aktiviti riadah seperti joging, berjalan santai, atau membawa anak-anak bermain di taman permainan pada waktu petang.

Dengan pemandangan sungai yang luas dan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, ia memberikan suasana yang sangat santai dan menyegarkan.

Terdapat juga dataran luas untuk pelbagai aktiviti komuniti. Tempat ini sangat sesuai bagi anda yang ingin merasai gaya hidup santai masyarakat Kota Tinggi sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

  • Lokasi: Jalan Laksamana, Taman Kemang, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Pantai Teluk Mahkota (Jason’s Bay)

Pantai Teluk Mahkota, atau lebih dikenali sebagai Jason’s Bay oleh penduduk tempatan, terletak di kawasan Sedili Kecil.

Berbeza dengan Desaru yang lebih komersial dan sibuk, pantai ini menawarkan suasana yang jauh lebih tenang dan privasi.

Garisan pantainya yang panjang dan landai menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti berkelah, berkhemah, atau sekadar berjalan kaki menghirup udara laut sambil menikmati bunyi ombak.

Air lautnya juga agak tenang pada waktu tertentu, sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Ia adalah “permata tersembunyi” bagi sesiapa yang ingin melarikan diri daripada kesesakan orang ramai.

  • Lokasi: Tanjung Sedili, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Okid Kopitiam

Untuk merasai citarasa sebenar Kota Tinggi, anda wajib singgah ke Okid Kopitiam. Ia merupakan sebuah kedai kopi tradisional yang sangat popular di kalangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.

Menu wajib cuba di sini ialah roti bakar yang disediakan menggunakan arang, disapu dengan kaya dan mentega, serta dipadankan dengan kopi O yang pekat.

Suasana kedainya yang klasik membawa anda kembali ke zaman dahulu, memberikan pengalaman sarapan yang cukup autentik.

Ia bukan sekadar tempat makan, tetapi tempat di mana masyarakat berkumpul untuk berbual pagi, menjadikannya lokasi terbaik merasai budaya setempat.

  • Lokasi: No. 43, Jalan Tambatan, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Pendakian Bukit Belungkor

Bukit Belungkor menawarkan pengalaman mendaki yang menarik bagi penggemar aktiviti luar.

Walaupun tingginya tidaklah setanding gunung-gunung besar, namun trek pendakiannya tetap memberikan cabaran yang memuaskan bagi pendaki tahap permulaan dan sederhana.

Setibanya di puncak, anda akan disajikan dengan pemandangan panoramik yang sangat cantik merangkumi kawasan hutan hijau dan pemandangan laut dari kejauhan.

Waktu terbaik untuk mendaki adalah pada awal pagi untuk mengelakkan cuaca panas dan berpeluang melihat kabus.

Aktiviti ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mencabar fizikal sambil menikmati pemandangan alam dari sudut pandang yang lebih tinggi.

  • Lokasi: Jalan Belungkor (berdekatan kawasan feri), 81930 Kota Tinggi, Johor.

 

Tags: hotel di kota tinggiresort di kota tinggitempat penginapan menarik di kota tinggi
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-johor-bahru
Pakej Johor

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

  Apa tempat menarik di Johor Bahru yang terkini? Anda ada tempat atau aktiviti yang boleh anda syorkan untuk pelancong...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
94k
Tempat menarik di Desaru
Pakej Johor

20 Aktiviti Tempat Menarik di Desaru

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Desaru yang popular dikunjungi pelancong? Adakah berbaloi merancang percutian di Desaru? Desaru ialah...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
21.2k
Selanjutnya

Komen 43

  1. blank Faiz says:
    + -

    Boleh hantarkan pakej honeymoon bali untuk 1/5-4/5. Kalau boleh full pakej include flight. Thanks

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam Sejahtera. Ya boleh Encik Faiz. Sila semak emel tuan untuk pengesahan. Jika ingin bercakap dengan perunding perkhidmatan kami, hubungi 1700-81-5374. Terima kasih.

  2. blank Deen says:
    + -

    Pakej honeymoon bali untuk 22oct2018 ke atas bolrh tau butiran encik

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Baik kami hantarkan sebutharga melalui email En Deen. Terima kasih.

  3. blank md suhaini bin sabilan says:
    + -

    Boleh berikan pakej honeymoon….mb dalam dec 2018 . email [email protected]

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh En Md Suhaini. Kami emailkan selanjutnya.

Sebeleum
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my