Ada tempat menarik di Kota Tinggi boleh dikunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Kota Tinggi itu? Apa yang Tinggi?
Pernahkah anda melawat tempat baru dan berasa teruja mengenainya? Bagi kebanyakan pengunjung, ia berlaku di Kota Tinggi.
Kota Tinggi mungkin tidak sebegitu popular seperti bandar-bandar lain di Malaysia, tetapi jangan biarkan keadaan itu menipu anda.
Kota Tinggi adalah destinasi pelancongan yang sememangnya kecil tetapi cantik dan patut dikunjungi.
Anda akan terkejut dengan beberapa perkara unik untuk dilakukan dan tempat yang boleh anda terokai di destinasi tersembunyi ini.
Anda mungkin ingin melawatnya semula suatu hari nanti.

- Lihat Penginapan Terbaik di Kota Tinggi
- Lihat Aktiviti Terbaik di Kota Tinggi
- Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor
- Lihat Aktiviti Terbaik di Johor
- Lihat Peta Percutian di Kota Tinggi
Pin Tak percaya? Jom lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Kota Tinggi ini.
Pantai Desaru

Pantai Desaru yang menjadi tumpuan utama warga Johor ini dikatakan pantai yang tercantik di Johor. Bukan sahaja menyajikan panorama yang menenangkan, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjungnya.
Di sini anda boleh melakukan aktiviti snorkeling, memancing, berenang, jungle trekking, menunggang kuda dan banyak lagi!

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai sering berkunjung ke sini malah ada yang turut bermalam di kawasan chalet dan resort yang terdapat di sekitarnya.
Antara destinasi berpantai yang anda boleh lawati adalah Pantai Teluk Mahkota yang terletak di Sedili Kechil. Pantai Teluk Mahkota yang turut dikenali dengan nama Jason Bay ini sesuai untuk anda mandi-manda dan berkelah di waktu petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 4, Jalan Pantai 3, Desaru Coast, Desaru, 81930 Darul Ta’zim, Johor
Gunung Muntahak

Kota Tinggi turut mempunyai beberapa lokasi pendakian yang agak mencabar untuk anda terokai. Antaranya Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian sekitar 634 meter (2080 kaki).
Keistimewaan gunung ini kerana mempunyai banyak flora yang boleh digunakan untuk perubatan. Anda juga boleh menikmati keindahan air terjun 10 tingkat iaitu Air Terjun Sungai Tengkil yang sesuai untuk berendam.

Satu lagi destinasi mendaki yang menarik adalah Hutan Lipur Gunung Panti yang terletak berhampiran dengan Kampung Lukut.
Destinasi ini terkenal dengan sebuah kolam yang mempunyai air berwarna merah atau turut dikenali sebagai Sungai Merah. Selain itu ia turut terkenal dengan ‘batu tenggek’ yang berketinggian dua tingkat bangunan iaitu batu yang kelihatan seolah-olah disusun secara semulajadi di situ.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Gunung Panti Recreational Forest, 81900, Johor
Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi ini mula beroperasi pada tahun 2002. Muzium ini turut dinaiktaraf bagi menarik lebih ramai pelancong untuk ke sini. Antara keistimewaannya adalah mempunyai pameran tentang teknologi kesultanan dalam peperangan senjata.
Kini ia turut mempamerkan galer seni yang mempunyai karya pelukis-pelukis serta artifak yang sudah berusia ratusan tahun.

Muzium Kota Tinggi merupakan antara tiga muzium dalam semenanjung yang mempunyai koleksi istinggar yang digunakan askar Melayu pada zaman dahulu.
Untuk mengetahui tentang sejarah Johor Lama anda boleh juga mengunjungi Muzium Kota Johor Lama yang terletak di Kampong Johor Lama.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 4:30pm | Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor
Taman Buaya Teluk Sengat

Jom singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia ini pula. Taman Buaya Teluk Sengat yang diusahakan oleh Mr Ng ini menempatkan lebih kurang 1000 ekor buaya air tawar dan yang paling tua berusia 130 tahun!
Pekerja di sini akan memberikan informasi menarik tentang haiwan reptilia ini dan anda boleh melihat cara mereka menguruskan buaya.

Nak rasai pengalaman mendukung buaya? Di sini, anda turut diberi peluang untuk memegang dan mendukung anak buaya di bawah pengawasan pekerja mereka.
Destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:30pm | Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor
Kota Tinggi Firefly Park

Tarikan kelip-kelip begitu terkenal jika anda ke Kuala Selangor. Jangan tak tahu, di Kota Tinggi ini turut mempunyai tarikan yang serupa untuk anda kunjungi!
Kota Tinggi Firefly Park merupakan habitat semulajadi kepada hidupan ini. Anda akan dibawa menaiki bot di sepanjang sungai untuk melihat ribuan kelipan cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip.

Panorama ini pasti membuatkan anda berasa tidak puas untuk menyelusuri sungai tersebut.
Untuk mendapatkan panorama yang terbaik, anda dinasihatkan untuk mengambil bot yang pertama pada jam 7.30 malam kerana ia dikatakan waktu yang terbaik untuk melihat kelip-kelip bercahaya. Anda juga boleh ke Kelip-kelip Bujang yang terletak di Bandar Penawar untuk merasai pengalaman tersebut.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1:00pm – 11:00pm | Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Muzium Nelayan

Tarikan yang satu ini begitu istimewa kerana ia dibina bagi menghargai jasa para nelayan yang telah memberi sumbangan yang besar kepada industri perikanan tempatan.
Muzium seumpama ini merupakan yang pertama dibina di Malaysia dan rantau Asia!

Di sini anda boleh melihat peralatan yang digunakan oleh nelayan seperti perahu, alat menangkap ikan serta kepercayaan komuniti nelayan tradisional dan replika perkampungan nelayan.
Bagi menambah tarikan di muzium ini, ia turut menempatkan galeri geologi yang mempamerkan batu-batuan dan fosil yang berusia 300 juta tahun.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Kompleks Pelancongan, Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor
Air Terjun Kota Tinggi

Dah bercuti di Kota Tinggi ini, bolehlah bawa ahli keluarga merasai keseronokkan mandi-manda di Air Terjun Kota Tinggi.
Lokasi ini sesuai untuk semua peringkat umur kerana mempunyai beberapa tingkat kawasan mandi dengan kedalaman yang berbeza. Terdapat juga kawasan yang dipasang jaring menandakan kawasan tersebut tidak sesuai untuk mandi kerana paras air yang bahaya.

Menariknya di sini kerana mempunyai gelongsor air buatan manusia yang seakan-akan di taman tema! Di sini turut menyediakan perkhidmatan menyewa pelampung single tube dan double tube untuk anda.
Perlu diingatkan, jika anda ingin ke sini anda tidak dibenarkan untuk membawa masuk makanan dari luar kerana terdapat kedai makan yang beroperasi di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Sungai Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor
Desaru Fruit Farm

Destinasi yang pernah dinobatkan sebagai ‘Best Agro Tourism Site in Malaysia’ pada tahun 2006 ini begitu menarik untuk anda terokai bersama-sama ahli keluarga.
Desaru Fruit Farm ini beroperasi pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Anda akan dibawa untuk meneroka kebun buah seluas 180 ekar yang mempunyai rambutan, pisang, mangga, koko, durian belanda dan banyak lagi.

Bagi pengunjung yang membawa anak kecil, anda boleh ke taman haiwan mini dan berehat di sana sambil melihat anak-anak anda melakukan aktiviti.
Selain dapat menikmati keenakkan buah-buahan segar, anda juga berpeluang untuk merasai keaslian madu lebah yang terdapat di sini! Jangan lupa untuk memborong buah-buahan segar di sini sebelum anda pulang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Desaru, Desaru, 81900 Kota Tinggi, Johor
Desaru Ostrich Farm

Desaru Ostrich Farm yang terletak di Teluk Ramunia ini mempunyai lebih kurang 100 ekor burung unta. Keistimewaan ladang burung unta ini adalah kerana penjaganya akan memberikan khidmat pemandu pelancong peribadi kepada setiap pengunjung.
Jadi anda berpeluang untuk mengetahui pelbagai info menarik tentang burung unta daripada penjaga tersebut.

Tidak lengkap percutian anda jika tidak cuba untuk menunggang burung unta di sini! Anda juga boleh menikmati hidangan berasaskan daging dan telur burung unta.
Di sini turut terdapat kedai cenderamata yang menawarkan barangan seperti telur burung unta, lampu kulit telur burung unta, dompet yang diperbuat daripada kulit burung unta dan pelbagai barangan menarik yang lain.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Jalan Telok Ramunia, Kampung Changi, 81600 Pengerang, Johor
Kampung Makam

Kampung Makam yang terletak 2km dari pekan Kota Tinggi merupakan sebuah destinasi bersejarah yang menempatkan beberapa makam yang penting.
Di sini terletaknya Kompleks Makam Sultan Mahmud yang merupakan pemerintah Johor yang ke-10. Jika anda meminati sejarah, anda pasti tahu tentang kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang.
Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda bolehlah melawat ke kompleks ini. Antara lokasi bersejarah yang terdapat di Kota Tinggi adalah Makam Laksamana Bentan, Makam Kucing Bertanduk, Kota Makam Tauhid dan Kubu Budak.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | J177, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor
Lorong Seni Kota Tinggi

Lorong Seni ini merupakan sebuah inisiatif kreatif untuk menghidupkan semula lorong-lorong belakang di pusat bandar yang dahulunya suram.
Di sini, anda akan menemui pelbagai lukisan mural yang berwarna-warni dan seni 3D yang menggambarkan sejarah, budaya, serta identiti unik masyarakat setempat.
Lokasi ini sangat popular di kalangan peminat fotografi dan “Instagrammers” kerana sudut gambarnya yang artistik.
Selain mencantikkan pemandangan bandar, ia juga memberi peluang kepada pelawat untuk mengenali warisan Kota Tinggi melalui visual yang menarik.
Suasananya sangat santai, menjadikannya destinasi wajib singgah untuk berjalan kaki.
- Lokasi: Jalan Yusof / Jalan Tambatan, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Taman Eko Rimba Panti (Panti Forest Eco Park)
Destinasi ini sangat sesuai bagi mereka yang cintakan ketenangan alam semula jadi. Terletak di kaki Hutan Simpan Gunung Panti, kawasan ini menawarkan udara yang segar dan air sungai yang jernih untuk aktiviti mandi-manda.
Selain berkelah bersama keluarga, tempat ini juga terkenal di peringkat antarabangsa sebagai lokasi utama bagi aktiviti pemerhatian burung (birdwatching) kerana kepelbagaian spesies yang ada di sini.
Terdapat kemudahan seperti pondok rehat dan laluan pejalan kaki yang disediakan. Ia adalah tempat terbaik untuk lari dari kesibukan kota dan menikmati keindahan hutan hujan tropika yang masih terpelihara.
- Lokasi: Batu 9, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Laman Kabu British 1939
Bagi peminat sejarah, Laman Kabu British 1939 adalah lokasi yang menyimpan seribu satu cerita tentang Perang Dunia Kedua.
Ia merupakan sisa-sisa kubu pertahanan yang dibina oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun suatu ketika dahulu.
Anda boleh melihat struktur konkrit yang masih utuh yang digunakan sebagai tempat perlindungan dan kedudukan meriam.
Kawasan ini telah dibersihkan dan dijaga dengan baik supaya generasi muda dapat menghargai sejarah perjuangan tanah air.
Melawat ke sini memberikan gambaran jelas tentang strategi ketenteraan dan suasana peperangan pada zaman dahulu di tanah Johor.
- Lokasi: Jalan Mawai (berhampiran persimpangan ke Desaru), 81900 Kota Tinggi, Johor.
Menara Jam Kota Tinggi
Menara Jam ini merupakan mercu tanda yang paling dikenali di pusat bandar Kota Tinggi. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bulatan menjadikannya simbol identiti yang kuat bagi penduduk tempatan.
Seni binanya mempunyai keunikan tersendiri dan sering menjadi latar belakang foto bagi pelancong yang baru pertama kali tiba di bandar ini.
Kawasan sekitarnya juga dikelilingi oleh pelbagai premis perniagaan dan kedai makan yang menarik.
Walaupun nampak ringkas, menara ini melambangkan ketepatan waktu dan kemajuan bandar dari zaman dahulu hingga sekarang. Ia adalah titik pertemuan yang sangat mudah dicari.
- Lokasi: Pusat Bandar Kota Tinggi (Bulatan Jalan Mawai/Jalan Laksamana), 81900 Kota Tinggi, Johor.
Aktiviti Berkayak di Sungai Lebam
Jika anda inginkan aktiviti yang lebih aktif, berkayak di Sungai Lebam adalah pilihan yang tepat.
Berbeza dengan aktiviti melihat kelip-kelip pada waktu malam, berkayak pada waktu siang membolehkan anda melihat dengan lebih jelas keindahan hutan paya bakau yang menghijau di sepanjang tebing sungai.
Anda akan dibawa menyusuri air yang tenang sambil mempelajari tentang ekosistem paya bakau dan hidupan liar seperti monyet dan burung bakau yang menghuninya.
Aktiviti ini sangat menenangkan dan sesuai untuk mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi sambil melakukan senaman ringan di atas air.
- Lokasi: Jeti Bujang, Sungai Lebam, 81930 Bandar Penawar, Johor.
Thekchen Choling Malaysia
Thekchen Choling merupakan sebuah kuil Buddha Tibet yang terletak di kawasan yang tenang dan jauh dari hiruk-piruk.
Tempat ini terkenal dengan keindahan seni bina tradisional Tibet yang berwarna-warni dan penuh dengan simbol kerohanian.
Tarikan utama di sini ialah patung Thousand-Armed Chenrezig yang setinggi 30 kaki, yang merupakan salah satu yang terbesar seumpamanya di Malaysia.
Pelawat dialu-alukan untuk datang menikmati ketenangan, melakukan meditasi, atau sekadar mengagumi seni ukiran yang halus.
Suasananya yang damai menjadikannya destinasi yang menarik bagi mereka yang mencari ketenangan minda dan jiwa.
- Lokasi: Lot 691, Jalan Sungei Sayong, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Titian Laksamana (Laman Laksamana)
Titian Laksamana atau juga dikenali sebagai Laman Laksamana merupakan kawasan rekreasi yang terletak di tepi tebing sungai.
Ia adalah tempat kegemaran penduduk setempat untuk melakukan aktiviti riadah seperti joging, berjalan santai, atau membawa anak-anak bermain di taman permainan pada waktu petang.
Dengan pemandangan sungai yang luas dan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, ia memberikan suasana yang sangat santai dan menyegarkan.
Terdapat juga dataran luas untuk pelbagai aktiviti komuniti. Tempat ini sangat sesuai bagi anda yang ingin merasai gaya hidup santai masyarakat Kota Tinggi sambil menikmati keindahan matahari terbenam.
- Lokasi: Jalan Laksamana, Taman Kemang, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Pantai Teluk Mahkota (Jason’s Bay)
Pantai Teluk Mahkota, atau lebih dikenali sebagai Jason’s Bay oleh penduduk tempatan, terletak di kawasan Sedili Kecil.
Berbeza dengan Desaru yang lebih komersial dan sibuk, pantai ini menawarkan suasana yang jauh lebih tenang dan privasi.
Garisan pantainya yang panjang dan landai menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti berkelah, berkhemah, atau sekadar berjalan kaki menghirup udara laut sambil menikmati bunyi ombak.
Air lautnya juga agak tenang pada waktu tertentu, sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Ia adalah “permata tersembunyi” bagi sesiapa yang ingin melarikan diri daripada kesesakan orang ramai.
- Lokasi: Tanjung Sedili, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Okid Kopitiam
Untuk merasai citarasa sebenar Kota Tinggi, anda wajib singgah ke Okid Kopitiam. Ia merupakan sebuah kedai kopi tradisional yang sangat popular di kalangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.
Menu wajib cuba di sini ialah roti bakar yang disediakan menggunakan arang, disapu dengan kaya dan mentega, serta dipadankan dengan kopi O yang pekat.
Suasana kedainya yang klasik membawa anda kembali ke zaman dahulu, memberikan pengalaman sarapan yang cukup autentik.
Ia bukan sekadar tempat makan, tetapi tempat di mana masyarakat berkumpul untuk berbual pagi, menjadikannya lokasi terbaik merasai budaya setempat.
- Lokasi: No. 43, Jalan Tambatan, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Pendakian Bukit Belungkor
Bukit Belungkor menawarkan pengalaman mendaki yang menarik bagi penggemar aktiviti luar.
Walaupun tingginya tidaklah setanding gunung-gunung besar, namun trek pendakiannya tetap memberikan cabaran yang memuaskan bagi pendaki tahap permulaan dan sederhana.
Setibanya di puncak, anda akan disajikan dengan pemandangan panoramik yang sangat cantik merangkumi kawasan hutan hijau dan pemandangan laut dari kejauhan.
Waktu terbaik untuk mendaki adalah pada awal pagi untuk mengelakkan cuaca panas dan berpeluang melihat kabus.
Aktiviti ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mencabar fizikal sambil menikmati pemandangan alam dari sudut pandang yang lebih tinggi.
- Lokasi: Jalan Belungkor (berdekatan kawasan feri), 81930 Kota Tinggi, Johor.



Sy perlukan detail percutian d bali
boleh email butitan pakej honeymoon bali utk 2pax, 3d2n bulan nov 2019
Boleh saya dptkan butiran pakej hooneymoon bali utk awal bulan Disember?