Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sarawak

16 Aktiviti Tempat Menarik di Miri Sarawak

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
20 Januari, 2026
Kategori: Pakej Sarawak
Masa Bacaan: 4 mins read
14.7k 939
A A
3
16.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Miri Sarawak yang selalu disebut itu? Apa makanan yang sedap-sedap ada di Miri?

Pada awal abad ke-20, ahli geologi menemukan minyak di Miri. Kemudian, Pekan Miri berkembang pesat menarik pekerja asing dari China.

Emas hitam ini telah memacu sebahagian besar ekonomi Miri sehingga pada hari ini.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tetapi bandar kecil yang kaya dengan minyak di Laut China Selatan ini bukan sahaja mengenai petroleum.

Ada banyak tarikan yang patut anda terokai baik dari segi alam semulajadinya, pelancongan budaya dan pelbagai lagi yang menarik menanti anda.

Promo Percutian ke Kuching

  • Lihat Penginapan Terbaik di Miri
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Miri
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Miri
  • Lihat Peta Percutian Miri

Pin

  • 1 Taman Negara Niah & Mulu
  • 2 Pantai Tusan Bekenu
  • 3 Coco Cabana
  • 4 Taman Buaya Miri dan Zoo Mini
  • 5 Beach Republic
  • 6 Bukit Kanada
  • 7 Tamu Muhibbah & Pusat Kraftangan Miri
  • 8 Pasar Malam Ria Saberkas
  • 9 Rizab Semula Jadi Piasau
  • 10 Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti
  • 11 3 Beradik Gemok Kitchen #3BG
  • 12 Tentatif Percutian 3 Hari 2 Malam di Miri, Sarawak
    • 12.1 Hari 1: Menyusuri Keajaiban Alam
    • 12.2 Hari 2: Penerokaan Budaya dan Bandar
    • 12.3 Hari 3: Pengembaraan dan Ketenangan
  • 13 Tempat Penginapan di Miri
Lihat aktiviti dan tempat menarik di Miri Sarawak:


Taman Negara Niah & Mulu

Gua Niah di Taman Negara Niah
Gua Niah di Taman Negara Niah | Imej oleh: James Lo

Negeri Kenyalang ini begitu terkenal dengan keindahan flora dan faunanya yang sentiasa menggamit pengunjung daripada luar untuk datang berkunjung.

Anda boleh meneroka Taman Negara Niah yang pernah menjadi penempatan manusia sekitar 40,000 tahun dahulu ini mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia!

The Pinnacles, Gunung Api, Taman Negara Gunung Mulu
The Pinnacles, Gunung Api, Taman Negara Gunung Mulu | Imej oleh: Nur Nafis Naim

Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di laluan kanopi sepanjang 480 meter di Taman Negara Mulu yang merupakan taman negara terbesar di Sarawak.

Tapak Warisan Dunia UNESCO ini turut mempunyai ruang bawah tanah terbesar di dunia yang dikenali sebagai ‘Sarawak Chamber’ dan dikatakan mampu memuatkan 40 buah kapal terbang Boeing 747!

Dinding Waterfall in Lambir Hills National Park
Air Terjun Dinding di Taman Negara Bukit Lambir | Imej oleh: Mx. Granger

Anda juga boleh ke Taman Negara Bukit Lambir yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada Bandar Miri.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 8:30 am – 01:00 pm | Batu Niah, 98200 Miri, Sarawak

  • Lihat Penginapan di Mulu | Lihat Peta | 8:30 am – 05:00 pm | Gunung Mulu National Park, Sarawak

Pantai Tusan Bekenu

Pantai-Tusan-Bekenu-Tony-Chong
Pantai Tusan Bekenu | Imej oleh: Tony Chong

Kemaskini: Malang sekali batu berupa ‘kepala kuda meminum air’ telah runtuh. Pantai Tusan terletak kira-kira 40 km dari Miri, di sepanjang jalan pantai Bekenu. Tersembunyi di sebalik ladang kelapa sawit, Pantai Tusan menawarkan pantai berpasir putih yang panjang dan persekitaran yang indah untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam yang menakjubkan.

Terdapat juga beberapa gua kecil di sepanjang pantai dengan formasi batuan yang menarik.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Perjalanan ke Pantai Tusan tidak akan lengkap jika anda tidak sempat menyaksikan ‘air mata biru’, fenomena mempesonakan yang telah menarik ramai penduduk tempatan dan pengunjung asing ke pantai itu dan sebab utama popularitinya di Miri.

Tusan-Beach
Cahaya biru di pantai Tusan

‘Air mata biru’ yang indah itu disebabkan oleh sejenis alga yang dipanggil ‘dinoflagellates’. Semasa masa mekarnya, alga akan menghasilkan cahaya biru apabila dirangsang oleh gerakan tertentu dan menukar air laut menjadi biru neon apabila ia terdampar di pantai.

Fenomena itu pertama kali ditemui penduduk tempatan pada Oktober 2015, dan ia mendapat populariti selepas gambar lampu biru terang di pantai tular di media sosial. ‘Air mata biru’ mencipta pemandangan yang mempesonakan yang sangat menawan pada waktu malam.

Pantai-Tusan-Bekenu-haristokrat-ah
Pantai Tusan Bekenu | Imej oleh: Haristokrat Ah

Lampu pendarfluor biru bersinar melalui persekitaran gelap yang mereplikasi cahaya malam, yang akan bersinar lebih terang semasa cuaca panas. Namun begitu, penampakan fenomena ‘air mata biru’ bergantung kepada cuaca dan musim.

Pantai Tusan agak baru; oleh itu, ia tidak dibangunkan. Terdapat beberapa gerai makanan di sini yang didirikan oleh penduduk tempatan.

Anda juga boleh singgah di Bekenu, sebuah bandar nelayan kecil, yang terletak hanya 15 minit pemanduan dari Pantai Tusan. Ia mempunyai pasar ikan, beberapa tempat untuk makan, dan esplanade yang menyenangkan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Exit Jalan Bekenu – Miri Coastal, 98150 Miri, Sarawak

Coco Cabana

Coco Cavana
Coco Cavana | Imej oleh: EV Photo

Coco Cabana merupakan sebuah destinasi yang menyajikan permandangan tepi laut yang begitu indah dan cukup terkenal sebagai lokasi untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam yang terbaik di Miri.

Destinasi ini turut menempatkan mercu tanda Miri iaitu kuda laut.

Borneo Jazz Festival
Borneo Jazz Festival

Kuda laut yang berketinggian 40 meter ini turut berfungsi sebagai rumah api dan menjadikannya sebagai salah satu rumah api yang terunik di dunia!

Destinasi hiburan ini turut mempunyai pelbagai festival seperti Festival Jazz Borneo (Borneo Jazz Festival) dan Pesta Muzik Desa Miri (Miri Country Music Fest) yang diadakan mengikut bulan tertentu.

Luak Esplanade
Luak Esplanade | Imej oleh: Birdy Ling

Jika mencari destinasi santai atau tempat berekreasi yang menenangkan di Miri?

Anda boleh ke Luak Esplanade yang terletak 5 kilometer daripada Bandar Miri ataupun Taman Awam Miri yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, jambatan gantung serta menara tinjau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00 am – 11:00 pm | Lot 2260, Jln Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak

Taman Buaya Miri dan Zoo Mini

Miri Crocodile Farm
Miri Crocodile Farm | Imej oleh: Dainny

Mini Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo: Jom berkunjung ke Taman Buaya Miri yang menempatkan sekitar 1000 ekor buaya daripada pelbagai spesies.

Apabila berada di sini anda bakal melihat buaya bujang senang, buaya katak, buaya jelutong, buaya albino dan banyak lagi.

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan aksi setiap buaya ketika menjamu selera pada jam 3.30 petang.

Maskot Taman Buaya Miri
Maskot Taman Buaya Miri

Menariknya lagi kerana ia turut menempatkan seekor buaya tembaga yang telah diawet dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Tambahan lagi, taman ini turut mempunyai lesen khas untuk memasak sajian berasaskan buaya iaitu sup herba, sate dan masak kicap daging buaya yang sentiasa menjadi rebutan bagi kaum Cina.

Terdapat pelbagai haiwan lain termasuk rusa, ular, spesis burung dan banyak lagi di taman ini
Terdapat pelbagai haiwan lain termasuk rusa, ular, spesis burung dan banyak lagi di taman ini

Taman buaya yang terbesar di wilayah utara Sarawak ini turut mempunyai 60 burung dan haiwan eksotik.

Antara haiwan eksotik yang terdapat di mini zoo adalah Kasuari Selatan, Binturong, Beruang Matahari, Landak dan banyak lagi haiwan yang menarik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Tiket: RM25-Dewasa / RM15 Kanak | 9:00 am – 5:00 pm | Lot 164, Jalan Lutong – Kuala Baram, 98000 Miri

Beach Republic

Miri Beach Republic
Miri Beach Republic

Lokasi yang terletak di sepanjang bahagian Laut China Selatan ini pula merupakan tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Beach Republic ini menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik seperti gelanggang badminton, gimnasium, bola tampar pantai, bola jaring pantai, bola sepak pantai, sudut BBQ, kolam renang dan banyak lagi.

Miri Beach Republic
Miri Beach Republic

Tambahan lagi, ia turut menjadi destinasi pilihan bagi meraikan sebarang acara seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, seminar serta aktiviti berpasukan. Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah Burger Joint iaitu anda berpeluang untuk membuat burger sendiri dengan aneka resepi burger yang disediakan!

Antara destinasi pantai yang turut menjadi tumpuan pelancong apabila bercuti di Miri adalah Pantai Tanjung Lobang, Pantai Tusan Subis, Pantai Bungai dan Pantai Bakam (Pantai Hawaii).


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | 8XJ9+9F Taman Tunku, Miri, Sarawak

Bukit Kanada

Bukit Kanada Miri Oil Well Kama Sairi
Bukit Kanada Miri Oil Well | Imej oleh: Kama Sairi

Canada Hill yang terletak di bandar Miri ini mempunyai nilai sejarah yang begitu berharga buat negara Malaysia.

Lokasi yang turut digelar sebagai The Grand Old Lady ini mempunyai telaga minyak yang pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel.

Ia dinamakan Bukit Kanada kerana telaga tersebut dibina oleh warga kanada yang bernama McAlpine.

Miri Grand Old Lady
Miri Grand Old Lady | Imej oleh: Sufian Elfandi

The Grand Old Lady ini turut menjadi salah satu mercu tanda bagi Miri dan merupakan antara tugu yang terkenal dalam menghasilkan tong minyak untuk jangka masa yang panjang.

Lokasi bersejarah ini turut menempatkan sebuah Muzium Petroleum yang dibina bersebelahan dengan telaga tersebut bagi menceritakan sejarah penemuan minyak dan bagaimana proses pengalian serta penghasilan minyak dilakukan pada masa lalu.

Terdapat beberapa artifak patung yang dibina bagi menunjukkan cara kerja orang dulu dalam usaha menghasilkan minyak di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 Jam | The Grand Old Lady – Canada Hill, 98000 Miri

Tamu Muhibbah & Pusat Kraftangan Miri

Tamu Muhibbah Miri
Tamu Muhibbah Miri | Imej oleh: Yusof Zaeem

Apabila pergi bercuti ke sesuatu tempat anda semestinya ingin membawa pulang cenderamata buat ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai tanda ingatan kepada mereka.

Tamu Muhibbah & Tamu Khas merupakan sebuah pasar yang menawarkan pelbagai barangan menarik yang terdiri daripada buah-buahan, makanan kering, barangan kraftangan serta hasil bumi dari perkampungan di seluruh pelusuk Miri.

blank
Pusat Kraftangan Miri | Imej oleh: Kuang Hong Chuang

Kebanyakkan pengunjung ke sini bagi memborong Beras Bario atau lebih dikenali dengan nama padi huma.

Beras Bario begitu terkenal di Sarawak kerana baunya yang harum serta rasanya begitu enak sekali.

Miri Handicraft Centre
Miri Handicraft Centre | Imej oleh: Kuang Hong Chuang

Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan barangan kraftangan, Miri Handicraft Center begitu sesuai untuk anda kunjungi.

Di sini terdapat sekitar 13 gerai yang menjual barangan kraftangan dan hidangan tradisi etnik serta subetnik ‘Anak Sarawak’ yang bakal membuat anda rambang mata untuk memilih!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri

Pasar Malam Ria Saberkas

Ria-Saberkas-Night-Market-Kamarudin-Kassim
Ria Saberkas Night Market | Imej oleh: Kamarudin Kassim

Ria Saberkas Night Market merupakan salah satu lokasi wajib singgah di Miri ini. Dikatakan ia merupakan pasar malam yang paling terkenal dan meriah di Sarawak!

Di sini anda bakal menemui dengan pelbagai barangan unik yang dijual oleh para peniaga.

Pasar-Malam-Saberkas-amirul-fareez
Pasar Malam Saberkas Imej oleh: Amirul Fareez

Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan taman rekreasi iaitu Taman Bulatan begitu mudah untuk diakses oleh orang ramai.

Apabila ke pasar ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai menu menarik yang pasti membangkitkan selera anda.

Antara menu yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah Sayoq Manok yang merupakan kepak ayam panggang.

Pasar-Malam-Saberkas-Linda-Lopez
Kek Lapis Sarawak sememangnya popular di pasar ini | Imej oleh: Linda Lopez

Anda juga boleh merasai keenakan mee kolok, pelbagai menu berasaskan makanan laut yang segar dan memborong beraneka kek lapis Sarawak.

Bagi melihat pelbagai perisa kek lapis Sarawak anda boleh ke Kedai Kek Lapis Sarawak Siti Payung atau Habibi Cake Shop.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00pm – 9:30pm | Pasar malam seberkas, Saberkas Commercial Centre, 98000 Miri

Rizab Semula Jadi Piasau

Piasau Nature Reserve
Piasau Nature Reserve

Piasau Nature Reserve: Destinasi yang satu ini begitu terkenal dalam kalangan pencinta alam yang menginginkan panorama hijau.

Tambahan lagi di sini turut menempatkan burung enggang yang menjadi simbol kepada negeri Sarawak.

Pelbagai spesis burung boleh ditemukan di Rizab Semulajadi Piasau
Pelbagai spesis burung boleh ditemukan di Rizab Semulajadi Piasau

Destinasi yang menjadi rumah kepada 107 spesies flora dan 75 spesies fauna ini dibina bukan sahaja sebagai tarikan pelancongan tetapi bertujuan untuk memelihara spesies yang terancam khususnya burung enggang.

Kebanyakkan pengunjung ke sini begitu teruja untuk melihat pasangan enggang iaitu Jimmy dan Juliet yang telah membiakkan Musa dan Ceelia.

Jimmy dan Juliet pasangan burung Enggang
Jimmy dan Juliet pasangan burung Enggang

Berkunjunglah ke sini untuk mengetahui kisah percintaan Jimmy yang begitu dramatis! Anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti berjoging, berbasikal atau berjalan di laluan Community Trail dan Faridah Loop.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Lot 1274, Jalan Peninsula, 98000 Miri

Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti

Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti
Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti

Miri-Sibuti Coral Reef National Park: Miri bukan sahaja kaya dengan keindahan di kawasan hutan malah kaya dengan kehidupan marin dan terumbu karang.

Bagi yang meminati aktiviti air seperti menyelam ke dasar laut, destinasi ini pasti menjadi igauan buat anda.

Miri-Sibuti Coral Reef National Park
Miri-Sibuti Coral Reef National Park

Taman terumbu karang ini menyediakan sekitar 40 tapak menyelam untuk anda meneroka isi lautnya.

Antara tapak menyelam yang popular adalah Eve’s Garden, Anemone Garden, Barracuda Point, Tukau Drop Off, Kenyalang Artificial Lift, Belais Reef dan banyak lagi yang mempunyai terumbu karang yang berbeza!

Terdapat 40 tapak menyelam untuk anda terokai
Terdapat 40 tapak menyelam untuk anda terokai

Untuk ke setiap tapak menyelam anda perlu menggunakan perkhidmatan bot daripada jeti utama.

Jika anda menanam hasrat untuk ke destinasi ini, ia begitu sesuai dilawati sekitar bulan Mac sehingga November sebelum berlakunya peralihan monsun.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9XMC+QR Taman Selera Tanjung Lobang, Miri, Sarawak

3 Beradik Gemok Kitchen #3BG

3 Beradik Gemok Kitchen
3 Beradik Gemok Kitchen

Mencari hidangan yang terkenal di Miri? Mee Kolok merupakan antara makanan yang terkenal bagi masyarakat Sarawak dan mudah untuk didapati di setiap gerai makanan di sini.

Jika di Miri anda boleh menikmati keenakkan menu ini di 3 Beradik Gemok Kitchen yang terletak di Jalan Brooke, Pusat Kraftangan Miri.

Mee Kolok Dulang Daging
Mee Kolok Dulang Daging

Keistimewaan Mee Kolok di restoran ini kerana ia mempunyai menu Mee Kolok Dulang Daging Itam yang mempunyai 4 perisa iaitu Kolok Kicap Sos, Kolok Putih, Kolok Merah dan Kolok Kicap.

Sentiasa dipenuhi orang ramai
Sentiasa dipenuhi orang ramai

Selain Mee Kolok anda juga boleh memesan menu Laksa Kaki Ayam, Mee Jawa Ayam, Nasi Dulang dan Nasi Ayam Goreng Berempah yang dijual dengan harga yang berpatutan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am-10:00pm | Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri

Tentatif Percutian 3 Hari 2 Malam di Miri, Sarawak

tempat-menarik-di-miri-sarawak

Seperti yang sudah kita ketahui, Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan budaya yang unik.

Miri, terletak di bahagian utara Sarawak, menawarkan pengalaman yang menarik untuk pelancong. Berikut adalah cadangan itinerari selama 3 hari 2 malam di Miri:

Hari 1: Menyusuri Keajaiban Alam

Pagi hingga Petang: Mula percutian anda dengan mengunjungi Taman Negara Niah. Taman ini adalah calon Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menampilkan gua-gua, hutan hujan, dan perkampungan manusia purba yang berusia 40,000 tahun.

Terokai Gua Besar yang terkenal dengan kepentingan arkeologi, dan melalui Gua Pedagang dan Gua Berlukis, di mana anda dapat melihat lukisan gua prasejarah dan kawasan kubur.

Petang: Kembali ke Miri untuk menikmati senja di Marina Bay, sambil mencuba hidangan tempatan di gerai tepi pantai.

Hari 2: Penerokaan Budaya dan Bandar

Pagi: Lawati Pusat Kraf Sarawak untuk mempelajari seni tradisional. Kunjungi juga Pusat Kraf Miri untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan etnik Sarawak.

Petang: Nikmati makan tengah hari di kafe tempatan yang menggabungkan masakan Sarawak dan antarabangsa. Selepas makan tengah hari, jelajahi Miri City Fan, taman yang unik dan menjadi simbol Miri.

Petang: Rasai kehidupan malam Miri dengan mengunjungi Miri Times Square, tempat terdapat kafe, bar, dan pilihan pelbagai hiburan.

Hari 3: Pengembaraan dan Ketenangan

Pagi hingga Petang: Berjalanlah di Taman Negara Bukit Lambir yang terkenal dengan biodiversiti, air terjun, dan trekking. Jangan lepaskan peluang untuk berenang di kolam semulajadi.

Petang: Berehatlah di Pantai Tusan, yang terkenal dengan fenomena ‘Blue Tears’. Nikmati barbeku di tepi pantai sambil merenung percutian yang sudah dialami di Miri.


Tempat Penginapan di Miri

Tusan-Beach-Traveler-Forever
Dalam kenangan | Imej oleh: Traveler Forever

Untuk penginapan mewah, pertimbangkan Pullman Miri Waterfront yang menawarkan pemandangan bandar dan laut yang menakjubkan serta kemudahan yang terbaik.

Bagi pelancong yang mencari pilihan sederhana, Miri Marriott Resort & Spa menawarkan keselesaan dan kemudahan yang dekat dengan tarikan bandar.

Miri Budget Inn sesuai untuk backpacker dan pelancong bajet, terletak berdekatan dengan kedai makan tempatan dan pasar.

Semoga percutian anda di Miri Sarawak menjadi pengalaman yang tidak terlupakan!

Tags: bandar mirihotel miripakej miriresort di miritempat makan menarik di miri
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat makan di Kuching Sarawak
Pakej Sarawak

45 Tempat Makan di Kuching Sarawak Popular

  Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Salah satu tarikan utama di Kuching adalah...

Oleh: Hasrul Wayne
13 Mei, 2026
40.2k
tempat-menarik-di-kuching-sarawak
Pakej Sarawak

56 Tempat Menarik di Kuching Terkini

Apakah tempat menarik di Kuching Sarawak yang berbaloi dilawati? Ada tempat makan yang sedap di Kuching atau adakah aktiviti menarik...

Oleh: Hasrul Wayne
20 Januari, 2026
20.5k
Selanjutnya

Komen 3

  1. blank Mohd Danial says:
    + -

    Untuk 27-29July ada kekosongan lg tak ? untuk 20 org.

    Reply
  2. blank Abdul Jabbar says:
    + -

    Boleh dapatkan quotation untuk 40 orang? Sebab saya nak buat kursus sambil makan angin untuk wakil pelajar. Oktober atau november. Kalau ada pakej yg lebih jimat boleh bsertakan sekali terima kasih

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam sejahtera, ya boleh encik Abdul. Konsultan kami akan hubungi encik untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my