Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Johor

10 Tempat Paling Menarik di Pasir Gudang

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
6 Mac, 2026
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 2 mins read
32.7k 2.1k
A A
36
Tempat Menarik di Pasir Gudang
36.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Pasir Gudang adalah sebuah daerah yang terletak di bandaraya Johor Bahru.

Ia adalah bandar industri yang terkenal dengan pengangkutan dan logistik, pembinaan perkapalan, petrokimia, industri berat serta stor pengedaran penyimpanan minyak masak terbesar.

Kendengaran sepertinya tiada perkara menarik di daerah ini berikutan ianya pusat industri setempat yang besar.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Namun begitu anda jangan terkejut kerana pelbagai aktiviti dan tempat menarik anda boleh temukan di Pasir Gudang Johor.

  • Lihat Pakej Percutian di Johor
  • Lihat Penginapan Terbaik di Johor
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor 
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Johor
  • Peta Percutian di Pasir Gudang

Pin

  • 1 Muzium Layang-Layang
  • 2 Sarang Buaya Tanjung Langsat
  • 3 Taman Pertanian Johor Kong Kong
  • 4 Masjid Jamek Pasir Gudang
  • 5 Taman Bukit Layang-Layang
  • 6 Pasir Layar
  • 7 Galeri Bandaraya Pasir Gudang
  • 8 Kampung Pasir Putih
  • 9 Uptown Pasir Gudang
  • 10 TS Wonderland Indoor Water Theme Park
Mari kita lihat 10 aktiviti paling menarik yang anda boleh lakukan disini.


Muzium Layang-Layang

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang
Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Bagi peminat seni pembuatan layang-layang anda boleh ke Muzium Layang-Layang bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah layang-layang di negara Malaysia.

Muzium Layang-Layang
Muzium Layang-Layang

Muzium yang mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2002 ini mempamerkan peralatan dan pelbagai bentuk layang-layang yang ada di seluruh dunia.

Dengan bayaran masuk RM2 bagi orang dewasa, anda boleh meneroka isi muzium ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:45pm | Komplek Pusat Bandar, Pasir Gudang, 81700, Pasir Gudang, Johor, 81700

Sarang Buaya Tanjung Langsat

Sarang Buaya Pasir Gudang
Sarang Buaya Pasir Gudang

Kawasan hutan paya bakau yang terletak berdekatan dengan pelabuhan zon bebas cukai Tanjung Langsat ini menempatkan 12 buah kolam yang menjadi habitat kepada 592 ekor Buaya Tembaga.

Destinasi pelancongan yang berkeluasan 8 ekar ini dibina bagi memberi pengalaman kepada orang ramai untuk melihat habitat semula jadi buaya tembaga serta menyelami keunikan hidupan reptilia yang satu ini.

buaya air masin
buaya air masin

Sarang buaya yang beroperasi setiap hari ini mengenakan bayaran mengikut peringkat umur serta menawarkan pakej mengambil video serta bergambar bersama anak buaya tembaga.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:30pm | Jalan Ipil 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, 81700 Pasir Gudang, Johor

Taman Pertanian Johor Kong Kong

Taman Pertanian Johor Kong Kong | Imej oleh: Hafizal Zainal
Taman Pertanian Johor Kong Kong | Imej oleh: Hafizal Zainal

Taman Pertanian Kong Kong ini turut dikenali sebagai muzium buah-buahan yang begitu menarik untuk dikunjungi di Pasir Gudang.

Apabila tibanya musim buah anda akan diberi peluang untuk memetik buah-buahan tersebut!

Taman Pertanian ini sering menerima kunjungan sekolah dan tadika
Taman Pertanian ini sering menerima kunjungan sekolah dan tadika | Imej oleh: Zarifa Sahari

Antara aktiviti yang ditawarkan di destinasi agropelancongan ini adalah menaiki trem mengelilingi kawasan dusun buah, mengunjungi galeri pertanian yang menempatkan dugong awet serta tulang paus, berbasikal, berkhemah dan bermain combat archery.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kong Kong, 81700 Masai, Johor

Masjid Jamek Pasir Gudang

Masjid Jamek Pasir Gudang
Masjid Jamek Pasir Gudang | Imej oleh: Muizz Zulkifli

Jom melihat keindahan Masjid Jamek Pasir Gudang pula. Keindahan masjid ini tidak dapat diragui lagi kerana ia pernah beberapa kali memenangi anugerah Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi kategori masjid.

Masjid Jamek Pasir Gudang
Masjid Jamek Pasir Gudang | Imej oleh: Fuji Sakura

Tambahan lagi, senibina yang digunakan begitu menarik dengan gabungan konsep timur tengah dan barat turut menyerlahkan lagi keindahan masjid tersebut.

Bagi pengunjung muslim anda bolehlah singgah untuk menunaikan solat di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Mesjid, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

Taman Bukit Layang-Layang

Muzium Layang Layang Pasir Gudang
Muzium Layang Layang Pasir Gudang

Seusai meneroka isi Muzium Layang-Layang anda boleh bersantai di kawasan Bukit Layang-Layang yang kini dinaiktaraf sebagai antara taman awam terkenal di Malaysia.

Di sini turut dijadikan sebagai lokasi untuk acara tahunan yang terkemuka iaitu Festival Layang-Layang Sedunia yang mempamerkan pelbagai bentuk dan warna layang-layang.

Taman Bukit Layang Layang Pasir Gudang
Taman Bukit Layang Layang Pasir Gudang | Imej oleh: Amarul Husairie

Antara acara yang berlangsung sepanjang festival tersebut adalah pertandingan layang-layang rokkaku, bengkel layang-layang, pertunjukkan Lollypop Drop dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan jadual festival ini di laman web Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi memudahkan anda untuk merancang percutian ke sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am-7:00pm | Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

Pasir Layar

Pantai Batu Layar
Pantai Batu Layar | Imej oleh: Mohamad Amirul

Destinasi pelancongan yang lebih dikenali sebagai Pasir Layar ini merupakan kawasan pantai yang berada pada kedudukan yang strategik dan menjadi tumpuan warga tempatan serta para pelancong.

Jika Bukit Layang-Layang merupakan destinasi bagi festival layang-layang, Pasir Layar pula telah menjadi destinasi untuk Festival Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor yang diadakan setiap tahun.

Oleh itu, keadaan pantai di sini tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan anda hanya boleh bersiar-siar di sekitarnya sambil menikmati angin pantai yang menderu. Tempat ini juga seakan Batu Pahat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 81600 Bandar Penawar, Johor

Galeri Bandaraya Pasir Gudang

Galeri Bandaraya Pasir Gudang
Galeri Bandaraya Pasir Gudang

Galeri Bandaraya Pasir Gudang yang beroperasi di aras 1 Menara Aqabah ini mempamerkan tentang sejarah penubuhan, kawasan pentadbiran, pembangunan industri, produk pelancongan dan kemudahan yang terdapat di Pasir Gudang.

Walaupun lokasi ini kurang terkenal dalam kalangan pelancong, ia cukup berbaloi untuk anda terokai bagi mengetahui tentang Pasir Gudang dengan lebih mendalam.

Bagi anda yang meminati sejarah sesuatu tempat, galeri ini pasti memenuhi citarasa percutian anda!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Menara Aqabah, Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

Kampung Pasir Putih

Kedai-Makan-Rahmat-Siakap-Goreng-Azrein-Aizat
Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng | Imej oleh: Azrein Aizat

Kampung Pasir Putih ini sering menjadi destinasi pilihan dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati hidangan makanan laut yang begitu menyelerakan.

Sambil menikmati pelbagai menu makanan laut anda boleh menghayati pemandangan Selat Tebrau dan Singapura.

Antara restoran yang tersohor di kampung ini adalah Kedai Makan Rahmat yang menyajikan hidangan Siakap Goreng.

Hidangan-Menyelerakan-Siakap-Goreng
Hidangan Menyelerakan Siakap Goreng

Selain itu, Kampung Tanjung Langsat turut menjadi tumpuan penggemar hidangan makanan laut.

Ekoran daripada kedudukannya yang terletak di muara Sungai Johor, anda juga boleh melakukan aktiviti memancing di kawasan kelong, jeti atau menggunakan perkhidmatan bot sewa.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor

Uptown Pasir Gudang

Pasar-Malam-Uptown-Pasir-Gudang-Ahmad-Afif-Isa
Pasar Malam Uptown Pasir Gudang | Imej oleh: Ahmad Afif Isa

Menjelang lewat petang anda boleh mengunjungi Uptown Pasir Gudang yang begitu meriah dengan pelbagai gerai jualannya.

Pelbagai barangan yang terdiri daripada pakaian, makanan, buah-buahan, barangan keperluan dan banyak lagi barangan menarik yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Anda boleh bersiar-siar melihat gelagat penjual dan pembeli sambil melihat beberapa persembahan nyanyian oleh beberapa kumpulan busker.

Kemeriahan uptown ini turut menarik warga tempatan daripada pelbagai daerah untuk mengisi aktiviti malam minggu di sini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00pm – 2:00am | Jalan Meranti 5, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor

TS Wonderland Indoor Water Theme Park

TS Wonderland
TS Wonderland

Kemaskini: TS Wonderland ditutup buat semantara. TS Wonderland Indoor Water Theme Park adalah antara taman tema air yang cantik di negeri Johor ini!

Menariknya tentang taman tema air yang satu ini kerana ia berada di dalam bangunan jadi para pengunjung tidak akan terkena panas terik mentari apabila sedang bermandi-manda.

TS Wonderland Indoor Water Theme Park
TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Bertambah mengasyikkan kerana ia turut mempunyai bahagian yang berkonsepkan angkasa lepas iaitu ‘Space Adventure’.

Taman tema yang mengenakan bayaran masuk RM25 ini begitu sesuai untuk dikunjungi oleh kanak-kanak dan juga warga emas.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Bersambung…

 

Tags: pasir gudang hotelpasir gudang taman
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-johor-bahru
Pakej Johor

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

  Apa tempat menarik di Johor Bahru yang terkini? Anda ada tempat atau aktiviti yang boleh anda syorkan untuk pelancong...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
93.3k
Tempat menarik di Desaru
Pakej Johor

20 Aktiviti Tempat Menarik di Desaru

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Desaru yang popular dikunjungi pelancong? Adakah berbaloi merancang percutian di Desaru? Desaru ialah...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
21.1k
Selanjutnya

Komen 36

  1. blank CikN says:
    + -

    TS world masih wujud ke ? Rasa tahun 2021 dah tak operasi lagi..

    Reply
    • blank Hasrul Wayne says:
      + -

      Betul Cik, kami dah kemaskini. Ada cadangan tempat menarik yang terkini di sana?

  2. blank Abdul Hadi says:
    + -

    harga ground berapa?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Untuk berapa orang Encik Abdul Hadi?

  3. blank Hasmiwan says:
    + -

    Trip to chang rai 4d3n

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya, kami juga menyediakan pakej ke Chiang Rai.

Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my