fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
26 Januari, 2023
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 3 mins read
254 12
A A
35
tempat-menarik-di-muar-johor-rafidah-mohamad

Imej oleh: Rafidah Mohamad

22.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Adakah anda sedang bercadang melancong ke Muar Johor? Apakah yang menarik ada di Muar?

Muar atau Bandar Maharani, ialah sebuah bandar bersejarah dan ibu kota Daerah Muar, Johor, Malaysia.

Ia adalah salah satu tarikan pelancong paling popular di Malaysia untuk dilawati dan diterokai untuk makanan, minum kopi dan bangunan bersejarah sebelum perang.

Untuk lawatan trip sehari ke Muar dah memadai dan biasanya menjadi destinasi persinggahan sebelum ke Johor Bahru.

Muar, dengan populasi 127,897 (2018) orang, kebetulan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Johor di selatan Malaysia.

Ia adalah salah satu tarikan pelancong paling popular di Malaysia, yang dikelilingi oleh makanan yang lazat, alam semula jadi yang indah, serta bangunan bersejarah.

Oleh itu, untuk semua pelancong di luar sana, bersedialah untuk pengembaraan yang mencabar lagi mengujakan ke Muar!

Muar-Food-Market-patrick-Goh
Imej oleh: Patrick Goh
  • Lihat Penginapan Terbaik di Muar
  • Lihat Peta Percutian di Muar Johor

Pin

  • 1 Masjid Jamek Sultan Ibrahim
  • 2 Ladang Herba dan Rempah Nasuha
  • 3 Lukisan Jalanan Muar
  • 4 Menara Jam Muar
  • 5 Kuil di Muar
  • 6 Kolam Air Panas Sungai Gersik
  • 7 Taman Tanjung Emas
  • 8 Rumah Sup Muar
  • 9 Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
  • 10 Pak Yahya Asam Pedas
Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat paling menarik yang ada di Muar ini.


Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar
Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar

Sultan Ibrahim Jamek Mosque: Ia merupakan masjid yang tertua di daerah Muar yang dibina di Bandar Maharani dan berdekatan Sungai Muar.

Masjid yang dibina pada tahun 1925 ini turut mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya begitu terkenal dalam kalangan masyarakat setempat.

Masjid-Jamek-Sultan-Ibrahim-Muar-Muhd-Azamuddin
Masjid tenang, dibina pada akhir 1880-an, dengan pemandangan menghadap sungai & seni bina berhias | Imej oleh: Muhd Azamuddin

Keunikannya begitu terserlah dari segi senibinanya yang menggunakan tiga elemen yang berbeza iaitu Melayu, Inggeris dan Turki.

Tambahan lagi ia turut mempunyai satu set jam matahari yang dihasilkan oleh cendekiawan Islam zaman lalu dan ia masih berfungsi.

Di sini turut menempatkan galeri yang menyimpan karya kaligrafi khat dan pusat pelupusan al-Quran dan kitab lama dengan menggunakan relau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

Ladang Herba dan Rempah Nasuha

Nasuha Herbs & Spice Farm
Nasuha Herbs & Spice Farm

Nasuha Herbs and Spice Farm: Ladang yang berkeluasan 3,200 hektar ini merupakan rumah kepada kira-kira 150 spesies rempah dan herba dari seluruh dunia seperti Asia, Eropah dan Afrika.

Hasil tuaian daripada ladang herba yang terbesar di Asia Tenggara ini turut dipasarkan ke luar negara.

Namun begitu, ladang yang beroperasi setiap hari ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada pengunjungnya.

Restoran Herba
Restoran Herba

Jadi rugilah jika anda tidak berkunjung ke sini kerana terdapat beberapa tarikan seperti Restoran Herba yang menawarkan pelbagai menu unik.

Selain daripada mengenali pelbagai pokok herba anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berkhemah, berkayak dan merentas hutan (Jungle trekking).


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Muar, 84500 Muar, Johor | Dibuka dari 10 Pagi – 6 petang

Lukisan Jalanan Muar

The-Great-Mural-of-Muar-Socin-Lim
The Great Mural of Muar | Imej oleh: Socin Lim

Street Art Muar: Bagi yang suka bergambar, anda boleh berjalan-jalan di sekitar bandar Muar untuk melihat pelbagai jenis lukisan mural yang cantik.

Terdapat lebih 30 lukisan mural yang dilukis di celah-celah lorong dan penjuru jalan bagi menghidupkan kawasan tersebut agar lebih menarik perhatian pelancong.

Muar Cultural Walk
Muar Cultural Walk

Antara lokasi lukisan mural yang terkenal adalah Muar Cultural Walk (Jalan Meriam), The Great Mural of Muar (Jalan Arab), Maharani Lane (Jalan Sisi) dan Mural : The Bond (Jalan Yahya).


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Meriam, Pekan Muar, 84000 Muar | Dibuka 24 jam

Menara Jam Muar

Muar Clock Tower
Muar Clock Tower | Imej oleh: Sharkawi Che Din

Muar Clock Tower: Menara jam yang turut dijadikan sebagai mercu tanda Muar ini terletak di Laman Maharani Padang Nyiru.

Menara yang berkonsepkan seni bina Inggeris ini pasti menggamit anda untuk duduk bersantai di situ kerana kedudukan yang begitu strategik serta dekorasi sekitarnya yang menenangkan.

Menara-Jam-Muar-macedonboy
Menara Jam Muar | Imej oleh: Macedonboy

Jangan lupa bergambar berlatarkan menara yang berwarna putih dan kuning ini sebagai tanda anda bercuti ke sini.

Satu lagi mercu tanda Muar adalah Jambatan Sultan Ismail yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dan Tanjung Agas.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1947, Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar | Dibuka 24 jam

Kuil di Muar

Nattukottai Chettiars Temple
Nattukottai Chettiars Temple | Imej oleh: Macedonboy

Temple in Muar: Di muar turut terdapat beberapa kuil yang boleh dilawati. Antaranya Nan Hai Fei Lai yang dikenali Ah Nio keng merupakan kuil cina yang tertua di Muar.

Seterusnya Kuil Sri Murugan Netukottai Chettiars pula merupakan kuil Hindu yang tertua di bandar Muar dan sering mengadakan perayaan tahunan iaitu perarakan kereta.

Nam Thien Temple Momo
Nam Thien Temple | Imej oleh: Momo

Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan Batu Caves, di Muar pula mempunyai Kuil Nagamalai Koil Alaiyam yang turut dibina dikawasan bukit berhutan dan menjadikannya antara kuil bukit yang terkenal di Malaysia.

Antara kuil lain yang terdapat di Muar adalah Kuil Sri Muthu, Mariamman, Kuil Siang Kong San, Kuil San Chai dan Kuil Kerng Tang Kou Bioh.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Nattukottai Chettiars’ Temple, Jalan Meriam, Johor, 84000 Muar | Dibuka 24 jam

Kolam Air Panas Sungai Gersik

Sungai-Gersik-Hot-Spring-Lim-Chee-Keong
Mempunyai 3 kolam air panas. Salah satu yang asal kita boleh duduk dan berenang. Masuk percuma dan tempat letak kereta juga percuma | Imej oleh: Lim Chee Keong

Sungai Gersik Hot Spring: Destinasi telah ditemui oleh Abd Rahman Irshad ketika membuat kerja penerokaan pada tahun 1911.

Kawasan rekreasi ini menawarkan ruang berendam berbumbung dan kolam untuk kanak-kanak mandi-manda.

Tambahan lagi, kemudahan yang disediakan begitu mencukupi seperti surau, bilik mandi, ruang persalinan, wakaf, taman permainan dan lain-lain lagi bagi menarik orang ramai ke destinasi ini.

Sungai Gersik Hot Spring
Sungai Gersik Hot Spring | Imej oleh: Idham Halim

Anda juga boleh berkunjung ke Pantai Leka untuk beriadah sambil menghirup udara pantai yang begitu segar.

Untuk pengetahuan anda, pantai ini turut menjadi tempat perlindungan burung yang menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk burung yang bermigrasi pada bulan Oktober hingga Mac.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg Sungai Gresik, Jalan Kolam Air Panas, Gersik, 83610 | Dibuka dari 8:30 pagi hingga 7:00 Malam

Taman Tanjung Emas

Tanjung Emas Park
Tanjung Emas Park | Imej oleh: Nur Muhammad

Tanjung Emas Park: Taman Tanjung Emas sering dipenuhi dengan masyarakat setempat dan pelancong luar bagi melakukan aktiviti rekreasi dan menghayati pemandangan Sungai Muar.

Di sini anda boleh mendapatkan khidmat bot untuk menyusuri Sungai Muar selama 45 minit atau satu jam untuk menikmati pemandangan Bandar Muar dari sungai pula.

Taman-Tanjung-Emas
Lampu neon yang berwarna warni menerangi Taman Tanjung Emas

Jika anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam pula, anda boleh ke Taman Tanjung Ketapang yang turut berdekatan dengan Taman Tanjung Emas ini.

Taman ini turut dilengkapi dengan laluan untuk mengayuh basikal dan berjogging.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4, 5, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar | Dibuka dari 6-9 pagi dan dibuka semula 3-7 petang

Rumah Sup Muar

Muar-Soup-House-Morinkashi-Kataki
Muar Soup House | Imej oleh: Morinkashi Kataki

Muar Soup House: Kedai sup ini memulakan perniagaannya sejak tahun 1958 dengan hanya menggunakan sebuah kereta tolak sahaja.

Ia dimajukan oleh seorang warga Tamil Nadu yang datang ke Malaysia pada ketika itu untuk mencari pekerjaan.

Kini perniagaan ini mulai diwarisi oleh generasi keduanya agar kedai sup ini tidak dilupakan.

Muar-Soup-House-ct-tok
Mee Sup Kari Udang Muar ini sungguh menyelerakan | Imej oleh: CT Tok

Lokasi yang beroperasi di bandar Muar ini sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong untuk menikmati menu sup kambing dan daging lembu yang begitu terkenal sejak dulu lagi.

Di sini turut menawarkan pelbagai menu menarik seperti Sup Gearbox, Sup Campur, Nasi Biryani dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor | Dibuka dari 12:00 Tengahari hingga 10 Malam

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah dipenuhi pelanggan seawal pagi
Mee Bandung Abu Bakar Hanipah dipenuhi pelanggan seawal pagi | Imej oleh: Fendi Schyzo

Mi bandung merupakan antara maknan yang terkenal di Muar, jadi apabila berkunjung ke sini anda wajib mencuba menu ini terutamanya Mee Bandung Abu Bakar Hanipah yang terletak di Taman Bakariah Indah.

Anda pasti tertanya-tanya tentang keistimewaan mi bandung di restoran ini?

mee bandung di sini kaya dengan rasa udang
mee bandung di sini kaya dengan rasa udang

Keunikan yang terdapat di restoran ini adalah kerana ia menggunakan resepi mi bandung asli yang diwarisi sejak tahun 1930-an.

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai sering berkunjung ke sini untuk menikmati rasa mi bandung yang begitu pekat dengan hanya RM5 sepinggan!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Taman Khalidi Bharu, 84000 Muar, Johor

Pak Yahya Asam Pedas

Pak-Yahya-Asam-Pedas-Aishah-Mars
Menu ikan masak asam pedas yang memikat selera | Imej oleh: Aishah Mars

Destinasi yang turut dikenali Medan Asam Pedas, Parit Jawa ini menyajikan menu asam pedas daripada ikan tempatan sahaja.

Menariknya tentang asam pedas di restoran ini kerana ia mendapat pengiktirafan sebagai asam pedas Johor tulen daripada Perbadanan Negeri Johor (makanan dan perkhidmatan restoran) serta turut dipersetujui oleh bekas Menteri Besar Johor ketika beliau menjamu selera di situ.

Gerai Pak Yahya Asam Pedas
Gerai Pak Yahya Asam Pedas

Di medan ini turut terdapat sebuah lagi kedai yang turut menyajikan hidangan asam pedas yang pekat iaitu Asam Pedas Mak Pon.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | No. 1 Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor

Bersambung…

Selepas melihat tempat menarik di Muar, anda boleh ke selatan tanah air dan meneruskan percutian ke tempat-tempat menarik di Johor.

Tags: homestay muar johorhotel muar johormee bandung muar johorresort muar johor
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pulau Rawa Johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Pulau Rawa Johor

  Pulau Rawa adalah antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Pulau ini memilik keunikan dan rahsianya yang tersendiri. Pulau...

Oleh: Hadi Ghazali
7 Mac, 2023
21.8k
Tempat Menarik di Batu Pahat
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Pahat Johor [PALING POPULAR]

  Tahukah anda di Batu Pahat, terdapat taman tema, tempat yang indah, seni bina yang menarik, banyak alam semula jadi...

Oleh: Hadi Ghazali
13 Februari, 2023
20.2k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
35 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

10 Tempat Menarik di Australia Paling Popular 1
Australia

10 Tempat Menarik di Australia Paling Popular

Oleh: Hadi Ghazali
26 Mac, 2023
35
15k

  Terdapat banyak sebab mengapa pelancong Muslim memilih untuk melakukan aktiviti dan melawat tempat menarik di Australia. Pertama, Australia adalah...

Baca Selanjutnya
Avatar-The-Experience

Menarik Di Avatar The Experience: Gardens By The Bay

2 Januari, 2023
478
tempat hiking di selangor

10 Tempat Hiking di Selangor Paling Popular

14 Disember, 2022
15.2k
tempat-menarik-di-nepal

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Nepal Yang Paling Popular [RARE]

16 Mei, 2022
10k
Anjung_Seni_Idrus_Tintin_2

Aktiviti & Tempat Menarik Di Pekanbaru Indonesia [PILIHAN TERBAIK]

10 Jun, 2022
18.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
35
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas