Adakah anda sedang bercadang melancong ke Muar Johor? Apakah tempat menarik di Muar boleh dikunjungi?
Muar atau Bandar Maharani, ialah sebuah bandar bersejarah dan ibu kota Daerah Muar, Johor, Malaysia.
Ia adalah salah satu tarikan pelancong paling popular di Malaysia untuk dilawati dan diterokai untuk makanan, minum kopi dan bangunan bersejarah sebelum perang.
Untuk lawatan trip sehari ke Muar dah memadai dan biasanya menjadi destinasi persinggahan sebelum ke Johor Bahru.
Muar, dengan populasi 127,897 (2018) orang, kebetulan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Johor di selatan Malaysia.
Ia adalah salah satu tarikan pelancong paling popular di Malaysia, yang dikelilingi oleh makanan yang lazat, alam semula jadi yang indah, serta bangunan bersejarah.
Oleh itu, untuk semua pelancong di luar sana, bersedialah untuk pengembaraan yang mencabar lagi mengujakan ke Muar!

- Lihat Pakej Percutian Popular Johor
- Lihat Penginapan Terbaik di Muar
- Lihat Aktiviti Terbaik di Johor Bahru
- Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor
- Lihat Peta Percutian di Muar Johor
PinMari kita lihat 10 aktiviti dan tempat paling menarik yang ada di Muar ini.
Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim Jamek Mosque: Ia merupakan masjid yang tertua di daerah Muar yang dibina di Bandar Maharani dan berdekatan Sungai Muar.
Masjid yang dibina pada tahun 1925 ini turut mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya begitu terkenal dalam kalangan masyarakat setempat.

Keunikannya begitu terserlah dari segi senibinanya yang menggunakan tiga elemen yang berbeza iaitu Melayu, Inggeris dan Turki.
Tambahan lagi ia turut mempunyai satu set jam matahari yang dihasilkan oleh cendekiawan Islam zaman lalu dan ia masih berfungsi.
Di sini turut menempatkan galeri yang menyimpan karya kaligrafi khat dan pusat pelupusan al-Quran dan kitab lama dengan menggunakan relau.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Ladang Herba dan Rempah Nasuha

Nasuha Herbs and Spice Farm: Ladang yang berkeluasan 3,200 hektar ini merupakan rumah kepada kira-kira 150 spesies rempah dan herba dari seluruh dunia seperti Asia, Eropah dan Afrika.
Hasil tuaian daripada ladang herba yang terbesar di Asia Tenggara ini turut dipasarkan ke luar negara.
Namun begitu, ladang yang beroperasi setiap hari ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada pengunjungnya.

Jadi rugilah jika anda tidak berkunjung ke sini kerana terdapat beberapa tarikan seperti Restoran Herba yang menawarkan pelbagai menu unik.
Selain daripada mengenali pelbagai pokok herba anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berkhemah, berkayak dan merentas hutan (Jungle trekking).
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Muar, 84500 Muar, Johor | Dibuka dari 10 Pagi – 6 petang
Lukisan Jalanan Muar

Street Art Muar: Bagi yang suka bergambar, anda boleh berjalan-jalan di sekitar bandar Muar untuk melihat pelbagai jenis lukisan mural yang cantik.
Terdapat lebih 30 lukisan mural yang dilukis di celah-celah lorong dan penjuru jalan bagi menghidupkan kawasan tersebut agar lebih menarik perhatian pelancong.

Antara lokasi lukisan mural yang terkenal adalah Muar Cultural Walk (Jalan Meriam), The Great Mural of Muar (Jalan Arab), Maharani Lane (Jalan Sisi) dan Mural : The Bond (Jalan Yahya).
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Meriam, Pekan Muar, 84000 Muar | Dibuka 24 jam
Menara Jam Muar

Muar Clock Tower: Menara jam yang turut dijadikan sebagai mercu tanda Muar ini terletak di Laman Maharani Padang Nyiru.
Menara yang berkonsepkan seni bina Inggeris ini pasti menggamit anda untuk duduk bersantai di situ kerana kedudukan yang begitu strategik serta dekorasi sekitarnya yang menenangkan.

Jangan lupa bergambar berlatarkan menara yang berwarna putih dan kuning ini sebagai tanda anda bercuti ke sini.
Satu lagi mercu tanda Muar adalah Jambatan Sultan Ismail yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dan Tanjung Agas.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1947, Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar | Dibuka 24 jam
Kuil di Muar

Temple in Muar: Di muar turut terdapat beberapa kuil yang boleh dilawati. Antaranya Nan Hai Fei Lai yang dikenali Ah Nio keng merupakan kuil cina yang tertua di Muar.
Seterusnya Kuil Sri Murugan Netukottai Chettiars pula merupakan kuil Hindu yang tertua di bandar Muar dan sering mengadakan perayaan tahunan iaitu perarakan kereta.

Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan Batu Caves, di Muar pula mempunyai Kuil Nagamalai Koil Alaiyam yang turut dibina dikawasan bukit berhutan dan menjadikannya antara kuil bukit yang terkenal di Malaysia.
Antara kuil lain yang terdapat di Muar adalah Kuil Sri Muthu, Mariamman, Kuil Siang Kong San, Kuil San Chai dan Kuil Kerng Tang Kou Bioh.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Nattukottai Chettiars’ Temple, Jalan Meriam, Johor, 84000 Muar | Dibuka 24 jam
Kolam Air Panas Sungai Gersik

Sungai Gersik Hot Spring: Destinasi telah ditemui oleh Abd Rahman Irshad ketika membuat kerja penerokaan pada tahun 1911.
Kawasan rekreasi ini menawarkan ruang berendam berbumbung dan kolam untuk kanak-kanak mandi-manda.
Tambahan lagi, kemudahan yang disediakan begitu mencukupi seperti surau, bilik mandi, ruang persalinan, wakaf, taman permainan dan lain-lain lagi bagi menarik orang ramai ke destinasi ini.

Anda juga boleh berkunjung ke Pantai Leka untuk beriadah sambil menghirup udara pantai yang begitu segar.
Untuk pengetahuan anda, pantai ini turut menjadi tempat perlindungan burung yang menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk burung yang bermigrasi pada bulan Oktober hingga Mac.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg Sungai Gresik, Jalan Kolam Air Panas, Gersik, 83610 | Dibuka dari 8:30 pagi hingga 7:00 Malam
Taman Tanjung Emas

Tanjung Emas Park: Taman Tanjung Emas sering dipenuhi dengan masyarakat setempat dan pelancong luar bagi melakukan aktiviti rekreasi dan menghayati pemandangan Sungai Muar.
Di sini anda boleh mendapatkan khidmat bot untuk menyusuri Sungai Muar selama 45 minit atau satu jam untuk menikmati pemandangan Bandar Muar dari sungai pula.

Jika anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam pula, anda boleh ke Taman Tanjung Ketapang yang turut berdekatan dengan Taman Tanjung Emas ini.
Taman ini turut dilengkapi dengan laluan untuk mengayuh basikal dan berjogging.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4, 5, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar | Dibuka dari 6-9 pagi dan dibuka semula 3-7 petang
Tanjung Ketapang

Tanjung Ketapang di Muar, Johor, merupakan destinasi menarik untuk bersantai sambil menikmati pemandangan indah di tepi laut.
Tempat ini terkenal dengan suasana tenang dan pokok ketapang yang rimbun, menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti riadah seperti berkelah, berjalan santai, dan memancing.
Pengunjung juga dapat melihat pemandangan Jambatan Kedua Muar yang cantik, terutamanya ketika waktu matahari terbenam.
Selain itu, terdapat banyak gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan seperti sate dan mi bandung.
Tanjung Ketapang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama keluarga sambil menikmati keindahan semula jadi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:30am – 11:00pm | Jalan Sultanah, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Donhu Jurassic Garden

Donhu Jurassic Garden di Muar, Johor, adalah taman tema unik yang menampilkan pelbagai replika dinosaur bersaiz sebenar.
Tempat ini dihiasi dengan patung-patung dinosaur seperti Tyrannosaurus Rex dan Velociraptor yang dilengkapi dengan bunyi dan cahaya, menjadikannya kelihatan hidup.
Selain itu, taman ini juga mempunyai landskap taman yang cantik dan ruang berjalan kaki yang sesuai untuk bergambar.
Donhu Jurassic Garden sangat popular di kalangan keluarga dan kanak-kanak yang berminat dengan dunia prasejarah.
Ia memberikan pengalaman yang menarik dan mendidik tentang kehidupan dinosaur, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:30pm | 2700, 224, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Rumah Sup Muar

Muar Soup House: Kedai sup ini memulakan perniagaannya sejak tahun 1958 dengan hanya menggunakan sebuah kereta tolak sahaja.
Ia dimajukan oleh seorang warga Tamil Nadu yang datang ke Malaysia pada ketika itu untuk mencari pekerjaan.
Kini perniagaan ini mulai diwarisi oleh generasi keduanya agar kedai sup ini tidak dilupakan.

Lokasi yang beroperasi di bandar Muar ini sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong untuk menikmati menu sup kambing dan daging lembu yang begitu terkenal sejak dulu lagi.
Di sini turut menawarkan pelbagai menu menarik seperti Sup Gearbox, Sup Campur, Nasi Biryani dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor | Dibuka dari 12:00 Tengahari hingga 10 Malam
Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Mi bandung merupakan antara maknan yang terkenal di Muar, jadi apabila berkunjung ke sini anda wajib mencuba menu ini terutamanya Mee Bandung Abu Bakar Hanipah yang terletak di Taman Bakariah Indah.
Anda pasti tertanya-tanya tentang keistimewaan mi bandung di restoran ini?

Keunikan yang terdapat di restoran ini adalah kerana ia menggunakan resepi mi bandung asli yang diwarisi sejak tahun 1930-an.
Jadi tidak hairanlah jika orang ramai sering berkunjung ke sini untuk menikmati rasa mi bandung yang begitu pekat dengan hanya RM5 sepinggan!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Taman Khalidi Bharu, 84000 Muar, Johor
Pak Yahya Asam Pedas

Destinasi yang turut dikenali Medan Asam Pedas, Parit Jawa ini menyajikan menu asam pedas daripada ikan tempatan sahaja.
Menariknya tentang asam pedas di restoran ini kerana ia mendapat pengiktirafan sebagai asam pedas Johor tulen daripada Perbadanan Negeri Johor (makanan dan perkhidmatan restoran) serta turut dipersetujui oleh bekas Menteri Besar Johor ketika beliau menjamu selera di situ.

Di medan ini turut terdapat sebuah lagi kedai yang turut menyajikan hidangan asam pedas yang pekat iaitu Asam Pedas Mak Pon.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | No. 1 Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor
Pantai Leka, Parit Jawa
Pantai Leka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sangat unik dan mendamaikan jiwa. Tempat ini amat terkenal sebagai kawasan persinggahan utama bagi pelbagai spesies burung hijrah dari serata dunia.
Pengunjung yang datang pasti terpesona melihat ribuan burung terbang bebas mencari makanan di kawasan paya berlumpur ketika air surut.
Selain itu, pemandangan sewaktu matahari sedang terbenam di pantai ini sangat memukau setiap mata memandang.
Suasana tenang kampung nelayan dengan deretan bot kayu tradisional yang berlabuh menjadikan ia lokasi fotografi yang sangat cantik dan estetik. Ia sememangnya destinasi paling hebat untuk semua pelancong.
- Lokasi: Jalan Jabbar, Parit Jawa, Muar.
Muar River Cruise (Menyusuri Sungai Muar)
Aktiviti menaiki bot persiaran menyusuri Sungai Muar ini memberi peluang keemasan untuk anda melihat keindahan bandar dari sudut berbeza.
Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan panorama bangunan bersejarah, masjid terapung, dan jambatan utama.
Bot ini juga akan membawa pengunjung merasai keunikan ekosistem hutan paya bakau semula jadi yang masih terpelihara di sepanjang tebing sungai.
Sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, pengalaman santai ini sangat selesa dan selamat dinikmati oleh semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak.
Ia merupakan salah satu cara terbaik untuk menghargai nilai warisan dan juga alam sekitar bandar diraja ini.
- Lokasi: Jeti Taman Tanjung Emas, Muar.
HS Farm Stay
Destinasi percutian agro ini amat sesuai untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Berkonsepkan taman haiwan mini yang interaktif, ia membolehkan anak-anak mengenali dan menyentuh haiwan ternakan secara dekat.
Pengunjung boleh mencuba pengalaman memberi makan kepada pelbagai haiwan jinak, memancing ikan, atau menunggang kuda di dalam kawasan ladang.
Selain aktiviti luar yang menyeronokkan, taman ini turut menekankan elemen pendidikan alam sekitar yang santai.
Dikelilingi oleh kehijauan pokok buah-buahan tropika, persekitaran di sini amat segar, bersih, dan jauh daripada pencemaran udara.
Pastinya, setiap detik percutian anda di sini dipenuhi dengan gelak tawa yang riang.
- Lokasi: Jalan Joned, Kampung Sabak Awor, Muar.
D’Impian Agro Farm
Lokasi rekreasi baharu yang semakin tular ini menawarkan suasana desa yang begitu memukau jiwa. Ia menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahu mencuba aktiviti berkhemah dengan selamat dan mudah.
Tempat ini juga menyediakan kawasan taman haiwan peliharaan yang comel, sangat digemari oleh kanak-kanak.
Anda boleh berehat, bersiar-siar menaiki basikal, atau sekadar duduk santai sambil menikmati udara kampung.
Keindahan landskapnya yang dihiasi dengan pelbagai tanaman hijau menjadikan ruang ini sangat damai dan selesa.
Kemudahan asas yang lengkap disediakan turut memastikan percutian anda berjalan dengan amat lancar tanpa sebarang gangguan luar jangkaan.
- Lokasi: Kampung Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar.
Bangunan Sultan Abu Bakar
Bangunan pentadbiran era kolonial British ini merupakan sebuah mercu tanda kebanggaan bagi daerah bersejarah ini.
Dibina pada awal kurun kedua puluh, seni bina klasik Eropah yang gah menjadikannya cukup ikonik dan unik.
Walaupun ia berfungsi sebagai pejabat rasmi kerajaan sehingga ke hari ini, reka bentuk luarannya sentiasa menarik minat para pelancong.
Ramai yang singgah di perkarangan bangunan ini semata-mata untuk merakam gambar kenangan kerana latar belakangnya sangat estetik seolah-olah berada di luar negara.
Penjagaan landskap yang kemas menambahkan lagi seri pada struktur warisan yang sangat berharga dan tidak ternilai harganya.
- Lokasi: Jalan Petrie, Pekan Muar, Muar.
Homestay Kampung Parit Bugis
Jika anda ingin menyelami cara hidup masyarakat keturunan Jawa dan Bugis di Johor, kampung ini adalah jawapannya.
Program inap desa di sini menjanjikan pengalaman kebudayaan yang tulen dan cukup meriah.
Pelancong akan disambut hangat oleh penduduk tempatan sebelum dihiburkan dengan persembahan kesenian tradisional hebat seperti Tarian Kuda Kepang dan Barongan.
Selain menikmati persembahan, pengunjung turut berpeluang mempelajari pelbagai kraf tangan tradisional, cara memproses kelapa, serta menikmati juadah masakan kampung asli yang sedap.
Layanan mesra seperti keluarga sendiri pasti meninggalkan kesan manis dan nostalgia indah di dalam sanubari setiap pengunjung kelak.
- Lokasi: Kampung Parit Bugis, Seri Menanti, Muar.
Desa Keroma Eco Resort
Pusat peranginan ini menampilkan daya tarikan seni bina rumah tradisional Melayu berkonsepkan vila mewah yang amat mempesonakan.
Ia sangat popular sebagai lokasi berehat untuk lari seketika daripada sebarang kesibukan rutin harian.
Suasana persekitaran resort yang eksklusif ini dilengkapkan dengan hiasan landskap rimbun kehijauan serta kolam renang yang cantik.
Pengunjung bebas berjalan santai mengambil angin di kawasan taman rekreasi berdekatan sambil menikmati ketenangan jiwa.
Elemen ekologi yang sentiasa dikekalkan dalam pembangunan fasiliti ini terus membekalkan udara nyaman, lantas menjadikan percutian anda terasa jauh lebih bermakna, relaks, tenang, mendamaikan dan cukup sempurna.
- Lokasi: Jalan Abdul Rahman, Kampung Baharu, Muar.
Kopi 434 (Sai Kee Coffee)
Kunjungan ke daerah ini tidak akan lengkap sama sekali tanpa singgah merasai minuman kopi ikonik yang beroperasi sejak pertengahan abad lalu.
Kafe klasik ini menyajikan pelbagai variasi kopi tradisional dengan haruman panggang yang sangat padu dan memikat selera.
Minuman istimewa ini selalunya digandingkan bersama roti bakar rangup sapuan kaya dan mentega, ataupun sebiji telur separuh masak.
Bangunan kedai yang mengekalkan ciri-ciri warisan lama ini memberi suasana nostalgia hebat kepada semua pelanggannya.
Walaupun sentiasa dipenuhi ramai pengunjung setiap pagi, perkhidmatannya tetap cekap demi memastikan kepuasan maksimum buat penggemar tegar kopi tempatan.
- Lokasi: Jalan Maharani, Pekan Muar, Muar.
R&H Cafe (Satay Maharani)
Satu keunikan budaya sarapan pagi penduduk tempatan di sini adalah menikmati sate yang dibakar segar seawal waktu pagi.
Kafe ini terkenal sebagai lokasi pilihan nombor satu pelancong untuk merasai hidangan daging, ayam, serta perut perap yang dicucuk kemas.
Potongan sate yang sangat lembut, enak, dan padat dengan rempah ratus ini sering dimakan bersama kuah kacang pekat.
Selain sate, pengunjung juga wajib memesan semangkuk soto ayam panas atau mi rebus tulen resipi asli dari Johor.
Gabungan pelbagai menu lazat ini menjadikan pengalaman bersarapan anda sungguh luar biasa dan cukup mengenyangkan perut.
- Lokasi: Bangunan Mara, Jalan Maharani, Muar.
“Muar Glutton Street” (Jalan Haji Abu)
Jalan ini mula bertukar wajah menjadi sebuah syurga makanan jalanan paling meriah apabila menjelang lewat petang dan malam.
Sepanjang lorong sibuk ini, terdapat berpuluh gerai yang menjual aneka jenis snek lazat dan masakan panas.
Walau bagaimanapun, bintang utama di sini semestinya hidangan otak-otak segar yang dibalut daun nipah dan terus dibakar di atas arang.
Aroma wangi rempah ratus ikan panggang pasti akan menawan selera sesiapa sahaja yang lalu.
Pengunjung juga boleh membeli tiram goreng, sate celup, rojak, dan pencuci mulut tempatan sambil bersiar-siar merasai denyut nadi malam di bandar ini.
Lokasi: Jalan Haji Abu, Pekan Muar, Muar.



Hai..brp harga 3 hr 2 mlm tuk 2 dewasa 3 kanak2(5,7,11 thn)…
Bergantung dengan tarikh percutian cik. Saya dah hantarkan maklumbalas ke emel. Sila semak ya.
Salam.boleh sebut harga 3h 2 mlm untuk 2 dewasa dan 2 kanak- kanak 8 tahun .kami dari johor baru.bekereta.parking di perlabuhan.
Salam ya boleh Encik Allahddin. Sila semak emel.
Jumlah harga package berapa termasuk transport. Kereta parking 2 hari berapa kos?