fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Tioman

12 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Tioman [POPULAR]

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
13 Mei, 2023
Kategori: Pakej Pulau Tioman, Pakej Pulau
Masa Bacaan: 2 mins read
2.5k 41
A A
105
tempat-menarik-di-pulau-tioman
63.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Tioman merupakan sebuah syurga pulau berbentuk titisan-air mata yang terletak kira-kira 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di dalam Laut China Selatan.

Berukuran kira-kira 38 km panjang dan 19 km lebar, Pulau Tioman merupakan yang terbesar dalam kumpulan 64 buah pulau gunung berapi yang ada.

Profilnya yang menyerlah dengan dua puncak Gunung Simukut menawarkan mercu tanda yang menonjol kepada pulau indah ini, direputasikan sebagai salah satu daripada sepuluh buah pulau tercantik dan mempersona di dunia.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Pakej-Percutian-Pulau-Tioman

  • Lihat Pakej Percutian Pulau Tioman
  • Lihat Penginapan di Pulau Tioman
  • Lihat Aktiviti Popular di Pulau Tioman
  • Lihat Peta Percutian Pulau Tioman

Pin

  • 1 Video Tempat Menarik di Pulau Tioman
  • 2 Tempat Menarik di Pulau Tioman
  • 3 Menerokaan Hutan di Pulau Tioman
  • 4 Air Terjun Di Pulau Tioman
  • 5 Mendaki Gunung Di Pulau Tioman
  • 6 Hidupan Liar Pulau Tioman
  • 7 Zon Bebas Cukai Pulau Tioman
  • 8 Pulau Tioman Resort: Bermain Golf Di Pulau Tioman
  • 9 Melakukan Aktiviti Selaman Skuba Di Pulau Tioman
  • 10 Aktiviti Snorkel Di Pulau Tioman
  • 11 Taman Marin Pulau Tioman
  • 12 ‘Hopping’ Pulau Sekitar Tioman
  • 13 Kursus Menyelam Di Pulau Tioman
    • 13.1 Pulau Tioman Map/Peta
Untuk mendalami lebih lanjut tentang percutian di Pulau Tioman, saya senaraikan 12 aktiviti dan tempat menarik di Pulau Tioman.


Video Tempat Menarik di Pulau Tioman


Tempat Menarik di Pulau Tioman

Lapangan Terbang Pulau Tioman
Lapangan Terbang Pulau Tioman

Pulau Tioman ini dikatakan sebagai lokasi bersemanyam kepada lagenda puteri naga dari China.

Lagenda menyatakan bahawa semasa lawatan puteri ke Temasek (Singapura), dia membuat hentian di Tioman, di mana dia dengan mudahnya jatuh cinta kepada keindahan pulau ini.

Dia memutuskan untuk mendedikasikan hidupnya kepada pengembara yang keletihan dengan menawarkan mereka tempat tinggal dan keselesaan sementara berehat di pulau ini.

 

  • Terdapat beberapa buah perkampungan di Pulau Tioman: Tekek, Genting, Paya, Nipah, Mukut, Juara, Salang dan Air Batang.

 

  • Tempat untuk dikunjungi di Pulau Tioman: Pantai Midday, Teluk Panuba, Salang, Kampung Tekek, Minang Cove, Air terjun Asah, Bagus Place Retreat, Juara Turtle Project

 

  • Tempat untuk dikunjungi sekitar Pulau Tioman: Rumah Poseidon, Pulau Tulai, Pulau Sepoi, Pulau Labas, Pulau Soyak

 

  • Lihat juga senarai 10 resort dan chalet terbaik di Pulau Tioman.

Ada tempat menarik di Pulau Tioman dan dengan itu juga ada banyak perkara untuk dilakukan:


Menerokaan Hutan di Pulau Tioman

Hutan Pulau Tioman
Tioman memilik hutan yang cantik dah terpelihara | CC: Larra Jungle Princess

 Meneroka hutan atau biasa dipanggil “trekking” merupakan cara terbaik untuk menikmati dan meneroka keindahan pemandangan dan bunyi-bunyian di dalam hutan tropikal di sini.

Dengan bergerak jauh ke dalam, ia akan menyerlahkan lagi rahsia sebenar hutan ini kepada para pengunjung. Terdapat beberapa laluan untuk diterokai di sini.

Yang menjadi pilihan utama tentunya laluan jelajah sepanjang 7 km, antara Tekek-Juara yang menghubungkan pantai Timur dan Barat pulau tersebut. Selain itu, laluan lain yang dicadangkan untuk para pengunjung adalah seperti, Mukut-Asah (2km), Mukut-Twin Peak (4km) dan Air Batang-Saloang (8km).

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Peneroka boleh berhenti sekejap untuk menyegarkan diri di sungai sepanjang perjalanan ini.


Air Terjun Di Pulau Tioman

Hutan di Pulau Tioman
Air Terjun Asah

Di pulau ini terdapat beberapa buah air terjun semulajadi yang mempersona. Yang paling besar antara semua adalah Air Terjun Asah di mana air mengalir turun ke kolam berbatu di bawahnya.

Ia mengambil masa selama 40 minit untuk berjalan dari kampung Mukut, dan 20 minit dari kampung Asah untuk sampai ke air terjun ini. Satu lagi air terjun yang berbaloi dikunjungi adalah air terjun Lubok Tija di mana ianya cuma setengah jam perjalanan dari kampung Juara.

Percikan air sejuk dari air terjun ini membuatkan kawasan ini sesuai untuk sebarang aktiviti perkelahan.


Mendaki Gunung Di Pulau Tioman

Gunung Kajang di Pulau Tioman
Gunung Kajang adalah gunung berapi tidak aktif yang menjadi pilihan pelancong untuk aktiviti mendaki

Para pendaki boleh mengambil masa sebanyak enam jam untuk menakluk Gunung Kajang (1,038 meter) iaitu puncak tertinggi di pulau ini.

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

Bagi para peminat rock climbing, tapak-tapak yang terdapat di Tekek, Mukut dan Juara adalah sesuai untuk dikunjungi.

Para pendaki yang berpengalaman boleh menyertai aktiviti pendakian lasak di atas Gunung Si Mukut (Twin Peaks), puncak menara tertinggi di Malaysia.


Hidupan Liar Pulau Tioman

Binturong Tioman
Seekor Binturong sedang bersantai

Pulau Tioman ini diliputi oleh hutan hujan tropika berbukit yang masih dara yang mana dihiasi dengan flora dan fauna yang menakjubkan.

Tumbuh-tumbuhan yang padat dan subur ini adalah habitat kepada spesis-spesis terlindung seperti pelanduk, kongkang, musang binturung, beruk ekor panjang, tupai gergasi, landak, reptilia dan amfibia.

Bagi peminat burung pula, terdapat 141 spesis burung terdapat di pulau ini untuk dilihat.


Zon Bebas Cukai Pulau Tioman

Pulau Tioman
Pemandangan senja di Pulau Tioman: CC: Pavan

 Diwartakan sebagai Zon Bebas Cukai pada tahun 2002, Pulau Tioman memainkan peranan penting kepada penduduk yang tinggal di sekitar pulau ini, termasuklah dalam membangunkan Tioman kepada sebuah destinasi pelancongan utama dan pilihan para pelancong.

Tekek merupakan kampung utama dan jalan masuk ke Tioman melalui udara dan laut. Ia juga merupakan perkampungan terbesar juga sebagai pusat pentadbiran bagi pulau ini.

Dengan menjadi pusat pentadbiran utama, terdapat banyak bangunan kerajaan, landasan pendaratan kapal, balai polis, imigresen, bank, pusat pertukaran wang, sekolah, masjid, klinik, kedai-kedai dan juga restoran.

Para pengunjung boleh menjelajah perkampungan ini dan juga membeli barangan-barangan seperti rokok, minuman keras, pakaian dan juga barangan keperluan rumah.


Pulau Tioman Resort: Bermain Golf Di Pulau Tioman

Bermain Golf Di Pulau Tioman
Bermain Golf di Pulau Tioman

Bagi peminat permainan golf, 18 lubang yang ada di pusat golf Berjaya Tioman Golf and Spa Resort [Lihat Resort] di Kampung Tekek pasti dapat memuaskan hati mereka.

Pusat peranginan bertaraf antarabangsa ini menawarkan pantai-pantai indah, restoran, kolam renang, pusat sukan laut juga peralatan skuba dan snorkel.

Ini menjadikan Berjaya Tioman sebagai lokasi terbaik untuk mereka yang berbulan madu.


Melakukan Aktiviti Selaman Skuba Di Pulau Tioman

Padi Scuba Diving Tioman
Padi Scuba Diving Tioman

Pulau Tioman merupakan syurga kepada para penyelam untuk semua tahap. Air yang tenang dan tapak selaman seperti pulau-pulau kecil di Renggis dan Soyak amat sesuai untuk mereka yang baru belajar atau jurugambar bawah air.

Tapak selaman seperti Chebah dan Magicienne Rock merupakan lokasi popular di kalangan penyelam professional. Mereka biasanya dapat melihat Pari Kola yang besar, Jerung Paus, Jerung Terubu Karang, Barakuda dan Penyu.

Dasar laut sekitar Tioman menyimpan banyak rahsia dan misteri. Ia merupakan tempat bersemadi bagi banyak kapal, kebanyakannya kapal pukat tunda kayu. Selaman di waktu malam boleh dilakukan untuk menyaksikan hidupan marin waktu malam.


Aktiviti Snorkel Di Pulau Tioman

Snorkeling Di Pulau Tioman
Aktiviti paling popular di Pulau Tioman adalah snorkeling

Aktiviti snorkel di Tioman merupakan sebuah syurga untuk diteroka akan dunia dasar lautnya. Air laut yang suam dan jernih menjadikan Tioman sebagai destinasi popular untuk aktiviti snorkel.

Hidupan marin yang kecil berdekatan pantai adalah tepat dan sesuai bagi mereka yang baru belajar.

Bagi mereka yang bercadang untuk mandi-manda di samping ikan-ikan, taman marin merupakan lokasi pilihan dan pada masa sama mereka dapat menikmati keindahan taman dasar laut yang ada di sini.


Taman Marin Pulau Tioman

Taman Marine Pulau Tioman
Taman Marin Pulau Tioman kaya dengan terumbu terpelihara

Gugusan Pulau Tioman telah diwartakan sebagai taman marin bagi melindungi hidupan marinnya yang amat berharga. Perairan di Tioman ini merupakan habitat kepada hidupan laut yang indah dan kumpulan terumbu karang yang berwarna-warni.

Pusat Taman Marin ini terletak di antara kampung Tekek dan Air Batang dan diuruskan oleh Kementerian Perikanan. Sebagai sebuah kawasan perlindungan, hanya aktiviti-aktiviti tertentu sahaja dibenarkan seperti snorkel, selaman skuba, berenang dan tangkapan gambar dasar laut.

Mengambil terumbu karang, kulit siput dan aktiviti lain yang merosakkan adalah dilarang keras. Menangkap ikan tidak dibenarkan dalam jarak 3 km radius dari pulau.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi melindungi pulau ini, dan para pengunjung diminta untuk membantu dan menyokong penguatkuasa tempatan bagi memelihara alam semulajadi yang ada di sini.


‘Hopping’ Pulau Sekitar Tioman

Tioman Island Hopping
Jika melancong ke Tioman, Island Hopping adalah aktiviti wajib

Salah satu aktiviti yang popular di Tioman adalah aktiviti melompat pulau. Terdapat beberapa buah pulau di sekitar Tioman yang boleh dikunjungi seperti Tulai, Chebeh, Sepoi, Labas, Sembilang, Sri Buat Tokong Bahara dan Jahat.

Terletak kira-kira 45 minit dari kampung Salang adalah Pulau Tulai, yang terkenal sebagai yang terbaik. Airnya yang jernih, pantai berpasir putih, pepohon kelapa yang melambai, terumbu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menjadikan Tulai sebagai tempat terbaik untuk aktiviti berenang dan berkelah.

Bagi pengunjung yang bertuah, mereka akan dapat menemui kawanan ikan lumba-lumba yang kadang-kadang ditemui di sekitar Tioman ini.


Kursus Menyelam Di Pulau Tioman

PADI Scuba Diving Tioman
Tenaga pengajar berpengalaman PADI Scuba Diving Tioman

(PADI) Tioman juga menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk menyelam. Kebanyakan operator dan jurulatih selaman dibahagikan untuk menyesuaikan keperluan dari selaman pengenalan, selaman malam kepada kursus sijil selaman teknikal ‘PADI’ yang dikelolakan oleh ramai operator selaman di pulau ini.

Kursus ini boleh dilaksanakan dalam tempoh seminggu semasa penginapan para peserta/ pengunjung.


Pulau Tioman Map/Peta

Pulau Tioman adalah mukim dan sebuah pulau di Daerah Rompin, Pahang, Malaysia.

Ia terletak 32 kilometer (20 batu) di lepas pantai timur negeri ini, [2] dan panjangnya sekitar 39 kilometer (24 batu) dan lebar 12 kilometer (7.5 batu). Ia mempunyai tujuh buah kampung.

Pulau Tioman Map Peta
Peta Percutian Pulau Tioman

Pakej-Percutian-Pulau-Tioman

Tags: aktiviti malam di pulau tiomancara ke pulau tiomanchalet pulau tiomanresort di pulau tiomansnorkeling di pulau tiomantempat makan menarik di pulau tioman
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pulau Tioman Resort Chalet
Pakej Pulau Tioman

10 Pulau Tioman Resort Chalet Terbaik Untuk Percutian Anda

  Senarai Pulau Tioman Resort & Chalet: Pulau Tioman adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Pulau ini...

Oleh: Hadi Ghazali
13 Mei, 2023
20.5k
https://twitter.com/ayih93
Pakej Pulau Redang

8 Aktiviti Menarik di Pulau Redang Yang Menjadi Pilihan Pelancong

  Apakah aktiviti menarik di Pulau Redang yang boleh dilakukan pelancong? Kami selalu mendapatkan persoalan ini dari ramai pelancong yang...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mei, 2023
22.1k
Selanjutnya
4.5 4 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
105 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
105
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas