Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

15 Aktiviti Tempat Menarik di Tawau Sabah

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
2 November, 2025
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 3 mins read
27.1k 1.7k
A A
239
30k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apa aktiviti dan tempat menarik di Tawau yang boleh dikunjungi? Adakah Tawau berbaloi untuk percutian?

Hal ini sering menjadi persoalan bagi mereka yang ingin datang melancong ke pantai timur Sabah. Sering hanya menjadi persinggahan bagi pelancong ke Semporna dari Lapangan Terbang Tawau, kini Tawau sudah berbeza dari yang dulu.

Hal ini kerana Tawau juga mensajikan destinasi-destinasi yang hebat yang bakal membuka prespektif baru dikalangan pelancong.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tawau kini menjadi tumpuan para pengembara yang sukakan trekking dan aktiviti meredah hutan kerana ianya sekian lama telah menyimpan rahsia yang terpendam.

Promo-Pakej-Percutian-Semporna-Pulau-Mabul

  • Lihat Pakej Tawau & Semporna
  • Lihat Penginapan Terbaik di Tawau
  • Lihat Pengangkutan Airport - Tawau
  • Lihat Peta Percutian di Tawau

Pin

  • 1 Maliau Basin
  • 2 Teck Guan Cocoa Museum
  • 3 Bukit Gemok & Tawau Hills Park
  • 4 The Peaks Tawau
  • 5 Balung River Eco Resort
  • 6 Columnar Basalt Balung Cocos
  • 7 Balung Lost World Sungai Merah
  • 8 Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua
  • 9 Hot Springs Tawau
  • 10 Tawau Tanjung Market
  • 11 Persisiran Traulsen Tawau
  • 12 Masjid Al‑Kauthar
  • 13 Tawau Bell Tower
  • 14 Batu Tinagat Lighthouse
  • 15 Sri Titingan Seafood & Steamboat
Oleh itu, mari kita lihat 10 aktiviti popular dan tempat menarik di Tawau yang patut anda kunjungi.


Maliau Basin

Maliau-Basin
‘The Lost World’ Maliau Basin

Maliau Basin Conservation Area juga digelar ‘The Lost World of Maliau Basin’.  Bagi penggemar keindahan alam semulajadi, anda pastinya akan teruja dengan apa yang ditawarkan di Maliau Basin.

Disini, anda boleh menikmati pengalaman baru dalam “jungle trekking” dan juga “bird watching”. Wilayah ini juga menampilkan Gunung Lotung (1667 meter), Air Terjun Maliau dan Tasik Linumunsut.

borneo-maliau-basin-maliau-falls-air-terjun-7-tingkat
Air Terjun 7 Tingkat

Usaha sedang dijalankan (SaBC 2012) untuk mencalonkan kawasan itu sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ia menghimpunkan 12 jenis hutan dan setiap jenis hutan ini menempatkan spesis pokok yang unik dan berbeza. Aktiviti paling menarik yang digemari oleh pengunjung adalah trek ke Air Terjun Maliau 7 Tingkat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Maliau Basin Reception and Information Building, Maliau Basin Center

Teck Guan Cocoa Museum

Teck-Guan-Cocoa-Museum-2
Teck Guan Cocoa Museum

Bagi pencinta coklat, anda tak sepatutnya melepaskan peluang untuk mengunjungi Teck Guan Cocoa Museum yang terletak di Tawau ini.

Tawau sememangnya terkenal sebagai sebuah tempat yang maju dalam industri koko dan muzium ini mempunyai sejarah pembangunan yang sangat lama dan sangat menakjubkan.

Membeli-coklat-di-Teck-Guan-Cocoa-Museum-2
Membeli coklat di Teck Guan Cocoa Museum

Tarikan yang ada pada muzium ini merupakan satu tarikan yang tidak dapat ditemukan di tempat lain. Anda akan temukan pusat pemprosesan koko dan juga pengilangannya sekaligus memberikan anda gambaran yang lebih jelas berkenaan proses penghasilan koko ini.

Anda juga boleh temukan berbagai barangan untuk dibeli seperti jem koko dan juga minuman koko panas.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 5:00pm |  TB6853, Batu 2, Jalan Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah

Bukit Gemok & Tawau Hills Park

Tawau Hills Park
Terdapat pokok tropika tertinggi di dunia hidup di bukit hutan ini

Anda gemar hiking? Ini adalah tempatnya untuk anda menikmati pengalaman yang jauh berbeza berbanding dengan bukit-bukit lain kerana Bukit Gemok merupakan diantara bukit yang belum dicemari dengan sebarang pembangunan manusia.

Tawau Hills Park merupakan pusat kepada berbagai spesies haiwan dan juga tumbuhan. Tumbuhan seperti orkid merupakan diantara yang terbanyak yang boleh anda jumpa disini dan yang paling menarik perhatian adalah “Elephant’s Ear Orchid”.

Selain itu, Tawau Hills Park juga merupakan destinasi tumpuan buat keluarga untuk aktiviti berkelah atau berkhemah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9VXQ+45 Taman Semarak, Tawau, Sabah

The Peaks Tawau

The Peaks Tawau
Pemandangan pada waktu matahari terbenam The Peaks

Jika anda ke Tawau jangan lupa singgah di The Peaks Observation Deck kerana ia menawarkan panorama Tawau dan sempadan laut Indonesia yang cukup cantik. Tambah lagi ianya dikellilingi hutan simpan yang hijau dan menyegarkan pada ketinggian 1200 kaki pada paras laut.

Ianya juga merupakan tarikan terbaru di Bandar Tawau yang terletak di bukti TV (stesen RTM). Terdapat juga laluan untuk pendaki untuk hiking di sini. Di The Peaks juga anda boleh berehat santai sambil menikmati juadah yang disediakan di cafe.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Stesen TV Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Balung River Eco Resort

Balung River Eco Resort
Pemandangan Indah Balung River Eco Resort

Ia merupakan eco resort pertama yang menyediakan pengunjung dengan suasana kebun yang mempersona. Destinasi ini merupakan pemenang bagi “Best Nature Attraction” Sabah Tourism pada tahun 2003.

Kepelbagaian aktiviti, penginapan yang berkualiti dan hidangan kelas pertama menjadikannya sebagai destinasi terbaik untuk team building, seminar, group outing dan juga rekreasi keluarga.

Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berenang, memaning, badminton, jungle trekking, bird watching, camping, campfire, karaoke dan juga berkelah di tepi sungai.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 8:00pm | Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No. 30, Balung, 91009, 91000 Tawau, Sabah

Columnar Basalt Balung Cocos

Columnar Basalt Balung Cocos
Columnar Basalt Balung Cocos

Ini adalah satu-satunya lokasi di Malaysia di mana anda boleh melihat Basalt kolumnar (Bantal Lava) terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu apabila lava mengalir ke atas dari dasar laut ke permukaan air.

Ia terletak 40km dari Tawau di Giram Nek Legek di Kampung Balung Cocos.

Columnar-Basalt-Balung-Cocos-Syhamoii
Boleh dilihat kolum yang muncul dari permukaan bumi | Imej oleh: Syhamoii

Struktur semula jadi ini terbentuk apabila lava basalt mula menyejuk di dasar lautan. Proses penyejukan menyebabkan batuan membentuk tiang yang dipanjangkan secara heksagon.

Untuk pengetahuan anda, proses ini masih berlaku di dasar lautan terutamanya di dasar lautan Atlantik di Mid-Ocean Ridge (MOR)


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Kampung Balung Cocos, 91000 Tawau, Sabah

Balung Lost World Sungai Merah

Balung-Lost-World-Sungai-Merah
Balung Lost World Sungai Merah

Wullersdorf Peak Balung Lost World: Destinasi ‘rare’ ini baru saja ditemui dan ianya menjadi sangat popular kepada kumpulan hikers.

Balung Lost World menjadi tarikan kerana keunikannya iaitu air sungainya yang berwarna merah.

Sungai-Merah-Balung-Kai
Air yang kelihatan berwarna merah

Balung Lost World yang terletak dalam Hutan Simpan Berkekalan Hulu Kalumpang yang mempunyai keluasan 8000 hektar dan tidak dibuka kepada orang awam.

The-Lost-World-of-Balung
The Lost World of Balung

Namun ianya boleh diterokai melalui syarikat yang dilantik iaitu Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos yang telah berkerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah.

Selain daripada tarikan lainya ialah batu kristal, punca air yang datang dari bukit dua arah dan periuk kera ia menjadikannya hutan yang lain daripada yang lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | C4PG+W8 Taman Sri Balung, Tawau, Sabah

Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua

Taman-Rekreasi-Hutan-Simpan-Membalua-Samsul-Bakri
Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua | Imej oleh: Samsul Bakri

Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua Tawau adalah kawasan tarikan semulajadi, lokasinya terletak di Bandar Sri Indah dan telah dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Apa yang menarik di taman ini ialah persekitaran semulajadi dan pokok-pokok besar yang masih terpelihara mewujudkan susana yang segar dan nyaman.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini antaranya adalah perkemahan, berkayak, zip line, flying fox, hammocking, tree climbing, wall climbing, abseiling, kembara berhalang dan pelbagai lagi. Ianya juga sentiasa menjadi lokasi aktiviti M.I.C.E.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:30pm | Jln Sri Indah, 91000 Tawau, Sabah

Hot Springs Tawau

Hot-Springs-Tawau
Hot Springs Tawau

Jalan Air Panas, Taman Air Panas, Taman Air Panas dan Kampung Air Panas adalah nama jalan yang disebut oleh kebanyakan penduduk tempatan yang tinggal di taman perumahan dan kampung kawasan ini yang sinonim dengan kolam air panas yang terletak sejauh 15 minit memandu kenderaan dari bandar Tawau.

Penduduk tempatan menggunakan mata air untuk rawatan kulit. Aktiviti mandi air panas adalah popular di sini.  Pengunjung biasanya membawa bersama makanan untuk makan tengah hari kerana tempat itu terasa segar dan sesuai untuk berkelah.

Tawau-Sankina-Hotspring-Park
Tawau Sankina Hotspring Park

Bagi kanak-kanak, boleh juga singgah di Tawau Sankina Hotspring Park yang tidak jauh dari situ kerana tempat ini menyediakan pelbagai kemudahan aktiviti air.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Hotspring, 91000 Tawau, Sabah

Tawau Tanjung Market

Tawau Tanjung Market
Pelbagai makanan laut kering yang mengirukan boleh ditemukan dipasar ini

Di pasar ini, anda akan temukan 6000 gerai dan dikhabarkan juga bahawa Tawau Tanjung Market ini merupakan diantara pasar “indoor” yang terbesar di Malaysia.

Dibahagian bawah pasar ini, anda akan temukan berbagai jenis makanan yang dijual seperti buah-buahan segar, keropok amplang, dan bermacam lagi jenis makanan segar yang lain.

blank

Di tingkat satu pula, anda akan temukan bermacam jenis makanan yang diawet seperti ikan kering, ikan bilis, dan udang kering yang merupakan diantara makanan yang paling “famous” di Tawau.

Anda ada cadangan tempat-tempat menarik di Semporna & Tawau yang harus disenaraikan di sini?


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Persisiran Traulsen Tawau

Persisiran-Traulsen-Tawau-LH
OOTD Tawau’ Persisiran Traulsen Tawau Imej oleh: LH

Sudah penat makan angin apa kata berehat di Persisiran Traulsen Tawau. Juga dikenali sebagai Traulsen Recreation Park ianya merupakan persisiran laut di Tawau yang bersempadan dengan Indonesia iaitu diantara sempadan Pulau Sibatik. Ianya dikunjungi ramai pada cuti umum kerana sepanjang persisiran ini orang ramai berkelah.

Traulsen-Recreation-Park-Herryan-Syah
Traulsen Recreation Park | Imej oleh: Herryan Syah

Ianya menjadi terkenal bagi orang yang datang untuk menangkap gambar atau ‘OOTD’ di kawasan ini. Angin bertiup dari laut dengan pemandangan matahari terbenam membuai jiwa.

Selain itu terdapat gerai makanan dan buahan bagi yang ingin menikmati nasi lalap atau air batu serta cendol disini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta |  Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Masjid Al‑Kauthar

Masjid al-Kauthar Tawau - Winnazer Amin
Imej oleh: Winnazer Amin

Masjid Al-Kauthar di Tawau merupakan antara masjid terbesar dan tercantik di Sabah.

Terletak di tepi laut, masjid ini menonjol dengan seni bina Islam moden yang megah serta kubah biru yang menyerlah.

Dibuka secara rasmi pada tahun 2004, ia mampu menampung ribuan jemaah pada satu masa. Suasana tenang di sekeliling masjid menjadikannya bukan sahaja tempat ibadah, tetapi juga destinasi pelancongan rohani yang popular.

Pemandangan matahari terbenam di belakang masjid menambah tarikan bagi pengunjung dan jurugambar.


Tawau Bell Tower

Tawau-Bell-Tower-Jingcan-Huang
Imej oleh: Jingcan Huang

Tawau Bell Tower merupakan antara mercu tanda bersejarah tertua di Tawau. Dibina sekitar tahun 1921 oleh pihak British North Borneo Chartered Company, menara loceng ini didirikan bagi memperingati mangsa Perang Dunia Pertama.

Struktur asalnya diperbuat daripada kayu keras tempatan dan locengnya pernah digunakan untuk menandakan waktu bagi penduduk bandar.

Kini, Tawau Bell Tower menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat peninggalan era kolonial serta mengambil gambar kenangan di tapak bersejarah yang penuh nilai nostalgia ini.


Batu Tinagat Lighthouse

Batu-Tinagat-Lighthouse
Batu Tinagat Lighthouse

Batu Tinagat Lighthouse ialah rumah api bersejarah yang terletak di pesisir pantai Batu Tinagat, kira-kira 10 kilometer dari bandar Tawau.

Dibina oleh British sekitar tahun 1916, rumah api ini berfungsi sebagai panduan utama kepada kapal yang keluar masuk ke perairan Tawau.

Struktur asalnya diperbuat daripada besi dan masih kukuh hingga kini, menjadikannya antara rumah api tertua di Sabah.

Selain nilai sejarahnya, kawasan sekitarnya menawarkan pemandangan laut yang indah dan sering menjadi lokasi menarik untuk fotografi serta santai petang.


Sri Titingan Seafood & Steamboat

Sri-Titingan-Seafood-Tawau
Sri-Titingan Seafood Tawau sentiasa dipenuhi pelanggan

Akhir sekali, tidak lengkap jika ke pantai timur Sabah tanpa menikmati makanan laut yang sememangnya murah. Di Tawau juga terdapat beberapa restoran makanan laut dan antara yang popular adalah Sri Titingan Seafood.

Anda boleh menempah pelbagai jenis masakan ikan yang besar, udang, ketam dan udang galah.

Menu-makanan-laut-menyelerakan-di-Sri-Titingan
Menu makanan laut menyelerakan di Sri Titingan

Selain itu terdapat juga pilihan untuk menikmati makan laut secara ‘steamboat’ yang mana anda boleh memilih sendiri makanan laut yang anda gemar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 10:30pm | 6WX6+HF Taman Melati, Tawau, Sabah

Ada lagi tempat menarik di Tawau yang harus kami kongsikan? Sila nyatakan dibahagian komen. Terima kasih.

Bersambung…

Tags: hotel di tawaupantai di tawauresort di tawautempat penginapan menarik di tawau
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

empat Menarik Di Kundasang Ranau
Pakej Sabah

55 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah Terkini

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
29 April, 2026
45.3k
tempat-menarik-di-kota-kinabalu
Pakej Sabah

62 Aktiviti Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Terkini

  Bandaraya ini merupakan sebuah bandar moden dan pesat membangun yang mana merupakan ibu negeri kepada negeri Sabah. Kota Kinabalu,...

Oleh: Hasrul Wayne
30 Mac, 2026
80.9k
Selanjutnya

Komen 239

  1. blank Gayu says:
    + -

    Tolong email harga pakej ke

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Hi Cik Gayu. Boleh kami dapatkan maklumat lanjut cik. Sila isikan borang sebutharga

  2. blank amy says:
    + -

    Sebutharga untuk tour ke kundasang sahaja…daytrip(kalau boleh)…3 dewasa, 1 kanak-kanak umur 8 tahun….tarikh 22.3.2018

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh Cik Amy. Terlebih dahulu mohon isikan borang dan krew kami akan cuba bantu cik. Terima kasih.

  3. blank HALIMATON SAADIAH says:
    + -

    sebutharga untuk 7 org dewasa package 3 h 2 m

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Cik nak pergi tarikh bila? Mohon isikan borang sebutharga. Krew kami akan sediakan untuk cik atau jika ada sebarang soalan hubungi kami di 1700-81-5374

Sebeleum
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
31.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.3k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
85.8k
tempat-menarik-di-johor-bahru

10 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

4 Mac, 2026
92.1k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.1k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my