fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 September, 2023
Kategori: Pakej Kedah
Masa Bacaan: 3 mins read
182 3
A A
0
tempat-menarik-di-yan-kedah
23.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Yan Kedah yang berbaloi dikunjungi?

Yan Kedah adalah sebuah daerah yang menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang berkonsep alam semulajadi. Di sini, pengunjung boleh menikmati keindahan alam seperti air terjun, pantai, pulau dan gunung.

Salah satu tempat menarik di Yan Kedah ialah Gunung Jerai, yang merupakan puncak tertinggi di Kedah. Pengunjung boleh mendaki ke puncak gunung melalui Titi Hayun, yang juga merupakan kawasan air terjun yang popular.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Pulau Songsong, yang terkenal dengan aktiviti menyelam dan memancing.

Pulau ini boleh dicapai dengan menaiki bot dari Pantai Tanjung Jaga. Bagi penggemar budaya dan sejarah, pengunjung boleh mengunjungi Kampung Setar dan Kampung Singkir Laut, yang menampilkan kehidupan tradisional masyarakat setempat.

Pengunjung juga boleh mencuba produk tempatan seperti nira nipah dan buah-buahan segar. Yan Kedah pasti menjadi destinasi percutian yang sesuai untuk semua.

Mount-Jerai-Koo-Chee-Hao
Mount Jerai | Imej oleh: Koo Chee Hao
  • Lihat Pakej Percutian Popular di Kedah
  • Lihat Penginapan Menarik di Kedah
  • Lihat Pilihan Pengangkutan ke Kedah
  • Lihat Peta Alor Setar Kedah

Pin

  • 1 Pantai Yan Kedah
  • 2 Air Terjun Yan Kedah
  • 3 Ladang Nipah Ismail Che Kar
  • 4 Gunung Jerai
  • 5 Pulau Songsong
  • 6 Lubuk Kawah
  • 7 Caribbean Campsite
  • 8 Kampung Setar & Kampung Singkir Laut
  • 9 Ultimate Horse Training
  • 10 Batas Ubi Deer Farm
  • 11 Bonus: Tentatif Percutian Ke Yan Kedah
    • 11.1 Hari Pertama
    • 11.2 Hari Kedua
    • 11.3 Kesimpulan
Oleh itu, mari kita lihat senarai tarikan popular yang ada di Yan kedah.


Pantai Yan Kedah

Pantai Murni
Pantai Murni | Imej oleh: Mohd Hafiez

Daerah Yan kaya dengan alam semulajadi menjadikannya destinasi yang sesuai untuk anda ‘healing’ daripada kesibukkan kota.

Anda boleh memilih untuk meluangkan waktu bermain air di kawasan pantai sambil menikmati tiupan bayu laut yang menenangkan.

Pantai-Murni-MUhammad-Adib
Pantai Murni | Imej oleh: Muhammad Adib

Menghirup udara pantai sambil melihat gelagat manusia di sini pasti menghiburkan. Selain itu anda boleh berkelah sambil menikmati pemandangan laut dan matahari terbenam.

Di Yan ini anda boleh ke Pantai Murni atau Pantai Tanjung Jaga yang dilengkapi dengan kemudahan asas.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah

Air Terjun Yan Kedah

Seri-Perigi-Sharif-Salmi
Air Terjun Seri Perigi | Imej oleh: Sharif-Salmi

Selain ‘healing’ di kawasan pantai, kawasan hutan lipur atau air terjun tidak kurang menariknya untuk anda kunjungi!

Menikmati bunyi hutan berserta air terjun pasti lebih menenangkan minda. Tambahan lagi lokasi air terjun di kawasan pedalaman bakal memberi anda pengalaman jungle trekking yang lebih menyeronokkan!

Air-Terjun-Puteri-Mandi-Khahirul
Air Terjun Puteri | Imej oleh: Mandi Khahirul

Antara lokasi air terjung yang popular di Yan adalah Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar dan Air Terjun Puteri Mandi.

Selain mandi-manda, pasti lebih seronok jika anda turut melakukan BBQ di sini. Jangan lupa menjaga kebersihan di kawasan ini.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Hutan Lipur Titi Hayun, Lot 60100a,jalan Yan Kg Acheh Titi Hayun 06900 Yan Besar Kedah, Jalan, 06900 Yan

Ladang Nipah Ismail Che Kar

Ladang Nipah Ismail Che Kar
Ladang Nipah Ismail Che Kar

Menikmati minuman nira nipah pasti sesuatu yang unik buat anda! Malah bagi mereka yang tidak mengenali pokok nipah, inilah masanya untuk mengenali tumbuhan yang satu ini.

Ladang Nipah Ismail Che Kar memberikan anda pengalaman untuk melihat proses menyediakan minuman nira serta menikmati beberapa hidangan di bawah rimbunan pokok nipah ini.

Menu Ladang Nipah Ismail Che Kar
Menu Ladang Nipah Ismail Che Kar | Imej oleh: STM

Anda boleh memesan beberapa menu seperti nira set, laksa, cucur udang dan banyak lagi untuk dinikmati bersama ahli keluarga. Lokasi ini beroperasi pada jam 11.30 pagi hingga 6 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 6:00pm | Jalan Kampung Sedaka Kechil, 06900 Yan, Kedah

Gunung Jerai

Gunung-Jerai-Vivien-Gouk
Gunung Jerai | Imej oleh: Vivien Gouk

Gunung Jerai sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelancong yang menginginkan lokasi percutian di tanah tinggi.

Gunung Jerai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta penginapan buat anda.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular 3

IKLAN / ADVERTISEMENT
Pemandangan dari Gunung Jerai
Pemandangan dari Gunung Jerai | Imej oleh: Mohd Nasir Yaacob

Di sini anda bukan sahaja boleh menikmati pemandangan yang indah dari puncak, malah anda berpeluang untuk melawat ladang strawberi!

Bolehlah anda menikmati beberapa hidangan berasaskan buah strawberi. Selain itu anda boleh melawat lokasi bersejarah seperti Perigi Tok Sheikh dan Batu Kapal.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Upper Gn Jerai, 08300 Yan, Kedah

Pulau Songsong

Pulau Songsong
Pulau Songsong | Imej oleh: Firdaus Azfar

Mencari lokasi yang agak ‘private’ untuk bersantai? Jom ke Pulau Songsong bagi menikmati beberapa aktiviti menarik tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.

Pulau yang tidak berpenghuni ini membolehkan anda untuk snorkeling, berkhemah, mandi-manda dan bersiar-siar di sekitarnya.

Pulau Songsong | Imej oleh: Firdaus Azfar
Pantai Pulau Songsong | Imej oleh: Firdaus Azfar

Anda boleh mendapatkan bot di jeti Sg Udang dengan perjalanan sekitar 20 ke 30 minit untuk tiba ke Pulau Songsong.

Diingatkan untuk anda membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya memandangkan tiada orang yang menjual makanan di sana.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Tengah Yan Kechil, 06900 Yan, Kedah

Lubuk Kawah

Lubuk Kawah
Geotapak Sungai Teroi Rimba Rekreasi Lubuk Kawah

Geotapak Sungai Teroi – Rimba Rekreasi Lubuk Kawah: Lubuk Kawah merupakan kawasan air terjun yang mula dibuka kepada orang ramai pada Disember 2022.

Di sini semestinya aktiviti mandi air terjun yang paling digemari oleh orang ramai! Keadaan sungainya yang jernih dan bersih pasti membuatkan anda tidak sabar untuk berendam.

Geotapak Sungai Teroi Rimba Rekreasi Lubuk Kawah
Geotapak Sungai Teroi Rimba Rekreasi Lubuk Kawah

Lubuk Kawah ini terletak di Kampung Teroi Bukit iaitu kira-kira 6 kilometer dari pekan Guar Chempedak.

Antara kemudahan yang disediakan adalah pondok, tandas, tapak perkhemahan, gerai makanan, sewaan ATV, sewaan hammock dan sebagainya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | RCJQ+52, Teroi, 08300 Yan, Kedah

Caribbean Campsite

Caribbean Campsite
Caribbean Campsite Kg Ruat | Imej oleh: Mustafa Ibrahim

Anda mencari lokasi perkhemahan yang lebih menarik dengan suasana pantai?

Carribean Campsite merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Lokasi perkhemahan yang terletak di tepi pantai ini berkonsepkan pantai Carribean di Amerika Tengah dengan keluasan 0.28 hektar.

Caribbean Campsite
Caribbean Campsite | Imej oleh: Kim Peng Lim

Selain menyediakan tapak perkhemahan, di sini turut terdapat kemudahan bilik air, plug elektrik, tempat letak kenderaan serta ruang lepak.

Selain itu anda boleh melakukan aktiviti memancing dan menjala ikan di sekitarnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan kuala ruat Kampung, Ruat, 06900 Yan, Kedah

Kampung Setar & Kampung Singkir Laut

Kampung-Singkir-Laut-Khairul-Izham
Kampung Singkir Laut | Imej oleh: Khairul Izham

Bercuti ke daerah Yan ini bakal memberi pengalaman yang menyeronokkan apabila anda berkunjung ke Kampung Setar.

Di sini anda boleh menikmati suasana kampung dengan melakukan aktiviti seperti mandi sungai, menjelajah ke dusun buah serta beramah mesra dengan penduduknya.

Manakala di Kampung Singkir Laut pula adalah syurga bagi kaki pancing! Mana taknya, di sini terdapat kolam udang untuk anda terokai.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | K459 Jalan Kuala Singkir Laut, Singkir Laut, 08100 Merbok, Kedah

Ultimate Horse Training

Ultimate-Horse-Training-Nurul-Arifah-Hidayat
Ultimate Horse Training | Imej oleh: Nurul Arifah

Ultimate Horse Training atau Equine Resort yang terletak di Kampung Raga ini merupakan tempat penternakan kuda yang menawarkan aktiviti menunggang kuda buat anda.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan kecuali untuk melakukan aktiviti menunggang kuda. Anda jangan bimbang untuk mencuba menunggang kuda kerana terdapat jurulatih yang memberi tunjuk ajar.

Ultimate-Horse-Training-Rizuan-Wahab
Ultimate Horse Training | Imej oleh: Rizuan Wahab

Bolehlah bawa anak-anak anda untuk mengenali beberapa baka kuda yang dipelihara di sini.

Antara aktiviti lain di Kampung raga adalah membuat kuih keras, membuat bengkung buah dan menjala ikan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Raga, Taman Samudera, 06900 Yan, Kedah

Batas Ubi Deer Farm

Batas-Ubi-DEER-Farm-Zaim
Batas Ubi DEER Farm | Imej oleh: Zaim

Batas UBi Deer Farm yang terletak di Kampung Batas Ubi ini merupakan sebuah restoran dan tempat penternakan rusa.

Menariknya tentang lokasi ini kerana anda boleh beramah mesra dengan rusa dan menikmati hidangan daging rusa yang segar.

Batas-Ubi-DEER-Farm
Batas Ubi DEER Farm | Menu

Untuk menikmati hidangannya terdapat dua sesi pada hari jumaat dan sabtu iaitu sesi 1 pada jam 5 hingga 7 petang dan sesi 2 pada jam 8 hingga 10 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan hidangan daging rusa ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Batas ubi, 06900 Yan, Kedah

Bonus: Tentatif Percutian Ke Yan Kedah

Titi-Hayun-Waterfall-Nain-Dziyauddin
Titi Hayun Waterfall | Imej oleh: Nain Dziyauddin

Tentatif percutian 2 hari 1 malam di Yan Kedah: Jika anda berminat untuk bercuti di Yan Kedah, kami telah menyediakan sebuah tentatif percutian 2 hari 1 malam yang boleh anda ikuti atau ubah mengikut kesesuaian anda.

Hari Pertama

Pagi: Gunung Jerai

Gunung Jerai adalah puncak tertinggi di Kedah dengan ketinggian 1242 meter. Ia merupakan tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Yan Kedah. Anda boleh memandu kereta sendiri atau naik van di kaki gunung untuk sampai ke puncak gunung.

Di sana, anda boleh menikmati pemandangan indah sekitar daerah Yan dan Selat Melaka.

Anda juga boleh melawat beberapa tarikan seperti Taman Rimba, Muzium Perhutanan, Telaga Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh, dan lain-lain.

Jika anda ingin bermalam di sini, anda boleh memilih penginapan seperti Regency Jerai Hill Resort yang menyediakan kemudahan dan aktiviti yang menarik.

Tengahari: Titi Hayun

Selepas menuruni Gunung Jerai, anda boleh menuju ke Titi Hayun yang merupakan kawasan air terjun dan kolam mandi yang terkenal di Yan Kedah.

Di sini, anda boleh berkelah dan mandi-manda di air terjun yang sejuk dan jernih. Anda juga boleh menikmati makanan dan minuman di gerai-gerai yang terdapat di sini.

Terdapat juga beberapa penginapan seperti chalet, homestay, dan resort yang boleh anda sewa jika anda ingin bermalam di sini. Ada chalet yang menyediakan kolam persendirian yang sesuai untuk keluarga.

Petang: Pantai Murni

Sebelum matahari terbenam, anda boleh melawat Pantai Murni yang merupakan tempat bersantai yang menjadi tumpuan penduduk daerah Yan dan sekitarnya.

Di sini, anda boleh berjalan-jalan di dataran yang luas, menikmati angin laut, atau bermain permainan dengan kanak-kanak.

Anda juga boleh mencuba makanan laut segar di medan selera atau gerai-gerai yang terdapat di sini.

Hari Kedua

tempat-menarik-di-yan
Jeti Yan

Pagi: Pulau Songsong

Pada hari kedua, anda boleh mengambil bot dari Pantai Tanjung Dawai untuk ke Pulau Songsong yang merupakan sebuah pulau kecil yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pantai.

Pulau ini mempunyai pantai pasir putih yang bersih dan air laut yang biru dan jernih.

Anda boleh melakukan aktiviti seperti berenang, snorkeling, memancing, atau bersantai di bawah pokok kelapa.

Anda juga boleh melihat pelbagai jenis haiwan laut seperti ikan pari, ikan nemo, penyu, dan lain-lain.

Tengahari: Ladang Nipah Ismail Che Kar

Selepas kembali dari Pulau Songsong, anda boleh melawat Ladang Nipah Ismail Che Kar yang merupakan sebuah ladang nipah yang terletak di Kampung Singkir Laut.

Di sini, anda boleh melihat proses penghasilan nira nipah yang merupakan minuman tradisional yang berasa manis dan menyegarkan.

Anda juga boleh mencuba nira nipah yang baru dituang atau yang telah difermentasi menjadi cuka nipah.

Anda juga boleh membeli produk-produk berasaskan nipah seperti gula nipah, dodol nipah, dan lain-lain.

Petang: Kampung Setar

Sebelum pulang, anda boleh melawat Kampung Setar yang merupakan sebuah kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai. Kampung ini menawarkan suasana kampung yang tenang dan damai dengan pemandangan gunung dan sawah padi. Anda boleh melihat kehidupan penduduk kampung yang sederhana dan mesra.

Anda juga boleh menikmati buah-buahan segar seperti durian, rambutan, manggis, dan lain-lain di dusun-dusun yang terdapat di sini.

Anda juga boleh mencuba makanan tempatan yang sedap seperti nasi ulam, ikan pekasam, gulai ikan sembilang, dan lain-lain di Restoran Bersila yang terletak di kampung ini.

Kesimpulan

Itulah tentatif percutian 2 hari 1 malam di Yan Kedah yang kami cadangkan untuk anda. Kami harap anda dapat menikmati percutian anda di daerah yang kaya dengan tarikan semulajadi ini.

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Tags: Chalet menarik di yan kedahHomestay Yan KedahTempat mandi di yan kedahYan Kedah Resort
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat-Menarik-Di-Alor-Setar-Kedah
Pakej Kedah

15 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah

  Apa perkara yang menarik ada di Alor Setar? Apakah tempat-tempat menarik di Alor Setar yang terkenal? Dengan slogan negeri...

Oleh: Hadi Ghazali
20 September, 2023
35.3k
tempat-menarik-di-kulim-hakimi-manaf
Pakej Kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Kulim Popular

  Apa aktiviti yang menarik ada di Kulim? Apa tempat menarik di Kulim yang berbaloi untuk dikunjungi? Terletak di tenggara...

Oleh: Hasrul Wayne
29 Ogos, 2023
24k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.4k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas