fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
8 Februari, 2023
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
178 2
A A
0
10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh 1
13.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Benarkah The Acre By Farm Fresh berbaloi dikunjungi pelancong atau betulkah susunya itu segar?

Bagi warga kota yang ingin merasai suasana desa atau bermain di dalam ladang seperti anak kampung anda boleh ke sebuah restoran yang terletak di Seri Kembangan.

Ada apa yang menarik tentang restoran ini? Dan apa kaitannya dengan pengalaman bermain di kawasan ladang?

10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

The Acre By Farm Fresh merupakan sebuah restoran yang turut menyediakan tarikan pelancongan bertemakan ladang yang didirikan di kawasan bandar.

Majoriti rakyat Malaysia pasti pernah menikmati keenakkan minuman Farm Fresh yang berbagai perisa.

Setelah produk tenusu tersebut mendapat sambutan ramai, pengusahanya iaitu tuan Loi Tuan Ee telah membuka The Acre by Farm Fresh bagi memberi lebih keseronokkan buat peminat produk tenusu tersebut.

Lokasi ini bukan sahaja beroperasi sebagai tarikan pelancongan malah ia turut membuat kerjasama dengan pihak UPM untuk menjadikan lokasi ini sebagai pusat pendidikan serta penyelidikan.

The-Acre-By-Farm-Fresh-Zainal-Ahmad
The Acre By Farm Fresh | Imej oleh: Zainal Ahmad

Pin

  • 1 Melawat Ladang Lembu The Acre By Farm Fresh
  • 2 Petting Zoo
  • 3 Melihat Ikan Laga & Ikan Koi
  • 4 Berkunjung ke Greenhouse
  • 5 Kebun Bunga
  • 6 Menaiki Traktor
  • 7 Menikmati Hidangan di Restoran
  • 8 Kedai Aiskrim & Yogurt
  • 9 Kedai Serbaneka Fresh Picks
Berikut adalah Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di The Acre by Farm Fresh:


Melawat Ladang Lembu The Acre By Farm Fresh

Melawat-Ladang-Lembu-The-Acre-By-Farm-Fresh-Sue-Chew-Yap
Melawat Ladang Lembu | Imej oleh: Sue Chew Yap

Tak lain tak bukan tarikan utamanya adalah kawasan ladang lembu yang dipenuhi dengan lembu yang dibiarkan bebas berkeliaran.

Di sini anda boleh menetahui tentang cara penternakan lembu, penjagaan lembu serta pemprosesan susu lembu.

Melawat-Ladang-Lembu-The-Acre-By-Farm-Fresh-Chrisanne-Chin
Padang ragut lembu | Imej oleh: Chrisanne Chin

Anda turut diberi peluang untuk merasai pengalaman memerah susu lembu dengan sendiri!

Menariknya tentang ladang lembu ini kerana mereka turut memainkan muzik bergenre jazz.

Melawat-Ladang-Lembu-The-Acre-By-Farm-Fresh-Adam-Chow
Replika Ladang Lembu | Imej oleh: Adam Chow

Mengikut teori, mereka berpendapat bahawa muzik tersebut dapat membantu dalam menghasilkan susu lembu yang lebih berkualiti!

Di samping itu, pengunjung juga dapat merasai suasana yang lebih meriah sepanjang mereka meneroka ladang lembu.


Petting Zoo

Petting-Zoo-The-Acre-By-Farm-Fresh-Mr-N
Petting Zoo The Acre By Farm Fresh | Imej oleh: Mr N

Bagi mengelakkan anda berasa bosan hanya melihat lembu, anda boleh ke ruangan petting zoo yang mempunyai beberapa spesies haiwan lain.

10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh 3

IKLAN / ADVERTISEMENT
Petting-Zoo-The-Acre-By-Farm-Fresh-Mrs-Park
Petting Zoo | Imej oleh: Mrs Park

Di zoo mini ini menempatkan arnab, burung-burung, ayam, kancil dan lain-lain.

Setakat untuk memenuhi keseronokkan anak-anak anda pasti sudah cukup berbaloi di petting zoo mereka.


Melihat Ikan Laga & Ikan Koi

Ikan-laga-The-Acre-By-Farm-Fresh-Paulene
Ikan Laga | Imej oleh: Paulene

Jika difikirkan, jarang untuk kita menemui destinasi pelancongan yang mempamerkan koleksi ikan laga ini.

The Acre mempunyai sebuah billik khas yang mempunyai koleksi ikan laga yang dipamerkan di dalam akuariummasing-masing. Ikan laga mana boleh duduk sekali nanti mereka berlaga!

Galeri-Ikan-Laga-The-Acre-By-Farm-Fresh-Lynny-Wynny
Galeri Ikan Laga | Imej oleh: Lynny Wynny

Nampak macam mudah untuk memelihara ikan berekor kembang ini, tapi jika tidak mengikut cara yang betul anda hanya akan melakukan pembaziran.

10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh 4

IKLAN / ADVERTISEMENT

Jadi di sini mereka turut menunjukkan cara-cara yang betul bagi penjagaan ikan laga agar bertahan lama.

Koleksi-Ikan-Laga-The-Acre-By-Farm-Fresh-Lynny-Wynny
Galeri Ikan Laga | Imej oleh: Lynny Wynny

Selepas menyaksikan ikan laga yang berbagai warna ini, anda boleh duduk bersantai di kawasan kolam ikan koi pula.

Menyaksikan kumpulan ikan koi yang berenang-renang di dalam kolam pasti memberi rasa yang tenang.


Berkunjung ke Greenhouse

Green-House-The-Acre-By-Farm-Fresh-Jason-L
Green House | Imej oleh: Jason L

Rumah hijau turut dibina bagi melengkapkan lagi suasana ladang di sini. Lokasi pertanian ini menempatkan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang berkualiti.

Sayuran-Green-House
Sayuran Green House

Rumah hijau ini bakal memberi pengalaman berbeza buat anda, kerana anda dapat belajar bagaimana untuk menadah hujan, memproses sisa buangan lembu untuk dijadikan baja serta menggunakan baja dari bahan organik yang lain.

Bagi ibu-ibu bolehlah mengasah bakat bertani anda lepas ni!


Kebun Bunga

Kebun-Bunga-The-Acre-By-Farm-Fresh-Ahlam-Waliza
Kebun Bunga The Acre By Farm Fresh | Imej oleh: Ahlam Waliza

Bagi penggemar bunga, anda pasti jatuh cinta dengan kebun bunga mereka yang dipenuhi dengan bunga berwarna-warni dan berbau harum.

Green-House-The-Acre-By-Farm-Fresh-Nazrul-Zakaria
Kebun Bunga | Imej oleh: Nazrul Zakaria

Tambahan lagi, mereka turut menjual benih bunga dan anak pokok di kebunnya.

Takkan nak tengok je, belilah sepasu dua anak pokok mereka sebagai tanda kenangan anda berkunjun ke The Acre.


Menaiki Traktor

Traktor-The-Acre-By-Farm-Fresh-Lee-Kee-Tat
Imej oleh: Lee Kee Tat

Ingin merasai pengalaman unik seperti seorang peladang? Jom naik traktor beramai-ramai bagi meneroka ladang ini.

Perjalanan menaiki traktor ini memakan masa sekitar 20 ke 30 minit dan pasti membuat anda teruja terutamanya kanak-kanak.

Traktor-The-Acre-By-Farm-Fresh-Muhammad-Faisal
Keseronokan kanak-kanak bermain traktor | Imej oleh: Muhammad Faisal

Menariknya lagi kerana ia turut dilengkapi dnegan tour guide yang bakal menceritakan sejarah penubuhan The Acre serta anda akan dibawa ke kawasan tinggi untuk bergambar.


Menikmati Hidangan di Restoran

Pizza-The-Acre-By-Farm-Fresh-Siew-Keen-Chow
Pizza menyelerakan | Imej oleh: Siew Keen Chow

Dah penat seharian berpusing dari ladang lembu sehinggalah ke kebun bunga? Jom singgah menjamu selera di restoran mereka yang bertemakan farm-to-table iaitu terus dari ladang.

Dikatakan pizza mereka merupakan hidangan yang wajib anda cuba seperti Food Coma iaitu pizza berisi daging lembu, Mushroom Jack. Sourdough Pizza dan Margherita Classic.

Menu-The-Acre-By-Farm-Fresh-Vickey-Chen
Menu The Acre By Farm Fresh | Imej oelh: Vickey Chen

Selain itu anda boleh memilih masakan Asia seperti sate, pasta Aglio Olio Gambass, pasta Al Funghi Orecchiettei, pasta Vongole serta aneka minuman tenusu mereka yang menggunakan bahan-bahan terbaik dari ladang.


Kedai Aiskrim & Yogurt

Yogurt-The-Acre-By-Farm-Fresh-Vickey-Inas
Yogurt Farm Fresh | Imej oleh: Vickey Inas

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang ditawarkan di rumah kaca yang terdapat di The Acre ini.

Ia merupakan kedai yang menjual desserts iaitu aiskrim dan yogurt yang bermacam perisa.

Ice-Krim-The-Acre-By-Farm-Fresh
Ice Cream Farm Fresh

Sebagai contoh anda boleh memesan Soft Serve Kurma Milk, Strawberry Kurma Yogurt, Salted Caramel Gelato dan lain-lain.

Pasti lebih enak apabila menikmati pencuci mulut ini ketika cuaca panas setelah penat berjalan di The Acre.


Kedai Serbaneka Fresh Picks

Fresh-Pick-Farm-Fresh-Nazrul-Zakaria
Fresh Pick Farm Fresh | Imej oleh: Nazrul Zakaria

Sebelum menghabiskan hari anda di sini, jangan lupa singgah ke kedai serbaneka mereka untuk melihat barangan yang dijual.

Di Fresh Picks ini anda boleh mendapatkan produk makanan yang merupakan hasil daripadan kebun mereka. Anda boleh membeli buah-buahan atau sayur-sayuaran yang semestinya segar belaka!

Choose-Pick-Jimmy-Chan
Choose & Pick | Imej oleh: Jimmy Chan

The Acre dibuka pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari Isnin ditutup.

Bayaran masuk dikenakan mengikut peringkat umur kecuali kanak-kanak yang berumur enam tahun kebawah.

Bersambung…

Tags: Farm Fresh UPMthe acre by farm fresh menuThe Acre by Farm Fresh review
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-selangor-ANMWFNV
Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

  Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
22.2k
Bukit Jelutong Eco Community
Pakej Selangor

8 Aktiviti Menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park tawarkan? Shah Alam yang digelar sebagai Bandaraya Anggerik...

Oleh: Hadi Ghazali
19 Februari, 2023
5.6k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
22.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas