Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

10 Tempat Menarik di Shah Alam Berserta Aktiviti Terkini

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
2 Mac, 2024
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
17.6k 178
A A
0
tempat-menarik-di-shah-alam-fahrul-azmi
18.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Shah Alam yang ramai orang kunjungi? Adakah Shah Alam masih seperti dulu atau meriah dengan aktiviti yang menyeronokkan?

Untuk pengetahuan umum, Shah Alam ialah ibu negeri Selangor dan terletak kira-kira 20 minit dari Kuala Lumpur.

Ia juga terletak di dalam Daerah Petaling dan sebahagian kecil daripada Daerah Klang yang berdekatan. Shah Alam menggantikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota negeri Selangor pada tahun 1978 kerana Kuala Lumpur diperbadankan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Shah Alam semakin popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat dari seluruh dunia kerana landskap hijau yang subur dan seni bina yang unik.

Banyak tempat di Shah Alam kini membolehkan anda melihat sejarah dan kemodenannya yang makmur. Daripada 15 tarikan terbaik di Selangor yang tidak boleh anda lepaskan, salah satunya adalah Shah Alam.

tempat-menarik-di-shah-alam-firdouss-ross-o
Imej oleh: Firdouss Ross
  • Lihat Penginapan Terbaik di Shah Alam
  • Lihat Aktiviti Menarik di Shah Alam
  • Lihat Peta Percutian di Shah Alam

Pin

  • 1 I-City Shah Alam
  • 2 Wet World Water Park Shah Alam
  • 3 Zipline Shah Alam
  • 4 Mudtrekker Paintball Park
  • 5 Shah Alam Extreme Park (SAEP)
  • 6 Taman Tasik Shah Alam
  • 7 Taman Botani Negara Shah Alam
  • 8 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
  • 9 Kompleks Taman Seni Islam
  • 10 Laman Budaya Galeri Shah Alam
Berikut adalah senarai 10 tempat tarikan terbaik di Shah Alam:


I-City Shah Alam

Malam diterangi lampu seperti Cyber Punk di Icity Theme Park | Imej oleh: Muhammad Ihsan
Malam diterangi lampu seperti Cyber Punk di Icity Theme Park | Imej oleh: Muhammad Ihsan

Tarikan utama di sini adalah I-City yang merupakan sebuah taman tema berkonsepkan lampu LED yang pertama di Malaysia.

Kemeriahan taman tema ini boleh dilihat apabila tibanya waktu malam dengan orang ramai yang datang untuk bersiar-siar dan mencuba pelbagai tarikannya.

I-City-Waterworld-Muhamad-Hafizuddin
I City Waterworld | Imej oleh: Muhamad Hafizuddin

Antara tarikan di sini adalah SnoWalk, Trick Art Museum, Ferris Wheel, Red Carpet Wax Museum, Waterworld by I-City dan banyak lagi untuk anda terokai.

Taman tema yang dihiasi dengan pokok-pokok berlampu ini pasti dapat menghiburkan percutian anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00pm – 12:00am | i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam
Wet World Water Park Shah Alam

Selain Waterworld by I-City anda boleh menikmati keseronokkan taman tema air di Wet World Water Park Shah Alam yang tidak kurang hebatnya.

Taman tema air yang turut menyediakan pakej parti ini menawarkan tarikan seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.

Wet World Water Park Shah Alam
Wet World Water Park Shah Alam

Rasanya jika anda nak bawa anak-anak ini merupakan destinasi percutian yang paling disukai oleh mereka! Taman tema air ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari rabu ia ditutup.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Zipline Shah Alam

Zipline-Shah-Alam-Mohd-Tamizi
Zipline Shah Alam | Imej oleh: Mohd Tamizi

Shah Alam turut kaya dengan beberapa destinasi aktiviti lasak yang perlu dikunjungi oleh penggemar aktiviti lasak atau buat individu yang ingin mencuba sesuatu yang baru!

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Zipline Shah Alam terletak di Persiaran Tasik, Seksyen 14 ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan ditutup pada hari isnin.

Zipline-Shah-Alam-Mohd-Tamizi-2
Zipline Shah Alam | Imej oleh: Mohd Tamizi

Di sini anda boleh mencabar diri dengan aktiviti flying fox yang mempunyai kabel sepanjang 240 meter dan pelantar setinggi 18 meter.

Anda boleh melakukan aktiviti ini secara berseorangan atau berpasangan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 6:30pm | Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Mudtrekker Paintball Park

Mudtrekker-Painball-Park-Shah-Alam-2
Mudtrekker Paintball Park

Jika anda berkunjung ke Shah Alam secara berkumpulan jangan lepaskan lokasi yang satu ini.

Lokasi ini menawarkan permainan paintball dengan pilihan medan perang yang berbeza seperti Speedball, Cowboy Town, Vietnam Hill Battle Ground dan Fox Hole Valley.

Mudtrekker-Painball-Park-Shah-Alam
Mudtrekker Paintball Park

Disini turut mempunyai motor elektrik, kolam renang, tennis, squash dan gelanggang badminton.

Jadi tidak hairanlah jika ramai golongan muda atau pelajar yang menghabiskan hujung minggu mereka di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

Shah Alam Extreme Park (SAEP)

Shah-ALam-Extreme-Park-Hairul-Ahmad
Shah Alam Extreme Park | Imej oleh: Hairul Ahmad

Satu Lagi lokasi yang menawarkan tarikan aktiviti luar atau aktiviti lasak adalah Shah Alam Extreme Park yang beroperasi di Seksyen 13.

Di sini dikenali sebagai pusat aktiviti lasak kerana mempunyai pelbagai pilihan aktviti buat anda.

Bowl-Shah-ALam-Extreme-Park-Qodeem
Bowl Shah Alam Extreme Park | Imej oleh: Qodeem

Antara yang popular adalah skate park, bike park, wall climbing, paintball dan futsal.

Menariknya di sini kerana menyediakan permukaan luncur konkrit serta litar basikal yang begitu seimbang dan menjamin keselamatan pemain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Taman Tasik Shah Alam

Taman-Tasik-Shah-Alam-Tengah-Mohd-Tamizi
Taman Tasik Shah Alam Tengah | Imej oleh: Mohd Tamizi

Dah enjoy dengan pelbagai aktiviti lasak di Shah Alam? Jom berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam bagi menikmati udara segar dan melakukan aktiviti yang lebih santai.

Lokasi ini sering dipenuhi dengan penduduk setempat dan berkunjung luar kerana lanskap dan fasilitinya yang menarik.

Taman-Tasik-Shah-Alam-Permai-Recreational-Park-Mohd-Syuhaib
Taman Tasik Shah Alam Permai Recreational Park | Imej oleh: Mohd Syuhaib

Bukan sahaja mempunyai permandangan tasik yang indah, ia turut mempunyai jambatan kanopi, jambatan gantun, menara tinjau, menaiki bot, berkayak, trek basikal kanak-kanak serta taman permainan kanak-kanak.

Taman yang direka oleh arkitek Jepun ini begitu sesuai sebagai destinasi perkelahan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman-Botani-Negara-Nurfaizah
Taman Botani Negara | Imej oleh: Nurfaizah

Bandaraya Anggerik ini kaya dengan tarikan pelancongan yang berkonsepkan alam semulajadi dan dipenuhi dengan pelbagai lanskap menarik.

Taman Botani Negara Shah Alam yang berkeluasan 817 hektar ini merupakan salah satu bukti kepada anda. Dikatakan ia merupakan antara taman hutan pertanian yang terbesar yang direka untuk penyelidikan dan pelancongan.

Taman-Botani-Negara-Nurfaizah
Taman Botani Negara Shah Alam | Imej oleh: Faizal Muhd

Di sini menempatkan taman haiwan seluas 72 hektar, taman empat musim, taman  rempah seluas 16 hektar dan taman buah tropika seluas 36 hektar.

Anda juga boleh berbasikal, berkhemah, memancing dan bermain paintball di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 4:30pm | 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz | Imej oleh: Fahrul Azmi
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz | Imej oleh: Fahrul Azmi

Masjid biru yang berdiri megah di pusat bandar Shah Alam ini menjadi lambang kehebatan islam dan turut menjadi masjid yang terbesar di Asia Tenggara.

Ia turut mempunyai kubah terbesar di dunia dengan empat menara tinggi dibina sekelilingnya.

Masjid-Sultan-Salahuddin-Abdul-Aziz-fahrul-azmi-3
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz | Imej oleh: Fahrul Azmi

Dinding mehrab pula disaluti batu marmar antik turki serta mimbar diperbuat oleh pengukir tempatan berinspirasikan corak masjid-masjid lama di Malaysia.

Tambahan lagi, Sultan Salahuddin turut menyumbangkan jam antik berusia 600 tahundan 4 buah lampu chandelier yang berharga lebih daripada 2 juta.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Kompleks Taman Seni Islam

Selangor-International-Islamic-Arts-Complex-Mohd-Tamizi
Selangor International Islamic Arts Complex | Imej oleh: Mohd-Tamizi

Destinasi yang terletak bersebelahan dengan masjid biru ini memaparkan nilai warisan ketamadunan dan seni islam berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.

Tarikan utama di sini adalah replika rumah Rasulullah SAW yang dibina berpandukan pelan asal yang mempunyai katil, jubah, ruang makan dan ruang solat.

Quran-Scroll-Kompleks-Taman-Seni-Islam-Khai
Quran Scroll Kompleks Tama Seni Islam | Imej oleh: Khai

Anda juga boleh melihat pameran Rehlah Nabawiyah, keadaan Gua Hira, seni kaligrafi dan bilik kebal yang menyimpan manuskrip al-Quran beharga RM20 juta tulisan tangan anak tempatan.

Lawatan anda ke kompleks ini pasti melahirkan rasa yang kagum terhadap seni islam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:30pm | 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Laman Budaya Galeri Shah Alam

Galeri-Shah-Alam-Mohd-Issany
Galeri Shah Alam | Imej oleh: Mohd Issany

Di sini merupakan pusat kebudayaan Shah Alam yang menempatkan pusat teater, galeri seni dan muzium.

Lokasi yang berdekatan dengan Taman Tasik Shah Alam ini menjadi titik tumpuan kepada peminat seni kebudayaan untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan, pameran hasil seni anak tempatan dan pertandingan kebudayaan.

Shah-Alam-Gallery-M-Yus-Mj
Shah Alam Gallery | Imej oleh: M Yus Mj

Pada waktu malam pula lokasi ini dimeriahkan dengan tarikan Laman Budaya Musical Fountain iaitu persembahan air pancuran berirama setinggi 40 meter yang dimulai pada jam 9 malam hingga 11 malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Bersambung…

Tags: icity shah alammuzium sultan alam shahtempat menarik di shah alam untuk photoshoot
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.4k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.4k
Selanjutnya

TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my