fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

5 Aktiviti Menarik Taman Botani Shah Alam [TERKINI]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
2 Februari, 2023
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
190 1
A A
0
Taman-Botani-Negara-Shah-Alam
14.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apa perkara menarik yang ada di Taman Botani Shah Alam? Adakah berbaloi melawat Taman Botani Shah Alam ini?

Bandaraya Shah Alam terkenal dengan kawasan hijau dan lanskap yang terjaga rapi di mana mempunyai beberapa buah taman hijau yang turut menjadi tarikan pelancongan.

Juga dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam yang terletak di Seksyen U11 merupakan salah satu taman hijau yang terkenal untuk dikunjungi.

5 Aktiviti Menarik Taman Botani Shah Alam [TERKINI] 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Dengan keluasan kira-kira 817 hektar taman ini menawarkan bermacam tarikan dan aktiviti yang menarik buat anda.

Taman Botani Shah Alam turut berfungsi sebagai pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia yang menempatkan 422 spesies flora yang turut terdiri daripada spesies terancam.

Taman ini turut mengadakan Open Day TBNSA, Pendidikan Botanikal, Riang Ria Cuti Sekolah dan beberapa festival menarik mengikut musim.

Taman-Botani-Negara-Shah-Alam-2

  • Lihat Penginapan Terbaik di Shah Alam
  • Lihat Aktiviti Menarik di Shah Alam
  • Lihat Peta Percutian Taman Botani Shah Alam

Pin

  • 1 Taman Haiwan Shah Alam
  • 2 Taman Herba & Laman Zingerberales
  • 3 Taman Kaktus
  • 4 Taman Buah-buahan Tropika
  • 5 Taman Empat Musim
  • 6 Aktiviti Menarik di Taman Botani Shah Alam
Sebagai taman pertanian yang terbesar di dunia, ia menyediakan beberapa tarikan seperti:


Taman Haiwan Shah Alam

Taman-Haiwan-Taman-Botani-Shah-Alam-3
Taman Haiwan Taman Botani Shah Alam

Taman botani ini merupakan lokasi yang tepat untuk anda bawa kanak-kanak kerana mereka turut mempunyai petting zoo di Taman Haiwan.

Dengan keluasan 72 hektar mereka mempunyai beberapa spesies haiwan seperti kambing, lembu, ayam, burung-burung eksotik, rusa, itik serati, kuda sembawa dan banyak lagi.

Taman-Haiwan-Taman-Botani-Shah-Alam-4
Taman Haiwan sentiasa dikunjungi rombongan sekolah

Majoriti haiwan di sini diternak untuk tujuan pusat penyelidikan tetapi mereka turut membenarkan anda untuk melihat habitat haiwan tersebut.

Jadi bolehlah anak-anak anda mengenali beberapa spesies haiwan yang terdapat di sini.


Taman Herba & Laman Zingerberales

Zingerberales
Pusat Informasi Laman Zingerberales

Rata-rata generasi muda pasti kurang mengenali dan tahu tentang kepentingan spesies herba dalam kehidupan kita.

Di Taman Herba anda boleh belajar tentang 300 spesies pokok herba, manakala di Laman Zingerberales pula terdapat 8 spesies tumbuhan zingerber.

Taman-Herba
Taman Herba

Antara tumbuhan herba yang terdapat di sini adalah Pokok Bunga Raya Putih, Pokok Kecubung, Pokok Gelenggang, Pokok Herba Jerangau, Hempedu Bumi dan lain-lain.

5 Aktiviti Menarik Taman Botani Shah Alam [TERKINI] 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda pasti tidak tahu bahawa ada tumbuhan herba yang boleh merawat kulit kepala, melegakan suhu badan atau mengatasi sakit perut. Jadi jom luangkan masa di Taman Herba bagi mengetahui pelbagai info menarik tentang khasiat tumbuhan herba.


Taman Kaktus

Taman-Kaktus-2
Taman Kaktus

Kaktus bukan sahaja terkenal di kawasan gurun, tetapi turut menjadi pilihan orang ramai untuk menjadikannya sebagai salah satu penyeri di kawasan rumah.

Nampak berbahaya dengan duri yang tajam, tapi turut mempunyai peminat yang tersendiri.

Taman ini mempunyai koleksi kaktus dan succulents sebanyak 3000 yang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan warna yang menarik.

Taman-Kaktus
Aktiviti menanam pokok kaktus

Antaranya Pokok Kaktus Bunga Ketam, Kaktus Tong Emas, Bunny Ear Cactus, Kaktus Bulan, Ladyfinger Cactus dan bermacam lagi.

5 Aktiviti Menarik Taman Botani Shah Alam [TERKINI] 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Di samping melihat keunikkan tumbuhan kaktus, anda boleh mengetahui tentang cara untuk menyemai serta menjaga dengan betul bagi memastikan jangka hayatnya bertahan lama.


Taman Buah-buahan Tropika

Taman-Buah-buahan-Tropika
Pelbagai pokok dan bunga tropika boleh ditemukan disini

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan buah-buahan tropika yang menyelerakan!

Jika dilihat di media sosial, rata-rata masyarakat luar pasti terpesona apabila melihat dan menikmati keenakkan buah-buahan tempatan Malaysia.

Taman-Buah-buahan-Tropika-2
Taman Buah-buahan Tropika

Jadi Taman Botani Shah Alam pasti tidak ketinggalan untuk menempatkan taman khas untuk buah-buahan tropika ini.

Taman ini menempatkan pokok buah-buahan seperti buah nanas, buah naga, buah durian, buah jambu batu, buah cempedak dan banyak lagi.

Taman-Buah-buahan-Tropika-3
Buah nanas, buah naga, buah durian, buah jambu batu dan banyak lagi boleh ditemukan disini

Selain melihat pokok buah-buahan, anda boleh melawat ke rumah kelapa iaitu sebuah rumah yang dibina menggunakan bahagian daripada pokok kelapa! Ia cukup unik dan mempesonakan.


Taman Empat Musim

Taman-Empat-Musim
Taman Empat Musim

Satu lagi tarikan yang cukup menarik yang terdapat di sini adalah Taman Empat Musim yang menawarkan cuaca empat musim iaitu musim panas, musim bunga, musim luruh dan musim salji. Menariknya kerana ia akan berubah setiap 3 bulan mengikut kitaran musim di negara lain! Contohnya pada musim salji cuacanya boleh mencapai suhu -2 hingga -6 darjah celcius serta saljinya 95% sama seperti salji sebenar.

Musim Bunga
Musim Bunga

Musim bunga turut mendapat sambutan daripada pengunjung untuk menyaksikan pelbagai jenis bunga yang diimport dari Belanda serta menyaksikan bunga tulip yang popular di Amsterdam! Taman ini sudah beroperasi sejak tahun 1990 dan mampu memuatkan sekitar 50 orang pengunjung untuk satu masa. Untuk masuk ke taman ini, anda bakal dikenakan bayaran yang berasingan namun cukup murah iaitu RM5!

Taman-Empat-Musim-2
Musim Salji

Selain itu anda juga boleh melawat ke Laman Padi, Kampung Idaman untuk melihat rumah tradisional di Malaysia, Jambatan Gantung sepanjang 20m, menara tinjau, Rumah Budaya serta tasik dan empangan. Bagi yang ingin mengenali rumah tradisional di setiap negeri bolehlah berkunjung ke sini.

Contohnya terdapat Rumah Perak (Rumah Kutai), Rumah Pulau Pinang (Rumah Serambi Gajah Menyusu), Rumah Terengganu (Rumah Limas Bungkus), Rumah Johor dan banyak lagi rumah tradisional dengan ciri yang unik.


Aktiviti Menarik di Taman Botani Shah Alam

berbasikal
Aktiviti Berbasikal

Selesai meneroka beberapa buah taman yang terdapat di sini, anda boleh meneruskan hari anda dengan menyertai beberapa aktiviti yang disediakan.

Antaranya memancing, menangkap ikan di kawasan sawah, berkhemah, berlawan paintball, bersenam, berbasikal, jungle trekking, berkayak, memasak, flying fox, menaiki skuter elektrik, paddle boat dan banyak lagi.

Aktiviti-Memancing
Kawasan aktiviti memancing

Kemudahan yang selesa turut menjadi keutamaan pihak mereka.

Jadi anda jangan bimbang, kerana kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas, bilik persalinan, surau, amfiteater, perkhidmatan trem percuma dan wakaf sentiasa dibaikpulih agar pengunjung dapat menggunakannya dengan berpuas hati.

berkhemah
Aktiviti berkemah

Dengan bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak anda boleh meneroka isi taman dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama-sama ahli keluarga!

Taman-Botani-Shah-Alam
Kemeriahan di Taman Botani Negara Shah Alam

Bagi warga Selangor jomlah luangkan hujung minggu anda di Taman Botani Shah Alam.

Ringkasan. Orang ramai melawat Taman Botani Negara Shah Alam atas pelbagai sebab, termasuk:

  • Untuk mengalami alam semula jadi dan menikmati rekreasi luar
  • Untuk mengetahui tentang spesies tumbuhan dan bunga yang berbeza
  • Untuk mengambil bahagian dalam program dan acara pendidikan atau alam sekitar
  • Untuk berehat dan melarikan diri dari kehidupan bandar
  • Untuk mengambil gambar atau melibatkan diri dalam fotografi
  • Untuk berkelah, berjoging atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tags: Taman Botani Negara Shah Alamtaman botani shah alam skytrextiket taman botani shah alam
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-selangor-ANMWFNV
Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

  Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
22.2k
Bukit Jelutong Eco Community
Pakej Selangor

8 Aktiviti Menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park tawarkan? Shah Alam yang digelar sebagai Bandaraya Anggerik...

Oleh: Hadi Ghazali
19 Februari, 2023
5.6k
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas