fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur No1 Di Dunia

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
26 Januari, 2023
Kategori: Pakej Kuala Lumpur, Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
717 7
A A
0
Taman-Burung-Kuala-Lumpur-KL-Bird-Park
754
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Pernah berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur atau juga lebih dikenali sebagai KL Bird Park? Apa yang menarik ada di taman burung ini?

Ibu negara Malaysia yang dipenuhi dengan hutan konkrit ini masih mempunyai tarikan berkonsepkan alam sekitar yang cukup menarik untuk diterokai.

Dalam mengekalkan kelestarian negara, Kuala Lumpur menawarkan Taman Burung seluas 20 ekar dengan lebih kurang 3000 ekor burung daripada 200 jenis spesies.

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur No1 Di Dunia 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Taman Burung Kuala Lumpur yang dirasmikan pada 1991 ini terletak di Taman Tasik Perdana dan turut menarik orang ramai untuk berekreasi di sekitarnya.

Di sini anda boleh menyaksikan burung-burung yang bebas bekeliaran dan berterbangan, malah bakal hinggap di bahu anda! Terdapat empat zon utama iaitu Zon 1 dan Zon 2 adalah terbang bebas, Zon 3 taman burung enggang dan Zon 4 tempat khas untuk spesies tertentu.

Merak-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

  • Lihat Penginapan Terbaik di KL Bird Park
  • Lihat Tiket Masuk Ke KL Bird Park
  • Lihat Peta Percutian KL Bird Park

Tarikan & Aktiviti di setiap Zon Taman Burung Kuala Lumpur

Merak-Mekar-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

KL Bird Park adalah taman burung berbumbung terbesar di dunia, dengan lebih 3,000 burung daripada 200 spesies dalam kandang burung tertutup.

Beberapa tarikan utama taman ini termasuk Taman Enggang, yang menampilkan beberapa spesies burung enggang, dan Dunia Burung Nuri, yang mempamerkan pelbagai spesies burung kakak tua dari seluruh dunia.

Taman ini juga menampilkan pertunjukan burung, di mana pengunjung boleh melihat burung melakukan pelbagai helah dan aksi.

Tarikan lain termasuk taman permainan, kedai cenderamata bertema burung dan restoran. Taman ini adalah destinasi yang bagus untuk keluarga dan peminat burung.


Zon 1 & Zon 2 : Free-Flight Walk-In Aviary

Zon-Satu-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

Gabungan kedua-dua zon ini menggunakan konsep terbang bebas, di mana anda boleh melihat pelbagai spesies burung yang berkeliaran dan berterbangan secara bebas di sini.

Ia bertujuan untuk mewujudkan rasa nyaman kepada burung-burung tersebut, seolah-olah mereka berada di dalam ekosistem semulajadi.

Helang-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur No1 Di Dunia 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Tambahan lagi bagi mewujudkan rasa teruja dalam kalangan pengunjung dan mereka akan berasa lebuh dekat dengan alam semulajadi.

Anda seperti masuk ke kawasan hutan dan menemui spesies burung yang unik dan pelbagai.

Di sini anda berpeluang untuk melihat dan menyentuh burung merak, storks, crowned pigeons, dan banyak lagi. Di sini turut mempunyai beberapa kandang burung seperti:

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur No1 Di Dunia 3

  1. Love Aviary merupakan kandang burung berpasangan seperti India Ring-necked Parakeets, Budrigers, Sun Conures dan Cockatiels.
  2. Brahminy Land menempatkan burung jenis pemburu iaitu burung helang dan burung hantu.
  3. Tasik Flamingo yang dipenuhi dengan burung Flamingo bewarna pink.
  4. Bulbul Land adalah rumah bagi burung BulBul yang mengeluarkan bunyi siulan yang cukup merdu. Sepanjang anda di taman burung ini, pelbagai bunyi yang bakal kedengaran.

Zon 3 : Taman Burung Enggang

great-hornbill-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur No1 Di Dunia 4

IKLAN / ADVERTISEMENT

Di Malaysia dikatakan mempunyai 10 spesies burung Enggang dan didapati telah disenaraikan sebagai spesies yang hampir terancam oleh Union for Conservation of Nature (IUCN).

Malaysia turut mempunyai burung Enggang yang terbesar di dunia yang dikenali Enggang badak atau burung Kenyalang (Rhinoceros Hornbill).

Di zon ini anda berpeluang untuk menyaksikan spesies terancam tersebut!

rhinoceros-hornbill

Anda pasti kagum melihat burung bewarna hitam berkilau dengan tanduk bewarna jingga kekuningan ini.

Jadi tidak hairanlah jika ia dijadikan sebagai ikon utama negeri Sarawak yang digelar Sarawak Bumi Kenyalang. Tambahan lagi spesies ini banyak membiak di kepulauan Borneo.

malabar-pied-hornbill-bird

Dengan adanya Taman Burung Kuala Lumpur ini, anda tidak perlulah terbang ke Sarawak semata-mata untuk melihatnya.

Di sini anda berpeluang untuk mendekati spesies ini dan memberi makan pada waktu lawatan tertentu.

Bukan sahaja memberi burung makan, malah anda turut boleh menikmati hidangan di Hornbill Cafe sebelum menyambung perjalanan ke zon seterusnya.


Zon 4 : Dunia Burung Kakak Tua

KL-Bird-Park

Zon terakhir yang dikenali sebagai Dunia Kakak Tua ini turut menempatkan pelbagai spesies burung, bukanlah spesies burung kakak tua semata-mata.

Contohnya terdapat koleksi burung nuri yang bewarna-warni dan bakal buat anda geram untuk memilikinya!

Anda boleh menyaksikan burung kakak tua Pesquet yang hampir pupus dan burung Congo African Grey Parrots yang merupakan spesies nuri paling pandai di dunia!

Kakak-Tua-Merah-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

Selain itu, mereka turut menempatkan spesies burung yang tidak terbang. Ye tidak semua burung yang bersayap boleh terbang tinggi ke udara.

Antaranya burung unta, emu dan kasawari yang turut dipamerkan di taman burung yang terbesar di dunia ini! Di zon ini turut terdapat amfiteater untuk pertunjukkan burung.


Galeri Burung

Galeri-Burung-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

Di galeri burung ini anda boleh melihat pameran burung-burung taxidermi di mana burung-burung diawet bagi menunjukkan rupa parasnya yang asli.

Anda boleh melihat bulu, paruh serta rangka tulang mereka dengan lebih dekat.

Pusat Pendidikan Burung

KL-Bird-Park-3

Selepas melihat bentuk burung dan mendapatkan info tentang mereka serba sedikit, jom ke Pusat Pendidikan Burung untuk belajar tentang cara pembiakan dan penjagaan mereka.

Anda bakal ditunjukkan dengan telur-telur burung yang melalui proses inkubasi bagi memastikan mereka menetas dengan baik.

Sekolah Burung

KL-Bird-Park-2

Di sini merupakan bahagian khas untuk kanak-kanak anda memahami tentang spesies burung, di mana terdapat aktiviti buat anak-anak bersuka-ria sambil menambah ilmu tentang burung.

Dah menjelajah ke 4 zon melihat burung, bolehlah belajar tentang mereka pula.

Aviary Burung Oriental & Aviary Air Terjun

Taman-Burung-Kuala-Lumpur

Lokasi yang menempatkan spesies burung daripada Asia yang terdiri daripada pelbagai warna dan saiz.

Aviary Air Terjun mempunyai air terjun buatan yang turut menempatkan beberapa spesies burung di kawasannya.

Menariknya lagi taman ini turut terdapat beberapa buah kolam yang dipenuhi dengan ikan dan anda boleh membeli makanan ikan untuk memberi makan.


Kemudahan di KL Bird Park

Kemudahan-Taman-Burung-Kuala-Lumpur

KL Bird Park Selain mempunyai Hornbill Cafe, di sini pihak pengurusan turut menyediakan kemudahan lain seperti tempat bergambar bersama burung kakak tua, kedai cenderamata (Peacock Gift Shop & Hornbill Gift Shop), kiosk makanan (Flamingo Kiosk & Parrot Kiosk), tandas, tempat letak kenderaan dan lain-lain.

Destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Oleh kerana lokasinya yang luas dan cuaca di Malaysia yang agak panas, anda dinasihatkan untuk mengenakan pakaian dan kasut yang selesa.

Bersambung…

Tags: 6RKL Bird Parktaman burung malaysia
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-putrajaya
Pakej Kuala Lumpur

10 Tempat Menarik di Putrajaya Yang Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Putrajaya yang harus anda kunjungi? Putrajaya merupakan sebuah bandar raya moden yang mempunyai banyak daya...

Oleh: Hadi Ghazali
2 September, 2023
16.1k
tempat-menarik-di-selangor-ANMWFNV
Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

  Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
22.4k
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.4k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas