Tioman merupakan sebuah syurga pulau berbentuk titisan-air mata yang terletak kira-kira 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di dalam Laut China Selatan.
Berukuran kira-kira 38 km panjang dan 19 km lebar, Pulau Tioman merupakan yang terbesar dalam kumpulan 64 buah pulau gunung berapi yang ada.
Profilnya yang menyerlah dengan dua puncak Gunung Simukut menawarkan mercu tanda yang menonjol kepada pulau indah ini, direputasikan sebagai salah satu daripada sepuluh buah pulau tercantik dan mempersona di dunia.
- Lihat Pakej Percutian Pulau Tioman
- Lihat Penginapan di Pulau Tioman
- Lihat Aktiviti Popular di Pulau Tioman
- Lihat Peta Percutian Pulau Tioman
PinUntuk mendalami lebih lanjut tentang percutian di Pulau Tioman, saya senaraikan aktiviti dan tempat menarik di Pulau Tioman.
Tempat Menarik di Pulau Tioman

Pulau Tioman ini dikatakan sebagai lokasi bersemanyam kepada lagenda puteri naga dari China.
Lagenda menyatakan bahawa semasa lawatan puteri ke Temasek (Singapura), dia membuat hentian di Tioman, di mana dia dengan mudahnya jatuh cinta kepada keindahan pulau ini.
Dia memutuskan untuk mendedikasikan hidupnya kepada pengembara yang keletihan dengan menawarkan mereka tempat tinggal dan keselesaan sementara berehat di pulau ini.
- Terdapat beberapa buah perkampungan di Pulau Tioman: Tekek, Genting, Paya, Nipah, Mukut, Juara, Salang dan Air Batang.
- Tempat untuk dikunjungi di Pulau Tioman: Pantai Midday, Teluk Panuba, Salang, Kampung Tekek, Minang Cove, Air terjun Asah, Bagus Place Retreat, Juara Turtle Project
- Tempat untuk dikunjungi sekitar Pulau Tioman: Rumah Poseidon, Pulau Tulai, Pulau Sepoi, Pulau Labas, Pulau Soyak
Ada tempat menarik di Pulau Tioman dan dengan itu juga ada banyak perkara untuk dilakukan:
Menerokaan Hutan di Pulau Tioman

Meneroka hutan atau biasa dipanggil “trekking” merupakan cara terbaik untuk menikmati dan meneroka keindahan pemandangan dan bunyi-bunyian di dalam hutan tropikal di sini.
Dengan bergerak jauh ke dalam, ia akan menyerlahkan lagi rahsia sebenar hutan ini kepada para pengunjung. Terdapat beberapa laluan untuk diterokai di sini.
Yang menjadi pilihan utama tentunya laluan jelajah sepanjang 7 km, antara Tekek-Juara yang menghubungkan pantai Timur dan Barat pulau tersebut. Selain itu, laluan lain yang dicadangkan untuk para pengunjung adalah seperti, Mukut-Asah (2km), Mukut-Twin Peak (4km) dan Air Batang-Saloang (8km).
Peneroka boleh berhenti sekejap untuk menyegarkan diri di sungai sepanjang perjalanan ini.
Air Terjun Di Pulau Tioman

Di pulau ini terdapat beberapa buah air terjun semulajadi yang mempersona. Yang paling besar antara semua adalah Air Terjun Asah di mana air mengalir turun ke kolam berbatu di bawahnya.
Ia mengambil masa selama 40 minit untuk berjalan dari kampung Mukut, dan 20 minit dari kampung Asah untuk sampai ke air terjun ini. Satu lagi air terjun yang berbaloi dikunjungi adalah air terjun Lubok Tija di mana ianya cuma setengah jam perjalanan dari kampung Juara.
Percikan air sejuk dari air terjun ini membuatkan kawasan ini sesuai untuk sebarang aktiviti perkelahan.
Mendaki Gunung Di Pulau Tioman

Para pendaki boleh mengambil masa sebanyak enam jam untuk menakluk Gunung Kajang (1,038 meter) iaitu puncak tertinggi di pulau ini.
Bagi para peminat rock climbing, tapak-tapak yang terdapat di Tekek, Mukut dan Juara adalah sesuai untuk dikunjungi.
Para pendaki yang berpengalaman boleh menyertai aktiviti pendakian lasak di atas Gunung Si Mukut (Twin Peaks), puncak menara tertinggi di Malaysia.
Hidupan Liar Pulau Tioman

Pulau Tioman ini diliputi oleh hutan hujan tropika berbukit yang masih dara yang mana dihiasi dengan flora dan fauna yang menakjubkan.
Tumbuh-tumbuhan yang padat dan subur ini adalah habitat kepada spesis-spesis terlindung seperti pelanduk, kongkang, musang binturung, beruk ekor panjang, tupai gergasi, landak, reptilia dan amfibia.
Bagi peminat burung pula, terdapat 141 spesis burung terdapat di pulau ini untuk dilihat.
Zon Bebas Cukai Pulau Tioman

Diwartakan sebagai Zon Bebas Cukai pada tahun 2002, Pulau Tioman memainkan peranan penting kepada penduduk yang tinggal di sekitar pulau ini, termasuklah dalam membangunkan Tioman kepada sebuah destinasi pelancongan utama dan pilihan para pelancong.
Tekek merupakan kampung utama dan jalan masuk ke Tioman melalui udara dan laut. Ia juga merupakan perkampungan terbesar juga sebagai pusat pentadbiran bagi pulau ini.
Dengan menjadi pusat pentadbiran utama, terdapat banyak bangunan kerajaan, landasan pendaratan kapal, balai polis, imigresen, bank, pusat pertukaran wang, sekolah, masjid, klinik, kedai-kedai dan juga restoran.
Para pengunjung boleh menjelajah perkampungan ini dan juga membeli barangan-barangan seperti rokok, minuman keras, pakaian dan juga barangan keperluan rumah.
Pulau Tioman Resort: Bermain Golf Di Pulau Tioman

Bagi peminat permainan golf, 18 lubang yang ada di pusat golf Berjaya Tioman Golf and Spa Resort [Lihat Resort] di Kampung Tekek pasti dapat memuaskan hati mereka.
Pusat peranginan bertaraf antarabangsa ini menawarkan pantai-pantai indah, restoran, kolam renang, pusat sukan laut juga peralatan skuba dan snorkel.
Ini menjadikan Berjaya Tioman sebagai lokasi terbaik untuk mereka yang berbulan madu.
Melakukan Aktiviti Selaman Skuba Di Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan syurga kepada para penyelam untuk semua tahap. Air yang tenang dan tapak selaman seperti pulau-pulau kecil di Renggis dan Soyak amat sesuai untuk mereka yang baru belajar atau jurugambar bawah air.
Tapak selaman seperti Chebah dan Magicienne Rock merupakan lokasi popular di kalangan penyelam professional. Mereka biasanya dapat melihat Pari Kola yang besar, Jerung Paus, Jerung Terubu Karang, Barakuda dan Penyu.
Dasar laut sekitar Tioman menyimpan banyak rahsia dan misteri. Ia merupakan tempat bersemadi bagi banyak kapal, kebanyakannya kapal pukat tunda kayu. Selaman di waktu malam boleh dilakukan untuk menyaksikan hidupan marin waktu malam.
Aktiviti Snorkel Di Pulau Tioman

Aktiviti snorkel di Tioman merupakan sebuah syurga untuk diteroka akan dunia dasar lautnya. Air laut yang suam dan jernih menjadikan Tioman sebagai destinasi popular untuk aktiviti snorkel.
Hidupan marin yang kecil berdekatan pantai adalah tepat dan sesuai bagi mereka yang baru belajar.
Bagi mereka yang bercadang untuk mandi-manda di samping ikan-ikan, taman marin merupakan lokasi pilihan dan pada masa sama mereka dapat menikmati keindahan taman dasar laut yang ada di sini.
Taman Marin Pulau Tioman

Gugusan Pulau Tioman telah diwartakan sebagai taman marin bagi melindungi hidupan marinnya yang amat berharga. Perairan di Tioman ini merupakan habitat kepada hidupan laut yang indah dan kumpulan terumbu karang yang berwarna-warni.
Pusat Taman Marin ini terletak di antara kampung Tekek dan Air Batang dan diuruskan oleh Kementerian Perikanan. Sebagai sebuah kawasan perlindungan, hanya aktiviti-aktiviti tertentu sahaja dibenarkan seperti snorkel, selaman skuba, berenang dan tangkapan gambar dasar laut.
Mengambil terumbu karang, kulit siput dan aktiviti lain yang merosakkan adalah dilarang keras. Menangkap ikan tidak dibenarkan dalam jarak 3 km radius dari pulau.
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi melindungi pulau ini, dan para pengunjung diminta untuk membantu dan menyokong penguatkuasa tempatan bagi memelihara alam semulajadi yang ada di sini.
‘Hopping’ Pulau Sekitar Tioman

Salah satu aktiviti yang popular di Tioman adalah aktiviti melompat pulau. Terdapat beberapa buah pulau di sekitar Tioman yang boleh dikunjungi seperti Tulai, Chebeh, Sepoi, Labas, Sembilang, Sri Buat Tokong Bahara dan Jahat.
Terletak kira-kira 45 minit dari kampung Salang adalah Pulau Tulai, yang terkenal sebagai yang terbaik. Airnya yang jernih, pantai berpasir putih, pepohon kelapa yang melambai, terumbu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menjadikan Tulai sebagai tempat terbaik untuk aktiviti berenang dan berkelah.
Bagi pengunjung yang bertuah, mereka akan dapat menemui kawanan ikan lumba-lumba yang kadang-kadang ditemui di sekitar Tioman ini.
Kursus Menyelam Di Pulau Tioman

(PADI) Tioman juga menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk menyelam. Kebanyakan operator dan jurulatih selaman dibahagikan untuk menyesuaikan keperluan dari selaman pengenalan, selaman malam kepada kursus sijil selaman teknikal ‘PADI’ yang dikelolakan oleh ramai operator selaman di pulau ini.
Kursus ini boleh dilaksanakan dalam tempoh seminggu semasa penginapan para peserta/ pengunjung.
Pulau Tulai (Coral Island)
Terletak tidak jauh dari pesisir Pulau Tioman, pulau kecil yang tidak berpenghuni ini sangat popular dan sering digelar sebagai Coral Island.
Ia merupakan salah satu lokasi snorkeling dan selaman skuba yang paling jernih di sekitar perairan tersebut dengan ekosistem terumbu karang yang masih sangat terpelihara.
-
Aktiviti Pilihan: Berenang, bersnorkel bersama pelbagai spesies ikan eksotik, dan berehat santai di atas hamparan pasir pantai putih yang sangat halus.
Pusat Konservasi Penyu Juara (Juara Turtle Project)
Terletak di Kampung Juara (bahagian timur pulau), pusat pemuliharaan penyu laut ini diusahakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.
Tempat ini memberikan pendedahan mendalam yang sesuai untuk semua peringkat umur tentang usaha melindungi habitat marin yang semakin terancam.
-
Aktiviti Pilihan: Melihat pusat penetasan telur penyu dari dekat, belajar mengenai kitaran hidup penyu laut, dan jika anda datang pada musim yang tepat, anda mungkin berpeluang melepaskan anak penyu (tukik) kembali ke laut.
Gunung Nenek Semukut (Dragon Horns)
Puncak kembar granit yang gah ini terletak berhampiran Kampung Mukut.
Ia merupakan salah satu mercu tanda visual paling ikonik di Pulau Tioman dan sering menjadi tumpuan pendaki serta peminat sukan memanjat tebing (rock climbing) bertaraf antarabangsa.
-
Aktiviti Pilihan: Mengambil gambar landskap memukau berlatarbelakangkan puncak tanduk naga ini dari Kampung Mukut. Bagi mereka yang sangat cergas dan ekstrem, anda boleh merentas hutan ke kaki gunung atau menyertai ekspedisi memanjat tebing ke puncak.
Pulau Renggis
Walaupun saiznya kecil dan terletak berhadapan dengan Kampung Tekek, formasi batuan ini merupakan salah satu lubuk hidupan marin paling meriah.
Ia sangat terkenal sebagai habitat penyu laut dan ikan yu terumbu sirip hitam (blacktip reef shark) yang jinak.
-
Aktiviti Pilihan: Ini adalah lokasi wajib untuk bersnorkel atau selaman skuba. Anda berpeluang besar berenang dari jarak dekat bersama penyu dan ikan yu dalam perairan yang sangat jernih.
Teluk Kera (Monkey Bay)
Sebuah teluk terpencil dengan pantai berbentuk bulan sabit. Laluan masuk terbaik adalah melalui bot, atau merentas hutan dari Kampung Salang bagi yang sukakan cabaran.
Suasananya lebih tenang dan privasi berbanding pantai-pantai utama.
-
Aktiviti Pilihan: Sesuai untuk berkelah, mandi-manda, dan berehat. Anda juga boleh melihat monyet liar di sekitar kawasan hutan berhampiran (pastikan barang peribadi dan makanan dijaga dengan rapi).
Pusat Maklumat Taman Laut Kampung Tekek
Lebih daripada sekadar tempat pameran, kawasan perairan di sekitar jeti Taman Laut ini menempatkan tukun tiruan dan struktur kapal karam buatan.
Ia menarik ribuan ikan berwarna-warni yang berkumpul di sekitar kawasan jeti.
-
Aktiviti Pilihan: Sangat sesuai untuk aktiviti bersnorkel yang santai dan selamat, terutamanya bagi mereka yang membawa keluarga. Anda juga boleh meluangkan masa di dewan pameran untuk memahami lebih lanjut mengenai biodiversiti marin di sekitar pantai timur.
Video Percutian Pulau Tioman
Pulau Tioman Map/Peta

Pulau Tioman adalah mukim dan sebuah pulau di Daerah Rompin, Pahang, Malaysia.
Ia terletak 32 kilometer (20 batu) di lepas pantai timur negeri ini, [2] dan panjangnya sekitar 39 kilometer (24 batu) dan lebar 12 kilometer (7.5 batu). Ia mempunyai tujuh buah kampung.




Saya nak dapatkan pakej percutian 3h2m pada 31/7 brape ye harga
Untuk berapa orang cik Fizreen?
assalammualaikum encik hadi, bole email dekat saya package yg disediakan untuk satu family 7 dewasa 1 kanak2 di pulau tioman
Waalakimumsalam. Saya Hasrul membantu. Kami ada hantarkan maklumbalas melalui emel cik Shikin. Sila semak ya.
Boleh bagi pakej utk 2 org. Tarikh percutian 25-27 Julai 2020 (3D 2N)
Hi. Ya boleh cik Nurul. Kami hantarkan maklumbalas ke emel.