Apakah tempat menarik di Medan yang berbaloi dikunjungi? Seperti yang diketahui umum, Medan merupakan pintu masuk ke seluruh Sumatera Utara.
Dalam erti kata lain, untuk memasuki Sumatera Utara, seseorang itu perlu melalui Medan terlebih dahulu.
Medan, meskipun tidak begitu terkenal di kalangan masyarakat dunia, ia menawarkan kecantikan tropikal yang tiada tolok bandingnya.
Ia menawarkan kepelbagaian flora dan fauna hutan hujan penuh kesuburan, beberapa buah air terjun, gunung-ganang yang memukau serta kumpulan tasik-tasik yang indah.
Meskipun dengan ciri-ciri sehebat ini, sektor pelancongan di Sumatera Utara masih kurang memberangsangkan.
Namun demikian, ini pastinya tidak akan membantutkan keseronokan yang akan ditemukan di sini kerana, sesiapa sahaja yang datang ke sini akan dapat menikmati keindahan semulajadi asli di sini; bebas daripada aktiviti komersial berlebihan dan campur tangan manusia.
Tambahan lagi, bagi pelancong Malaysia destinasi percutian Medan adalah sangat ideal kerana terdapat banyak sejarah dan susur galur perkembangan orang melayu yang boleh dipelajari disini.
Soalnya, apakah tempat menarik di Medan yang popular? Jika anda masih teragak-agak untuk mempertimbangkan Medan sebagai destinasi anda dalam lawatan seterusnya ke Indonesia kami akan cuba terangkan dalam artikel ini.
- Lihat Pakej Percutian Popular Medan
- Lihat Penginapan Terbaik di Medan
- Lihat Tiket Penerbangan ke Medan
- Lihat Peta Percutian di Medan
Pin Berikut merupakan 10 destinasi yang membolehkan anda berubah fikiran.
Tasik Toba Keagungan Medan

Seperti sejarah bermulanya sesuatu lagenda, 7000 tahun dahulu, sebuah gunung berapi super telah meletup dengan dahsyatnya, meninggalkan sebuah kawah tasik sebesar dua kali ganda negara Singapura.
Kemudiannya pula, di tengah-tengah tasik tersebut mulai terbentuk sebuah pulau yang dikenali sebagai Samosir. Tasik ini dikenali sebagai Tasik Toba, sebuah tasik yang kekal kelihatan cantik walau dari sudut apapun ia dipandang.
Meskipun wujud tasik seunik ini, majoriti pengunjung yang datang lebih menggemari kawasan puncak di utara, sebuah bandar penternakan ikan yang kecil yang dikenali sebagai Tongging – lalu mengabaikan keindahan tasik ini.
Desa Tomok

Ingin merasai sendiri suasana hidup di perkampungan Medan? Kampung Tomok sentiasa menanti anda. Ia terletak di Pulau Samosir Danau Toba dan mengambil masa sejam berjalan kaki dari Tuk-Tuk.
Apa yang menarik anda boleh temukan rumah tradisonal kaum Batak di Desa Tomok ini. Disini juga anda boleh temukan makan bekas Raja Sidabutar.

Disini juga sangat tepat untuk mendapatkan cendermata dan disepanjang perjalanan koridor kedai-kedai cenderamata ini anda boleh temukan beberapa kerana diperbuat daripada batu yang menandakan ianya milik bekas keluarga Raja Sibutar.
Kampung Tomok juga adalah tempat feri kereta dari Ajibata (berhampiran Parapat) berhenti.
Istana Maimun

Tahukah anda, Istana Maimoon atau Istana Maimun ialah sebuah istana Kesultanan Deli dan mercu tanda terkenal di Medan. Hari ini, ia berfungsi sebagai muzium.
Nama itu sebenarnya adalah perkataan Arab untuk yang membawa maksud “berkat”.

Satu blok dari istana Maimun adalah terletaknya Mesjid Raya dan bangunan bersejarah ini juga merupakan daya tarikan bagi pelancong yang datang.
Istana ini dibina oleh arkitek Itali dan siap dibina pada tahun 1888. Istana ini mempunyai senibina dari gabungan pelbagai kebudayaan termasuk melayu, islamik, sepanyol, india dan itali.
Tanah Tinggi Berastagi, Gunung Sibayak & Gunung Sinabung

Berastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu kegemaran masyarakat Medan. Ia merupakan tempat percutian luar bandar ke bandar yang menawarkan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran segar tak berkesudahan.
Selain itu, Berastagi juga menampilkan keindahan dua gunung berkembar iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Jika anda sukakan cabaran lasak seperti mendaki dan meredah hutan, kedua-dua gunung ini amat sesuai untuk aktiviti sedemikian.
Pendakian ke Gunung Sibayak tidaklah sesukar yang disangka malahan pemandangannya juga amat mengagumkan.
Air Terjun Sipiso Piso

Daripada bukaan batu 120 meter di atas gaung Kabanjahe yang indah, mengalirnya salah satu air terjun paling tinggi di Indonesia. Air terjun ini dinamakan Sipiso Piso.
Ia dibentuk oleh sebuah sungai bawah tanah kecil dataran tinggi Karo yang meletus dari sebuah gua di tepi tasik Toba kaldera kira-kira 120 meter (360 kaki) ke paras tasik.

Sipisopiso adalah tarikan pelancong yang terkenal dan tempat menarik yang berdekatan menawarkan pemandangan indah musim gugur dan tasik.
Jika anda bertandang ke sini, anda pasti tidak akan terlepas merasai kesegaran apabila berada di bawah air terjun ini.
Malahan sebagai bonus, jika anda bernasib baik, anda berpeluang melihat kelibat lengkungan pelangi di bahagian bawah air terjun ini!
Air Terjun Sibolangit Dua Warna

Pernahkah anda bermimpikan air terjun indah yang seolah-olah hanya wujud dalam dunia mimpi dan angan-angan sahaja?
Keindahan air terjun Sibolangit ini boleh dikatakan memiliki ciri-ciri yang serupa. Apa yang menakjubkan mengenai air terjun ini adalah, ia memiliki dua warna!
Bertandang ke sini, anda akan dapat melihat pemandangan air terjun suam putih mengalir jatuh ke dalam kolam kristal sejuk berwarna biru.
Pemandangan ini sebenarnya terhasil daripada kandungan sulfur yang kaya terdapat di sini, yang mana turun dari gunung Sibayak dan kemudiannya dilarutkan ke dalam tasik.
Ini pastinya destinasi mesti pergi yang anda tidak boleh lepaskan!
Tinggi Raja Ala Pamukkale Turki

Ini adalah tempat menarik di Medan yang sungguh unik. Tinggi Raja merupakan rahsia yang tersimpan dengan amat baik di Sumatera Utara.
Seperti mana Pamukkale di Turki, Tinggi Raja menawarkan keindahan yang luar biasa namun tersembunyi dari pengetahuan orang ramai.
Tinggi Raja merupakan mata air panas semulajadi yang telah mengeras membentuk titisan “salji suam” yang diperbuat daripada kalsium karbonat.
Bukit Lawang Eko Pelancongan

Bukit Lawang semestinya adalah destinasi paling tepat untuk mereka yang menyukai eko-pelancongan. Pengunjung yang bertandang ke sini akan dapat mengintip salah satu ekosistem hutan hujan tropika yang paling kaya di dunia.
Di mana pengunjung akan dapat menemui sebuah bandar pelancongan kecil berhampiran dengan Sungai Bahorok yang juga merupakan tempat perlindungan haiwan terbesar bagi orang utan separa-liar Sumatera.
Tangkahan Langkat Medan Ala Tarzan

Tangkahan boleh dikatakan telah membawakan konsep eko-pelancongan ke kelasnya yang tersendiri. Lokasinya lebih jauh untuk dicapai, namun apabila anda sudah berada di sini, anda akan rasai sendiri betapa anda telah menyelami ke dalam pusat Taman Negara Gunung Leuser.
Berkunjung ke Tangkahan bermakna menukarkan keselesaan hidup di kota dengan merasai sendiri beberapa hari kehidupan ala-ala Tarzan: menunggang gajah, meredah hutan, meneroka gua kelawar, dan lain-lain lagi.
Itulah perasaan yang anda akan alami apabila ke Tangkahan ini.
Danau Linting & Deli Serdang

Tidak terkecuali, Danau Linting adalah salah satu tempat menarik di Medan dan merupakan tasik hijau tosca yang terletak di antara tiga buah kampung di wilayah Deli Serdang.
Kawasan ini amat berbeza dari laluan yang biasa diterokai orang ramai, keindahan tasik yang ada adalah semulajadi seperti yang seharusnya, iaitu tanpa campur tangan manusia.
Tempat ini menjadi lokasi terbaik untuk beristirehat di waktu petang seperti berteduh di sebalik dusun pokok-pokok contohnya.
Rumah Agam Tjong A Fie
Rumah agam ini sangat cantik dan bersejarah. Ia dibina pada zaman dahulu oleh seorang ahli perniagaan Cina yang sangat kaya bernama Tjong A Fie.
Apabila anda masuk ke dalam, anda seolah-olah kembali ke zaman silam.
Reka bentuk bangunan ini sangat unik kerana ia mencampurkan gaya seni bina Cina, Eropah, dan Melayu.
Di sini, pengunjung boleh melihat perabot antik, gambar-gambar lama, dan ruang tamu yang mewah.
Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar cantik dan ingin belajar tentang sejarah masyarakat Cina di bandar ini.
- Lokasi: Jalan Jenderal Ahmad Yani No.105, Kesawan, Medan Barat, Kota Medan.
Graha Maria Annai Velangkanni
Bangunan ini sangat istimewa kerana jika dilihat dari luar, ia nampak seperti sebuah kuil Hindu yang berwarna-warni dengan reka bentuk yang sarat dan cantik.
Namun sebenarnya, ini adalah sebuah gereja untuk penganut agama Katolik keturunan India Tamil.
Bangunan dua tingkat ini menunjukkan betapa harmoni dan toleransinya masyarakat di sini.
Reka bentuk luarnya yang unik menjadikannya tempat yang sangat popular untuk dikunjungi oleh pelancong dari pelbagai agama.
Suasana di dalamnya sangat tenang dan sesuai untuk melihat keunikan seni bina yang jarang dijumpai di tempat lain.
- Lokasi: Taman Sakura Indah, Jalan Sakura III No. 7-10, Tanjung Selamat, Medan Tuntungan, Kota Medan.
Maha Vihara Maitreya
Ini merupakan antara tokong Buddha yang paling besar di rantau Asia Tenggara.
Kawasan tokong ini sangat luas, bersih, dan menenangkan jiwa. Ramai pelancong datang ke sini untuk mencari ketenangan dari kesibukan kota.
Di sekitar kawasan tokong, terdapat sebuah taman yang dihiasi dengan cantik, tempat di mana burung-burung berterbangan bebas.
Anda juga boleh melihat sebuah kolam besar yang dipenuhi dengan ikan koi pelbagai warna.
Tempat ini bukan sahaja untuk penganut Buddha beribadat, tetapi juga terbuka kepada semua orang untuk bersiar-siar dan berehat bersama keluarga pada waktu petang.
- Lokasi: Kompleks Perumahan Cemara Asri, Jalan Boulevard Utara, Medan Estate, Percut Sei Tuan, Kabupaten Deli Serdang.
Rahmat International Wildlife Museum & Gallery
Muzium ini sangat luar biasa dan berbeza daripada muzium lain kerana ia mempamerkan haiwan-haiwan yang telah diawetkan.
Jika anda suka haiwan, anda pasti teruja melihat lebih daripada dua ribu jenis haiwan dari seluruh dunia di sini.
Semua haiwan ini mati secara semula jadi atau disumbangkan secara sah.
Anda boleh melihat harimau, gajah, singa, dan pelbagai jenis burung laut secara dekat, seolah-olah ia masih hidup.
Muzium ini sangat bagus untuk membawa anak-anak belajar mengenali pelbagai spesies haiwan liar tanpa perlu pergi ke hutan atau taman haiwan.
- Lokasi: Jalan S. Parman No.309, Petisah Tengah, Medan Petisah, Kota Medan.
Air Terjun Dua Warna
Air terjun ini adalah sejenis keajaiban alam semula jadi yang sangat memukau mata memandang.
Seperti namanya, air terjun ini mempunyai dua warna yang berbeza. Air yang jatuh dari atas berwarna biru muda dan terasa sangat sejuk, manakala air di bahagian bawah berwarna kelabu keputihan dan terasa suam.
Kejadian ini berlaku kerana terdapat campuran bahan semula jadi seperti belerang dari gunung berapi berhampiran.
Untuk sampai ke sini, anda perlu berjalan meredah hutan, jadi ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar.
- Lokasi: Desa Sirugun, Kecamatan Sibolangit, Kabupaten Deli Serdang.
Taman Alam Lumbini
Tempat ini terkenal dengan sebuah kuil Buddha besar yang berwarna emas berkilauan. Ia sebenarnya dibina meniru reka bentuk sebuah pagoda yang sangat terkenal di negara Myanmar.
Apabila cahaya matahari memancar, kuil ini akan kelihatan sangat megah dan cantik.
Selain bangunan kuil, kawasan di sekelilingnya juga sangat mempesonakan kerana ia dipenuhi dengan taman bunga yang pelbagai warna dan dijaga dengan rapi.
Oleh kerana ia terletak di kawasan tanah tinggi, udara di sini sangat sejuk, segar, dan nyaman, menjadikannya lokasi percutian yang santai untuk berehat dan bergambar.
- Lokasi: Desa Dolat Rayat, Berastagi, Kabupaten Karo.
Bukit Lawang
Bukit Lawang adalah syurga bagi pencinta alam semula jadi. Ia terletak di pinggir sebuah taman negara yang sangat besar dan tebal.
Tarikan utama di sini ialah peluang keemasan untuk melihat monyet jenis Orang Utan yang hidup bebas di dalam hutan liar.
Anda boleh mengupah pemandu arah tempatan untuk membawa anda berjalan masuk ke dalam hutan dan melihat haiwan ini berayun di dahan pokok.
Selain itu, pengunjung juga boleh bermandi-manda di sungai yang jernih atau mencuba aktiviti menyusuri sungai menggunakan pelampung tayar yang dikenali sebagai ‘tubing’.
- Lokasi: Kecamatan Bohorok, Kabupaten Langkat (Sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Leuser).
Danau Linting
Danau Linting adalah sebuah tasik air panas semula jadi yang sangat cantik dan unik. Air di dalam tasik ini berbau sedikit belerang dan mempunyai warna biru kehijauan yang sangat terang.
Pemandangan di sekeliling tasik ini dikelilingi oleh pokok-pokok rendang yang menjadikan suasananya agak misteri tetapi menenangkan.
Walaupun airnya suam dan sesuai untuk merendam kaki, pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak berenang di tengah tasik kerana kedalamannya masih belum diketahui dan dipercayai sangat dalam.
Ia adalah tempat yang cantik untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
- Lokasi: Desa Sibunga-bunga, Kecamatan STM Hulu, Kabupaten Deli Serdang.
Kampung Madras
Kawasan ini dikenali sebagai pusat masyarakat berketurunan India di bandar ini, seakan-akan kawasan ‘Little India’ di Malaysia.
Apabila berjalan di sini, anda akan merasakan suasana yang sangat meriah dan berbeza. Terdapat banyak kedai di sepanjang jalan yang menjual pakaian tradisional India seperti sari, barang kemas, dan rempah-ratus.
Tarikan utama sudah semestinya makanan. Anda boleh singgah di kedai-kedai makan untuk mencuba pelbagai hidangan lazat seperti roti canai, murtabak, nasi beriani, dan kari asli yang pekat.
Ia merupakan satu pengalaman budaya dan makanan yang sangat menarik untuk diterokai.
- Lokasi: Sekitar Jalan Zainul Arifin dan Jalan Teuku Cik Ditiro, Medan Petisah, Kota Medan.
Merdeka Walk
Ini adalah tempat wajib pergi pada waktu malam jika anda suka makan. Ia merupakan sebuah medan selera terbuka yang sangat besar dan sentiasa sibuk dengan orang ramai.
Di sini, anda boleh menjumpai berpuluh-puluh gerai yang menjual pelbagai jenis makanan, dari makanan tradisional tempatan sepert soto dan nasi goreng, sehinggalah makanan Barat dan makanan ringan.
Sambil duduk menikmati makanan yang sedap di bawah pokok-pokok besar yang dihiasi lampu cantik, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung.
Suasananya sangat meriah dan sesuai untuk melepak bersama kawan-kawan.
- Lokasi: Lapangan Merdeka, Jalan Balai Kota, Kesawan, Medan Barat, Kota Medan.
Bersambung…





Asslm dan selamat pg, saya akan ke medan pd 11/4-15/4 nanti.. Boleh tolong sebutkan harga pakej sy :[email protected]
Salam Encik Muhmmad. Ya boleh. Untuk berapa orang ke Medan Indonesia ya?
Morning sir mohon sebutharga 4dewasa,3kanak mohon emailkan saya ke brestagi
saya akan ke medan pada 8 disember 2019 hingga 12 disember. 4 dewasa 1 kanak. mohon emailkan saya sebutharga pakage medan kepada saya : [email protected]