fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia

15 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Bintan Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
20 Mac, 2023
Kategori: Indonesia, Pakej Batam
Masa Bacaan: 2 mins read
165 2
A A
1
Tempat-Menarik-di-Pulau-Bintan
13.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Apakah tempat menarik di Pulau Bintan yang berbaloi untuk diunjungi? Adakah Pulau Bintan menawarkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan?

Pulau Bintan yang terletak berdekatan dengan Malaysia dan Singapura ini mempunyai tarikan yang tersendiri dalam menarik pelancong luar untuk mengunjunginya.

Lokasi pelancongan ini begitu kaya dengan aktiviti air.

Pulau yang terletak di Kepulauan Riau ini boleh diakses menggunakan perkhidmatan feri, bot laju dan kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Raja Haji Fisabilillah.

Pulau-Bintan

  • Lihat Penginapan Terbaik di Bintan
  • Lihat Aktiviti Menarik di Pulau Bintan
  • Lihat Peta Percutian Pulau Bintan

Pin

  • 1 White Sands Island
  • 2 Vihara Patung Seribu Wajah
  • 3 Pantai Trikora
  • 4 Gurun Pasir Bintan
  • 5 Treasure Bay
  • 6 Pulau Penyengat
  • 7 Pulau Senggarang
  • 8 Desa Wisata Ekang
  • 9 Poyotomo Fishing Park
  • 10 Gedung Gonggong
  • 11 Gunung Bintan
  Apabila tiba ke Pulau Bintan anda boleh meneroka beberapa destinasi pelancongan menarik seperti:


White Sands Island

white-sands-island-bintan
White Sands Island Bintan

White Sands Island terkenal dengan pasir putihnya serta keadaan pulaunya yang menenangkan kerana ia merupakan private island.

Untuk ke destinasi ini anda perlu menaiki bot laju dan dicadangkan untuk menyeberang disaat  air laut sedang pasang.

Bintan-Resort
Bintan Resort

Di sini anda boleh bersiar-siar di persisiran pantainya yang begitu bersih, berkayak, berkhemah attai au menaiki bot lutsinar untuk melihat terumbu karang.

Jika anda memilih untuk menginap di sini, mereka turut mempunyai beberapa pilihan resort.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Teluk Bakau, Gunung Kijang, Bintan Regency, Riau Islands 29151, Indonesia

Vihara Patung Seribu Wajah

Patung-Seribu-AakashA
Imej oleh: AakashA

Pulau Bintan bukan sahaja terkenal dengan tarikan alam semulajadi, malah ia mempunyai destinasi pelancongan yang berkonsepkan agama dan budaya yang cukup memukau!

Setibanya anda di lokasi ini, anda bakal melihat deretan 500 patung berukuran raksasa yang mempunyai pelbagai ekspresi seperti sedang senyum, ketawa, sedih, marah dan lain-lain.

Patung-Seribu-Pulau-Bintan-Randi-Septino
Patung Seribu Pulau Bintan | Imej oleh: Randi Septino

Selain memiliki ekspresi wajah yang berbeza, patung di sini turut mengenakan aksesori yang pelbagai.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 5:00pm | WG3R+R2P, Jl. Asia Afrika, Batu IX, Kec. Tanjungpinang Tim., Kota Tanjung Pinang, Kepulauan Riau 29125, Indonesia

Pantai Trikora

Pantai-Trikora-Erlina-Dw
Pantai Trikora | Imej oleh: Erlina Dw

Pantai Trikora cukup popular dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati suasana pantai yang jernih dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.

Di sepanjang pantai ini turut ditumbuhi dengan pepohonan redup seperti pohon kelapa, pohon bakau dan pohon cemara bagi mengurangkan bahang mentari.

Pantai-Trikora-Noname-Vy
Pantai Trikora | Imej oleh: Noname Vy

Anda boleh menikmati penginapan resort, menyewa pondok kayu, snorkeling, menyewa peralatan memancing, menaiki banana boat, berkanu dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Trikora.

Pantai yang sepanjang 25km ini dikatakan tidak kurang hebatnya dengan keindahan pantai di Pulau Bali!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Trikora, Kawal, Kec. Gn. Kijang, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau 29151, Indonesia

Gurun Pasir Bintan

Gurun-Pasir-Bintan-2
Gurun Pasir Bintan

Ini bukan Gurun Sahara tetapi Gurun Pasir Bintan yang terletak di Desa Busung Kepulauan Riau ini pada asalnya tapak perlombongan pasir yang dieksport ke Singapura dan terbiar sepi buat sekian lamanya.

Kini ia telah menjadi popular dalam kalangan pelancong kerana menawarkan pemandangan yang cantik untuk bergambar!

Gurun-Pasir-Bintan

Destinasi ini semakin menarik untuk anda bergambar dengan adanya sebuah tasik yang berair biru.

Tasik ini dikenali dengan nama Telaga Biru atau Danau Biru.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 6:00pm | Jl. Raya Busung, Busung, Kec. Seri Kuala Lobam, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau 29152, Indonesia

Treasure Bay

Treasure-Bay-Bintan
Treasure Bay Bintan

Anda mencari destinasi yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik?

Treasure Bay merupakan salah satu taman rekreasi yang terbesar di Asia yang menyediakan sukan air untuk semua peringkat umur.

Treasure-Bay-Bintan
Treasure Bay Bintan

Anda boleh menikmati aktiviti ATV, Adventure Mangrove Night Tour, Mangrove Pontoon Day Tour, Mangrove Kayak Tour, memanah, berbasikal, tiub air, skuter elektrik dan banyak lagi.

Destinasi ini turut mempunyai sebuah lagun yang berkeluasan 6.3 hektar yang dikenali Crystal Lagoon.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kawasan Pariwisata, Jl. Raja H. No.KM 01, Sebong Lagoi, Kec. Tlk. Sebong, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau 29155, Indonesia

Pulau Penyengat

Pulau-Penyengat-Indrawan-Ibonk
Pulau Penyengat | Imej oleh: Indrawan Ibonk

Pulau Penyengat yang turut digelar sebagai Pulau Penyengat Inderasakti terletak sekitar 6 km dari Kota Tanjung Pinang yang menyimpan pelbagai sejarah mengenai pemerintahan Provinsi Kepulauan Riau dan kerajaan Melayu seperti Johor, Pahang, Siak dan Lingga.

Penyengat-Island
Penyengat Island

Di pulau ini anda boleh melawat ke Masjid Raya Sultan Riau yang dibina dengan putih telur, makam raja, kompleks istana sultan dan benteng pertahanan Bukit Kursi.

Apabila berkunjung ke Pulau Penyengat anda boleh mengetahui sejarah asal-usul tempat ini mendapat nama.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Penyengat, Tanjung Pinang Kota, Tanjung Pinang City, Riau Islands, Indonesia

Pulau Senggarang

Pulau-Senggarang
Pulau Senggarang

Selain Pulau Penyengat yang terkenal dengan peninggalan sejarahnya, anda boleh menyambung penerokaan sejarah di Pulau Senggarang.

Pulau Senggarang merupakan penempatan masyarakat Tionghoa sub suku Tio Ciu (Cao Zhouw) sub suku Hokkian (Fu Jian) pada abad ke 19 hingga 20.

Antara tinggalan sejarah yang terdapat di sini adalah patung dewa, Kelenteng Marco, Kelenteng Sung Te Kong, Kelenteng Tay Ti Kong, Kelenteng Anio dan Kelenteng Beringin.

Anda boleh mengunjungi lokasi ini melalui jalan darat atau menaiki bot kecil.


Desa Wisata Ekang

Desa-Wisata-Ekang
Desa Wisata Ekang

Desa Wisata Ekang berkeluasan 13 hektar menyediakan pelbagai penginapan dan aktiviti menarik dengan pemandangan yang cukup menenangkan.

Anda boleh memilih penginapan yang berkonsepkan kabin, glamping, khemah di tepi tasik atau khemah terapung.

Desa-Wisata-Ekang
Menunggang Kuda di Desa Wisata Ekang

Jika menginap di sini anda boleh mengisi masa dengan melakukan aktiviti seperti berbasikal, bunny island, menaiki ATV, menunggang kuda, memanah, memancing, barbeku dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Teluk Sebong, Jl. Jendral Sudirman Jl. Kp. Pereh, Ekang Anculai, Sukoharjo, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau 29151, Indonesia

Poyotomo Fishing Park

Poyotomo-Fishing-Park- leny-rismalia
Poyotomo Fishing Park | Imej oleh: Leny Rismalia

Selain bersantai di kawasan pantai, anda boleh mengajak ahli keluarga untuk bersiar-siar di Poyotomo Fishing Park yang menawarkan pemandangan Gunung Bintan yang cukup memukau!

Taman ini turut menjadi spot menarik untuk anda bergambar atau melakukan aktiviti rekreasi seperti berkhemah, barbeku, menaiki cabana dan memancing di kolamnya yang luas.

Poyotomo-Fishing-Park-Show-Siong-Kee
Poyotomo Fishing Park | Imej oleh: Show Siong Kee

Pasti syok memancing sambil menghayati pemandangan gunung yang tersergam indah di depan mata anda. Menariknya lagi kerana destinasi ini bersuhu dingin dan nyaman.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Bintan Buyu, Teluk Bintan, Bintan Regency, Riau Islands 29133, Indonesia

Gedung Gonggong

Gedung-Gong-Gong-Romi-Hermawan
Gedung Gong Gong | Imej oleh: Romi Hermawan

Anda pasti membayangkan kawasan gedung besar yang luas apabila membaca nama lokasi yang satu ini.

Untuk pengetahuan anda Gedung Gonggong merupakan Pusat Maklumat Pelancongan yang menjadi ikon kepada Tanjung Pinang.

Gedung-Gong-Gong-Ricco-Tampati
Imej oleh: Ricco Tampati

Bangunannya cukup unik kerana direka mengikut bentuk cangkerang Gonggong. Ia merupakan siput laut yang menjadi hidangan tempatan yang istimewa di sini.

Tempat riadah ini menawarkan pemandangan laut dan matahari terbenam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | WCGQ+X8R, Tanjungpinang Kota, Tanjung Pinang Kota, Tanjung Pinang City, Riau Islands, Indonesia

Gunung Bintan

Gunung-Bintan-Besar-Setio
Gunung Bintan Besar | Imej oleh: Setio

Tidak puas dengan hanya menikmati pemandangan Gunung Bintan dari kejauhan? Apakata anda mencabar diri untuk menakluki puncak gunung ini ketika bercuti ke Pulau Bintan.

Gunung Bintan ini mempunyai ketinggian 400 m dari aras laut ini memakan masa kira-kira 2 jam pendakian untuk tiba ke puncaknya.

Pemandangan-Gunung-Bintan-Besar-Gervinko
Pemandangan dari Gunung Bintan Besar | Imej oleh: Gervinko

Sepanjang pendakian anda bakal menemui bermacam flora dan fauna seperti kera, tupai dan burung.

Menariknya jika anda ke sini pada musim durian terdapat pesta ‘’Bintan Mountain Tracking and Durian Party’’ yang diadakan di puncaknya!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bintan Buyu, Teluk Bintan, Bintan Regency, Riau Islands, Indonesia

Pulau Bintan cukup kaya dengan tarikan pelancongannya, di mana anda boleh melawat banyak lagi destinasi yang menarik.

Ilove-Binta-Resort
I love-Bintan | Imej oleh: Bintan Resort

Antaranya Panglong Village Berakit, Banyan Tree Temple Senggarang, Galeri Dekranasda Kabupaten Bintan, Grotto Santa Maria, Safari Lagoi & Eco Farm, Bintan Mangrove, Lake Lagoi, Tanjung Pinang Traditional Market dan lain-lain.

Bersambung…

Tags: pengalaman ke bintanpulau bintan resort
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-lombok
Pakej Lombok

50 Aktiviti & Tempat Menarik di Lombok Yang Popular Untuk Anda Melancong Kali Ini

  Apakah tempat-tempat menarik di Lombok? Dalam artikel ini, kami menyampaikan anda maklumat terperinci tentang percutian Lombok dan disediakan dalam 2 bahagian....

Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
28.8k
Gili Trawangan, Gili Indah, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia
Pakej Lombok

Pulau Lombok & Sejarahnya: 30 Senarai Pulau & Gili Terkenal Menjadi Kunjungan Pelancong

  Ada apa di Pulau Lombok? Apakah yang menarik di Lombok dan bagaimana keadaan percutian di Lombok itu? Pada hakikatnya...

Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
29.6k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
1 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia 1
Pakej Pulau Pinang

ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia

Oleh: Hadi Ghazali
19 November, 2022
1
13.6k

  Ada apa di Escape Theme Park Penang? Pening mencari destinasi percutian untuk melarikan diri daripada kesibukkan harian? Inginkan sesuatu...

Baca Selanjutnya
Percutian-Beijing

Melancong Ke Beijing: 10 Aktiviti & Destinasi Popular [PANDUAN LENGKAP]

4 Mac, 2022
10.5k
tasik-kenyir-terkini

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir Resort, Houseboat & Aktiviti Paling Menarik

28 Mac, 2023
54.3k
air-terjun-di-kelantan-jelawang-Syed-Al-Yahya

10 Tempat Riadah & Air Terjun di Kelantan

8 September, 2022
10.5k
Kampung Agong Penang

18 Tarikan Kampung Agong Penang

23 Februari, 2023
15.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
1
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas