Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Semenyih

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
19 Mac, 2024
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 3 mins read
11k 579
A A
0
tempat menarik di semenyih
12.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Semenyih yang berbaloi dikunjungi? Ia adalah sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang menarik.

Nama “Semenyih” berasal dari dialek bahasa Minang yang mengandungi kata “semunyi,” yang berarti “sembunyi.”

Menurut cerita lisan, istilah ini muncul ketika Engku Husain memerintahkan pengikutnya bersembunyi dari pihak berkuasa Negeri Sembilan.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Semenyih awalnya berada di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor.

Pada masa Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan, sementara Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

Lokasi Semenyih terletak di koordinat **2°57′N 101°51′E** dengan ketinggian sekitar 43 meter di atas permukaan laut.

Meskipun secara geografis berada di Selangor, banyak penduduk masih keliru dan menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.

Pekan Semenyih merupakan salah satu dari 9 mukim di Daerah Hulu Langat, yang juga mencakup Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua, dan Kajang.

Empangan Semenyih, yang diempang pada tahun 1984, menyimpan air untuk memasok Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan daerah Hulu Langat.

tempat-menarik-di-semenyih-selangor

  • Lihat Penginapan Terbaik di Semenyih
  • Lihat Aktiviti Popular di Semenyih
  • Lihat Peta Percutian di Semenyih

Pin

  • 1 Ostrich Wonderland Semenyih
  • 2 Kolam Pancing Damai Semenyih
  • 3 Bukit Broga
  • 4 Semenyih Lake Country Club
  • 5 Restoran Semenyih Fish Valley
  • 6 Pusat Rekreasi Sungai Tekala
  • 7 Saville Wonderland
  • 8 Semenyih Eco Venture
  • 9 Raccoon Garden Cafe
  • 10 Setia Mayuri Welcome Centre
  • 11 Semenyih Dam
  • 12 Sg. Lalang Hot Spring
Meskipun memiliki akar sejarah, Semenyih terus berkembang sebagai bandar modern dengan kuil, tempat rekreasi, dan pemandangan alam yang menarik.


Ostrich Wonderland Semenyih

Ostrich-Wonderland-Semenyih-2

Jom bawa anak-anak anda beramah mesra dengan burung unta di Ostrich Wonderland. Di sini anda akan didedahkan dengan cara penternakan dan penjagaan burung unta.

Terdapat lebih kurang 200 ekor burung unta untuk anda memberi makan dan bergambar bersama mereka.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ostrich-Wonderland-Semenyih-2

Selain burung unta, terdapat kambing, angsa, ayam belanda dan keldai yang turut menjadi tarikan pelancong di ladang ini.

Untuk mendapatkan barangan yang unik seperti telur burung unta, anda boleh singgah ke kedai cenderamatanya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Lot 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Kolam Pancing Damai Semenyih

Kolam-Pancing-Damai-Semenyih

Kolam Pancing Damai terletak di Jalan Sungai Lalang dan beroperasi setiap hari pada jam 10 pagi hingga 2 pagi.

Lokasi ini begitu popular dalam kalangan kaki pancing di seluruh Selangor! Kolam pancing ini sentiasa meriah dengan aktiviti pertandingan memancing setiap minggu.

Di laman facebook mereka anda boleh melihat siaran papan ranking setiap minggu hasil tangkapan oleh pesertanya.

Antaranya hasil tangkapan ikan patin seberat 10kg dengan tawaran hadiah sebanyak RM500 pasti menarik ramai kaki pancing untuk ke sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Bukit Broga

BROGA-Hill

Bukit Broga yang berketinggian 400 meter dari paras laut ini begitu sesuai untuk pemula yang ingin mencuba aktiviti mendaki bukit.

Laluan sepanjang pendakian adalah pelbagai, di mana anda akan menempuh laluan yang berbatu, berpasir curam dan lembah sempit untuk tiba ke puncaknya.

Untuk di laluan yang agak sukar, ada disediakan tali keselamatan untuk memudahkan para pendaki.

Terdapat beberapa port yang menarik untuk anda bergambar dan melihat matahari terbit.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00am – 6:30pm | Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor

Semenyih Lake Country Club

Semenyih-Lake-Country-Club

Semenyih Lake Country Club milik persendirian ini terletak di  dalam Taman Tasik Semenyih dan berhadapan taman tasik seluas 20 ekar.

Antara kemudahan yang disediakan adalaha kolam renang, kolam renang kanak-kanak, jakuzi, gim, gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanak, gazebo, bilik karaoke dan kafeteria.

Ia merupakan lokasi terbaik di Semenyih untuk anda bersantai bersama ahli keluarga.

Tambahan lagi pemandangan hijau yang menenangkan bakal membuat anda terpesona apabila berkunjung ke sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan TTS 1/1, 43500 Semenyih, Selangor

Restoran Semenyih Fish Valley

Semenyih-Fish-Valley-Restaurant-Edmond-Chong
Imej oleh: Edmond Chong

Restoran yang terletak bersebelahan kolam yang besar ini begitu mudah untuk diakses dan mempunyai ruang parkir yang luas untuk pengunjungnya.

Restoran yang berkonsep terbuka ini begitu terkenal dalam kalangan penduduk Semenyih dan sekitarnya untuk menikmati hidangan laut yang segar.

Antara hidangan menarik yang ditawarkan adalah Thai Sauce Fried Fish, Sizzling Water Spinach, Salted Egg Squid, Thai Steamed Fish dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 9:00pm |  Sri Haneco Industrial Park, Jalan Kachau Jalan Kachau PT, 16367 Semenyih, Selangor

Pusat Rekreasi Sungai Tekala

Tekala-River-Recreation-Forest-Dominic-Ho
Imej oleh: Dominic Ho

Pusat Rekreasi Sungai Tekala menjadi pilihan ramai untuk berkelah atau mandi-manda di kawasan air sungainya.

Bagi yang berkunjung bersama anak-anak, anda boleh memilih untuk bermain air di kawasan yang cetek dan tidak berbatu bagi memastikan keselematan anak-anak terjaga.

Di sini terdapat gerai makanan, bilik persalinan, pondok, tandas dan tempat letak kenderaan berbayar. Pusat Rekreasi Sungai Tekala turut sesuai sebagai tempat untuk berkhemah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Saville Wonderland

Saville-Wonderland-Izrin-Hariri
Imej oleh: Izrin Hariri

Saville Wonderland berkeluasan sekitar 9 ekar dan berkonsepkan pelancongan agro yang mempunyai beberapa aktiviti dan tarikan yang menarik.

Terdapat zoo mini yang menempatkan kuda, burung unta, landak, rusa, lembu sado, rakun serta iguana.

Keistimewaan zoo mini ini adalah haiwannya yang jinak dan selamat untuk anda membiarkan anak-anak meneroka haiwan tersebut.

Selain itu terdapat kolam untuk anda memancing ikan puyu dan ikan air tawar. Lokasi ini turut menawarkan aktiviti seperti menaiki ATV sejauh 14 kilometer.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Lot 3476, Kampung Pasir, Semenyih, Selangor

Semenyih Eco Venture

Semenyih-Eco-Venture-Village-Sweet-Tinie
Imej oleh: Sweet Tinie

Semenyih Eco Venture menawarkan ‘one stop fun spot’ yang mempunyai penginapan berkonsepkan kontainer yang terbesar di Hulu Langat!

Antara penginapan yang ditawarkan adalah container rooms, tube rooms, villa, kampung huts dan dorms.

Aktiviti yang ditawarkan di sini pula seperti ATV, berbasikal, memancing, flying fox, futsal, jungle & river trekking, kayak, ninja boy, ninja wall, ninja warrior, paintball dan berenang.

Lokasi ini menawarkan perkhidmatan untuk team building, hari keluarga, majlis resepsi, pertandingan sukan dan persatuan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot Tanah PT 1351, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor

Raccoon Garden Cafe

Raccoon-Garden-Cafe-Restaurant

Raccoon Garden Cafe terletak di Persiaran Eco Forest 1 yang beroperasi setiap hari pada jam 11 pagi hingga 9 malam.

Antara hidangan istimewa di kafe ini adalah Chargrill Chicken Breast, Brownie Ice Cream, Kitori Chicken Fried Rice, Mario’s Mushroom, Beef Bacon Aglio Olio dan Grill Chicken Chop Cheesy.

Suasana kafe yang menenangkan serta dekorasi menarik menjadikan pengunjung berasa lebih santai untuk menikmati hidangan di sini.

Di bahagian luar kafe sesuai untuk anda bergambar dengan arca menara Eiffel, pondok telefon merah serta deretan catur bersaiz besar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 9:00pm | 1, Persiaran Eco Forest 1, Eco Forest, 43500 Semenyih, Selangor

Setia Mayuri Welcome Centre

Setia-Mayuri-Welcome-Centre

Anda mencari destinasi yang seakan-akan vibes di Bali? Jom singgah di Setia Mayuri Sales Gallery yang berkonsepkan dekorasi dan lanskap ala Bali.

Lokasi ini adalah ruang pameran rumah yang dibina berkonsepkan resort. Anda boleh ke sini untuk melihat keunikkan contoh rumah tersebut.

Memandangkan ia berkonsepkan Bali, ia lebih dikenali sebagai ‘Little Bali’ dalam kalangan penduduk Semenyih.

Pengunjung yang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar seperti bercuti ke Bali!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | 6, jalan mayuri 3/1a, setia mayuri, 43500 Semenyih, Selangor

Semenyih Dam

Semenyih-Dam-Ir-Rusman-Abu-Samah
Imej oleh: Ir Rusman Abu Samah

Saat senja tiba, tempat ini menjadi lokasi yang sempurna untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Pesona danau yang menenangkan dan pemandangan gunung di sekitar akan membuat anda merasa seolah-olah berada di dunia yang berbeza.

Anda boleh singgah sebentar melihat pemandang disini.


  • Lihat Peta | 3VMM+F7 Hulu Langat, Selangor

Sg. Lalang Hot Spring

Sg-Lalang-Hot-Spring-Thevarupan-Chelladurai
Imej oleh: Thevarupan Chelladurai

Dengan caj serendah RM5, anda boleh merehatkan diri dengan merendam tubuh di air panas.

Air panas yang cetek serendah 0.5 meter di sini adalah terapi alami untuk meredakan stres dan meremajakan tubuh.

Suasana yang tenang tanpa gangguan bising menjadikanya digemari pengunjung yang inginkan suasana therapeutic.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 10:00pm | Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Semua tempat ini menawarkan pengalaman yang beragam, mulai dari keindahan alam hingga sejarah dan aktivitas rekreasi.

Jadi, jika kalian ingin melarikan diri dari rutinitas dan menjelajahi keindahan Semenyih, jangan lewatkan kesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat menarik ini!

Tags: hotel semenyih
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.9k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.6k
Selanjutnya

TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my