fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
24 Ogos, 2023
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 2 mins read
105 3
A A
0
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

Imej oleh: Nor Khaliza

16.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Ada tempat menarik di Teluk Intan? Teluk Intan adalah sebuah bandar yang menawarkan pelbagai tarikan untuk pengunjung yang mencari percutian yang menarik.

Bandar ini terkenal dengan Menara Condong, sebuah bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda Teluk Intan. Anda boleh melawat menara ini dan menikmati pemandangan bandar dari atas.

Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan Sungai Perak, sungai terpanjang di Malaysia. Anda boleh menaiki bot penambang dan melihat kehidupan nelayan di sepanjang sungai. Anda juga boleh bersantai di Pusat Rekreasi River Front, sebuah taman rekreasi yang menyediakan aktiviti seperti river cruise, memancing, berkelah dan berkhemah.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Jika anda seorang penggemar makanan, anda tidak akan kecewa dengan pelbagai pilihan hidangan yang ada di Teluk Intan. Anda boleh mencuba udang galah, makanan laut segar yang dimasak dengan pelbagai cara. Juga boleh merasai mi rebus dan rojak Mastan Ghani, dua hidangan popular yang disukai oleh penduduk tempatan dan pelancong.

Jangan lupa juga untuk mencicipi cendol durian, pencuci mulut yang manis dan lazat.

tempat-menarik-di-perak

  • Lihat Penginapan Terbaik di Teluk Intan
  • Lihat Aktiviti Menarik di Teluk Intan
  • Lihat Peta Percutian di Teluk Intan

Pin

  • 1 Menara Condong Teluk Intan
  • 2 Batu Tenggek
  • 3 River Front Teluk Intan
  • 4 Jeti Stesen Telimetri
  • 5 Memorial Pelanggaran Gajah Sungai Kerawai
  • 6 Pasar Besar Teluk Intan
  • 7 Masjid Jamek Kampong Batak Rabit
  • 8 Tokong Hock Soon Keong
  • 9 Istana Lama Raja Muda Perak
  • 10 Restoran Udang Galah
  Ah, usah berlengah lagi. Mari kita lihat senarai aktiviti dant tempat menarik yang ada di Teluk Intan.


Menara Condong Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan
Menara Condong Teluk Intan | Imej oleh: Khoo Sheng Peng

Jangan tak tahu di Malaysia mempunyai sebuah menara condong yang sudah berusia sekitar 100 tahun! Menara Condong Teluk Intan asalnya dibina sebagai tempat takungan air pada tahun 1885.

Ia dikatakan menjadi condong kerana berlaku banjir besar di Teluk Intan pada tahun 1895.

Menara-Condong-Teluk-Intan-Leon-Lee-Keith
Menara Condong Teluk Intan | Imej oleh: Leon Lee Keith

Menara setinggi 85 kaki ini turut dilengkapi dengan jam besar dan dibina oleh Leong Choon Cheong mengikut reka bentuk pagoda di negara China.

Anda boleh menjejaki setiap tingkat menara ini bagi melihat keunikan senibina kayu dan batu yang masih utuh berdiri!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Batu Tenggek

Batu-Tenggek-Yen-Mei
Batu Tenggek | Imej oleh: Yen Mei

Lokasi bersejarah di Teluk Intan turut popular dalam kalangan pelancong, antaranya Batu Tenggek yang terletak di persimpangan jalan masuk ke bandar Teluk Intan.

Alang-alang berada di tengah bandar apakata singgah sebentar meneroka sejarahnya.

Batu peringatan ini dibina sebagai lambang untuk memperingati sejarah Perang Dunia Kedua. Tugu ini hanya dibina dengan menggunakan sebongkah batu granit bersaiz besar yang turut diukir potongan ayat daripada puisi For the Fallen.

Tidak hanya mempunyai sejarah turut terdapat mitos tentang kewujudan batu tersebut!

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

River Front Teluk Intan

River-Front-Teluk-Intan-HGOD
River Front Teluk Intan | Imej oleh: HGOD

Jika anda bercuti beramai-ramai di Teluk Intan, Pusat Rekreasi River Front merupakan salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi.

Di sini anda boleh beriadah atau bersantai menghabiskan waktu petang. Pusat rekreasi ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas serta perkhidmatan sewa bot yang membolehkan anda untuk mengelilingi Sungai Perak.

River Front Teluk Intan
River Front Teluk Intan | Imej oleh: Elah Lala

Menikmati suasana sungai pada waktu petang pasti menyeronokkan di samping mendengar cerita daripada pemandu bot.

Selain itu anda boleh menikmati pemandangan sungai dari atas menara tinjau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6, Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Jeti Stesen Telimetri

Jeti-Stesen-Telimetri-T-Wong
Jeti Stesen | Imej oleh: T .Wong

Jeti Stesen Telimetri Kg Terengganu dikatakan antara lokasi yang popular bagi penggemar fotografi untuk beraksi dengan lensa kamera!

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Bot-bot yang berlabuh di jeti ini boleh dijadikan sebagai ‘background’ untuk anda bergambar.

Selain terkenal dengan aktiviti fotografi, di sini turut terdapat perkhidmatan menaiki bot untuk menyelusuri Sungai Perak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Memorial Pelanggaran Gajah Sungai Kerawai

Memorial-Stone-Elephant-1894-Hai-Loon
Memorial Stone Elephant 1894 | Imej oleh: Hai Loon

Juga dikenali sebagai Memorial Stone Elephant 1894. Selain tugu Batu Tenggek, di Teluk Intan terdapat sebuah memorial yang dibina untuk memperingati kisah sejarah yang berlaku pada tahun 1894.

Menariknya tentang kisah ini adalah berkaitan dengan gajah! Dikatakan di lokasi ini telah berlaku perlanggaran keretapi dan gajah yang mengakibatkan seekor gajah mati di situ.

Memorial-Pelanggaran-Gajah-Sungai-Kerawai-Tun-Teja
Memorial Pelanggaran Gajah Sungai Kerawai | Imej oleh: Tun Teja

Dan ia merupakan gajah yang paling besar dalam sejarah Malaysia ketika itu sehinggakan tengkorak kepalanya di simpan di Muzium Taiping serta tulang pahanya dipamerkan di Muzium KTMB.

Menurut cerita gajah tersebut bertindak demikian bagi menuntut bela diatas kematian anaknya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 467, Lorong 14, Taman Melor, 36000 Teluk Intan, Perak

Pasar Besar Teluk Intan

Pasar-Besar-Teluk-Intan-William-Ng
Pasar Besar Teluk Intan | Imej oleh: William Ng

Nak cari buah tangan untuk dibawa pulang? Anda boleh ke Pasar Besar Teluk Intan yang beroperasi seawal jam 8 pagi setiap hari.

Di sini anda boleh mendapatkan barangan tradisional, makanan kering, makanan laut dan kuih-muih tradisional. Anda pasti merasa teruja melihat keriuhan masyarakat yang berbilang kaum mempromosikan barangan mereka.

Di samping hasil laut yang segar, harga jualan yang berpatutan pasti membuat anda rambang mata dan tak menang tangan untuk memborong!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta  | 7:30am – 7:00pm | Jalan Woo Saik Market, 36000 Teluk Intan

Masjid Jamek Kampong Batak Rabit

Masjid-Jamek-Kampung-Batak-Rabit-Anwar-Osman
Masjid Jamek Kampung Batak Rabit | imej oleh: Anwar Osman

Sekitar 7 kilometer dari bandar Teluk Intan, terdapat sebuah masjid yang mempunyai nilai sejarah kerana dikatakan telah berusia lebih dua abad! Masjid Jamek Kampong Batak Rabit ini menggunakan senibina Melayu-Eropah dan seperti Masjid Demak. Di sini turut terdapat Kentung yang merupakan batang kayu digunakan bagi menandakan masuk waktu solat.

Anda juga boleh melawat Masjid India Muslim dan Madrasah Al-Ihsaniah yang turut dikategorikan dalam Jejak Warisan di Teluk Intan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 58, 36000 Teluk Intan, Perak

Tokong Hock Soon Keong

Tokong-Hock-Soon-Keong-Raynardthan-Pontoh
Tokong Hock Soon Keong | Imej oleh: Raynardthan Pontoh

Lokasi keagamaan ini terletak di Jalan Pasar dan mempunyai sejarah pembinaannya yang begitu menarik.

Ia dibina sebagai tanda penghargaan daripada Major Jeneral Sir Archibald Anson yang sembuh sakit apabila meminta doa dengan Dewa mengikut kepercayaan mereka.

Seterusnya lokasi ini telah menjadi tumpuan kaum China Hokkien untuk aktiviti kebajikan serta tempat menyelesaikan permasalahan mereka. Dikatakan ketika Perang Dunia kedua, banyak artifak berharga yang telah hilang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Istana Lama Raja Muda Perak

House-Muda-Raynardthan-Pontoh
House Muda | Imej oleh: Raynardthan Pontoh

Anda masih mencari lokasi estetik untuk bergambar? Jom kunjungi bekas istana Raja Muda Perak ini yang dibina pada tahun 1924. Buat pengetahuan anda, Teluk Intan pernah digelar sebagai Bandar Diraja dimana beberapa acara besar bermakna pernah diadakan di sini seperti majlis perkahwinan puteri kedua Raja Muda Perak.

Setelah kediaman rasmi Raja Muda berpindah ke Istana Tetamu di Ipoh, lokasi ini mula terbiar. Anda boleh menjelajah kawasan ini untuk melihat binaannya yang masih utuh di samping berfoto di kawasan sekitar.


  • Lihat Peta | 1918, Jalan Sekolah, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Restoran Udang Galah

Restoran-Udang-Galah-Teluk-Intan-MaskT
Restoran Udang Galah Teluk Intan | Imej oleh: MaskT

Untuk pengetahuan anda, Teluk Intan turut terkenal dengan hidangan udang galah yang begitu segar dan terdiri daripada pelbagai saiz. Restoran Udang Galah di Jalan Sekolah ini merupakan salah satu restoran yang terkenal untuk anda menikmati hidangan seperti Udang Masak Sambal, Mee Udang Galah serta Udang Galah Masak Lemak.

Restoran ini dibuka setiap hari dan sesuai untuk anda menikmati hidangan tengahari setelah penat meneroka kisah sejarah di Teluk Intan. Antara lokasi lain untuk menikmati hidangan udang galah adalah Restoran D’Tepian.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 6:00pm | 1918, Jalan Sekolah, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Anda juga boleh mengunjungi Jambatan Keretapi Sungai Bidor, Kuil Sri Thendayuthapani, Makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Balai Polis Lama Teluk Intan dan Gerbang Malam.

Teluk Intan adalah tempat yang sesuai untuk anda yang ingin mengalami budaya, sejarah dan alam semulajadi Malaysia. Jadi, tunggu apa lagi? Segera rancang percutian anda ke Teluk Intan sekarang!

Tags: Hotel di Teluk IntanTempat makan menarik di teluk intanTempat penginapan menarik di teluk intan
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-pulau-pangkor
Pakej Pulau Pangkor

30 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor [PANDUAN LENGKAP]

  Pulau Pangkor merupakan salah satu daripada pulau paling terkenal di Malaysia. Terletak di sepanjang Selat Melaka, pulau ini menjadi...

Oleh: Hadi Ghazali
26 September, 2023
27.5k
Seni Kraftangan Mariwasa
Pakej Perak

15 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuala Kangsar [BANDAR DIRAJA]

  Ada apa yang menarik di Kuala Kangar? Apakah berbaloi bertandang ke Kuala Kangsar? Dengan keindahan istana raja, tapak bersejarah...

Oleh: Hadi Ghazali
24 Ogos, 2023
25k
Selanjutnya
5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.4k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas