Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

159 Tempat Menarik Di Sabah Terkini

Sabah adalah sebuah negeri di Malaysia yang menduduki bahagian utara pulau Borneo. Ia terkenal dengan Gunung Kinabalu setinggi 4.095m, puncak tertinggi di Asia Tenggara

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
10 Disember, 2025
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 4 mins read
15.5k 818
A A
20
tempat-menarik-di-sabah
17k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Sabah yang popular dikunjungi, atau dimanakah destinasi-destinasi yang jarang diterokai di Sabah?

Sabah memang sudah terkenal diseluruh dunia dan baru-baru ini ia telah menerima anugerah istimewa iaitu diktiraf sebagai ‘3 Tempat Paling Popular Asia Pasifik‘ untuk pelancongan.

Ianya memang benar dan merupakan tarikan besar pelancong dari China dan Korea Selatan. Nak tahu kenapa?

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Sabah sangat menarik dari segi pelancongan kerana menawarkan percutian tropika yang sangat lengkap. Sebut saja pasti boleh anda jumpa bah dan pasti ada disini!

Anda boleh bercuti untuk menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pegunungan, pantai dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa.

Negeri ini dengan sekurang-kurangnya mempunyai 32 suku kaum asli, menawarkan banyak destinasi semulajadi, tarikan kebudayaan, dan tentunya makanan laut yang lazat yang ditangkap segar dari Laut China Selatan.

Bagi pelancong luar, makanan laut di Sabah biasanya dikatakan jauh lebih murah dari tempat luar. Apakah Tempat-tempat percutian menarik yang ada di Sabah?

Pakej Kota KInabalu Sabah

  • Lihat Pakej Percutian Popular Sabah
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Sabah
  • Lihat Penginapan Terbaik di Sabah
  • Lihat Peta Lokasi Percutian Sabah

Pin

  • 1 Senarai Zon Pelancongan Terkenal di Sabah
  • 2 Gunung Kinabalu
  • 3 Taman Negara Kinabalu
  • 4 Gunung Trusmadi
  • 5 Trek Maliau Basin, The Lost World of Sabah
  • 6 Pulau Tiga (Survivor Island)
  • 7 Berlayar Menyusuri Sungai Klias
  • 8 Melawat Perlindungan Orangutan Sepilok
  • 9 ‘Tip Of Borneo’ Tanjung Simpang Mengayau Kudat
  • 10 Mari Mari Cultural Village
  • 11 Water Rafting Sungai Padas
Semak 150 lebih senarai destinasi pilihan dibawah dan bersedialah untuk terpersona.


Senarai Zon Pelancongan Terkenal di Sabah

Aktiviti-tempat-menarik-di-sabah
Boheydulang Island (Pulau Bohidulong)

Tempat-tempat menarik di Sabah bolehlah di pecahkan kepada beberapa zon dan kategori mengikut kawasan bandar, pekan dan tarikan utama di daerah. Bagi memudahkan pencarian anda, sila rujuk senarai tempat menarik di Sabah mengikut pilihan paling popular. Setiap zon mempunyai tema dan tarikannya tersendiri.

  1. Kota Kinabalu
  2. Kundasang & Ranau
  3. Tuaran, Tamparuli & Kiulu
  4. Labuan, Beaufort & Kuala Penyu
  5. Kota Belud, Kudat & Kota Marudu
  6. Tenom, Keningau Tambunan & Sipitang
  7. Sandakan & Kinabatangan
  8. Lahad Datu, Tungku & Kunak
  9. Semporna
  10. Tawau
  11. Pulau-Pulau di Sabah

Tetapi, sekiranya anda tidak tahu hendak bermula dari mana, dalam artikel ini kami senaraikan tempat percutian paling popular di Sabah bagi memulakan pengembaraan anda.

Berikut adalah tempat-tempat menarik paling mendapat carian tertinggi di Sabah:


Gunung Kinabalu

Gunung-Kinabalu-Sabah

Perasaan apabila anda sudah sampai ke puncak gunung ini membuatkan anda berasa sangat puas hati serta seperti berada di tempat paling tinggi di dunia.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Setiap tahun, pelancong yang datang ke Kota Kinabalu akan mencuba cabaran yang bukan senang untuk ditempuhi.

Keyakinan diri, mental yang kuat serta kekuatan fizikal adalah perkara wajib yang perlu ada untuk menaiki gunung ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Pakej | Lihat Tour | Lihat Peta | Mt Kinabalu National Park, Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah

Taman Negara Kinabalu

Taman Negara Kinabalu
Taman Negara Kinabalu

Anda perlu mengambil sehari untuk lakukan aktiviti di Taman Negara ini yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco yang pertama di Malaysia.

Anda boleh bawa keluarga anda melihat alam sekitar yang kaya dengan flora dan fauna termasuk menerokai taman botanical, muzium serangga serta berjalan kaki melihat sekitar hutan.

Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan menjumpai bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia.

Anda boleh dapatkan pakej percutian Kundasang ini yang turut menawarkan lawatan ke Taman Kinabalu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Tiket masuk adalah RM3 | Kinabalu Park, 2GHW+XR Kundasang, Sabah

Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi Puncak
Puncak Gunung Trusmadi Puncak

Jika anda fikir mendaki Gunung Kinabalu sangat mencabar, anda perlu cuba mendaki Gunung Trusmadi dulu.

Laluan-laluan yang perlu dilalui sangat mencabar terutama apabila anda berjalan pada waktu malam. Tetapi, apabila anda sudah sampai ke puncak, perasaan puas hati akan wujud kerana anda telah menawan gunung yang sukar untuk didaki.

Di puncak gunung ini juga anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu. Anda cuma perlu bersedia untuk bermain dengan lumpur semasa membuat pendakian.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | JF23+M2 Tambunan, Sabah

Trek Maliau Basin, The Lost World of Sabah

Maliau Basin
Air Terjun Maliau Basin | Imej oleh: Mewot

Trek Maliau Basin ini sangat terkenal di Sabah. Hutan yang hanya 50% baru diterokai ini mempunyai pelbagai misteri yang masih belum dirungkai.

Hutan simpan yang sangat mencabar dan banyak air terjun yang belum diterokai serta laluan yang tidak pernah diterokai menjadikan cabaran yang perlu anda tempuhi amat sukar.

Hutan yang mempunyai persekitaran yang panas dan lembap sepanjang tahun memudahkan badan terhidrasi dengan cepat. Anda perlu bersedia untuk bawa bekalan air masak yang banyak supaya mudah untuk menjalankan aktiviti di dalam hutan ini.

Untuk ke Maliau Basin anda boleh melalui lapangan terbang Tawau dan menaiki kenderaan ke melalui Jalan Tawau/Kalabakan-Keningau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Maliau Basin Reception and Information Building, Maliau Basin Center

Pulau Tiga (Survivor Island)

Survivor Island
Pulau Tig terkenal dengan program realiti TV Survivor Island

Pulau Tiga yang juga dikenali sebagai Survivor Island berikutan dengan siri realiti British ini menjadi sambutan pelancong yang datang.

Pulau yang berdekatan dengan Kota Kinabalu ini menjadi tarikan kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Aktiviti seperti snorkelling, menyelam dan paling unik adalah berendam dalam lumpur gunung berapi asli menjadi tarikan utama kepada pelancong yang datang. Pulau ini juga kaya dengan fauna seperi musang terbang, kelawar, biawak serta pelbagai jenis burung.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Borneo Eagle Resort Pulau Tiga Kuala Penyu, 89740 Kota Kinabalu

  • Tiket: Lihat Tour | Perlu menyewa bot 12 orang dengan caj RM650 atau ambil pakej 2H1M dengan Rm250 seorang

  • Operasi: Jeti Kuala Penyu dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong

Berlayar Menyusuri Sungai Klias

Klias River Cruise Sabah
Klias River Cruise

Dikenali sebagai Klias Wetland River Cruise, ini adalah lawatan seharian di atas bot melihat pemandangan alam sekitar. Perjalanan yang mengambil masa dua jam dari bandar Kota Kinabalu ini memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bot yang dinaiki boleh menampung seramai 15 sehingga 20 orang dan setiap bot akan ada seorang pemandu pelancong untuk menerangkan tentang persekitaran sungai.

Tarikan utama semasa anda berada di atas bot ini adalah monyet ekor panjang dari jenis Macaques.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 3:00pm – 8:00pm | Klias River Cruise, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah

Melawat Perlindungan Orangutan Sepilok

Orangutan Sepilok
Orangutan Sepilok

Apabila anda bercuti bersama keluarga ke sabah, tempat yang wajib anda pergi adalah pusat perlindungan Orangutan.

Tempat yang paling terkenal di Sabah untuk melihat Orangutan adalah di Sepilok. Selain Sepilok, kawasan lain juga adalah seperti Resort Shangri-la Rasa Ria (rizab perlindungan).

Anda boleh mempelajari cara hidup orangutan serta memberi makan kepada haiwan ini.

Terdapat platform untuk anda melihat Orangutan hidup secara liar tanpa gangguan dan paling penting ianya sangat jinak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

‘Tip Of Borneo’ Tanjung Simpang Mengayau Kudat

Inilah lokasi paling hujung di utara Borneo
Inilah lokasi paling hujung di utara Borneo

Di bahagian hujung barat laut atau puncak Borneo terletaknya Tanjung Simpang Mengayau atau maksud harafiahnya, “persimpangan singgahan”.

Jika anda membaca risalah pelancongan yang biasanya didapatkan percuma di lapangan terbang, Tanjung Simpang Mengayau ini merupakan lokasi di mana ombak-ombak Laut China Selatan bertembung dengan ombak-ombak dari timur Laut Sulu.

Jika anda merasa berani, anda bolehlah berdiri di tebing laut, di bahagian tanjung yang selamat, diatas batuan licin yang diselimuti alga dan cengkerang kupang yang tajam yang melekat padanya.

Dan juga merasakan sendiri percikan air masin tersembur ke wajah anda kesan daripada pelanggaran ombak keatas batu-batuan pantai, dan pada masa sama merasai angin kuat meniup muka dan badan anda.

Tanjung Simpang Mengayau The Tip Of Borneo
Landmark bagi menandakan Tanjung Simpang Mengayau & Tip Of Borneo

Pada hari cerah, anda boleh melihat pulau-pulau terpencil seperti Bangi dan Balambangan dengan sekadar melihat ke laut. Pemandangan pulau-pulau ini adalah amat indah seolah lukisan dan menjadi kemestian untuk dilihat apabila berkunjung ke Sabah.

Apabila hari mulai senja dan matahari mulai melabuhkan tirainya, anda akan dapat melihat jalinan warna biru, merah, oren dan keemasan menghiasi laut pantai – menambahkan lagi keajaiban pemandangan Tanjung Simpang Mengayau.

Tanjung Simpang Mengayau ini terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Perjalanan anda akan disambut oleh Pantai Kalampunian yang terletak di sebelah kiri anda, sebuah pantai yang kurang dikunjungi namun masih sangat indah ini akan mengiringi perjalanan anda hinggalah ke puncak Borneo.

Pantai ini terkenal di Sabah sebagai salah satu pantai yang paling murni tidak terusik oleh campur tangan manusia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Simpang Menggayau, Tip of Borneo, 89050 Kudat, Sabah

Mari Mari Cultural Village

Mari-Mari-Cultural-Village
Aktiviti harian suku kaum Dusun and Rungus

Kebiasaannya, apabila bercerita mengenai perkampungan budaya, seseorang pastinya membayangkan pengalaman yang agak kuno dan membosankan. Namun, ianya tidak benar sama sekali apabila bercerita mengenai Perkampungan Budaya Mari Mari.

Ternyata kunjungan ke sini banyak menambahkan ilmu pengetahuan dimana pengunjung dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah-rumah komuniti etnik Sabah antaranya – Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun – dan terpesona dengan seni bina, tarian tradisional dan ritual mereka.

Melihat sendiri rumah panjang yang benar-benar berpenghuni (penduduk tinggal di dalamnya), boleh dikatakan lawatan ke perkampungan budaya ini merupakan pengalaman yang begitu nyaman sekali.

Pengunjung yang datang juga berpeluang untuk belajar, antara lain, kaedah tradisional untuk menghasilkan api, meniup sumpitan sebenar, merasai wain beras, madu hasilan tempatan dan makan makanan ringan tradisional.

Mari-Mari-Cultural-Village-2
Alamai keunikan Sabah sebenarnya

Salah satu acara kemuncak yang dipamerkan oleh perkampungan ini adalah permainan trampolin atau ‘Lansaran’ (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut berwajah sengit di dalam rumah panjang mereka.

Usaha berpasukan diperlukan bagi menghasilkan rentak kuat di atas trampolin bagi membolehkan pelompat melompat tinggi ke udara bagi merebut bendera daripada sasaran yang diletakan pada siling rumah. Ketinggian lompatan ini boleh mencecah 12 kaki!

Perkampungan Budaya Mari Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Bagi pelancongan kebudayaan ini tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda kunjungi dengan lebih dekat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Water Rafting Sungai Padas

Berkayak-di-Sungai-Padas-Azura-Nor
Berkayak di Sungai Padas | Imej oleh: Azura Nor

Jika anda ingin menambahkan lagi keseronokan dalam aktiviti percutian anda, jangan ketinggalan untuk menyertai program meluncur air sungai atau water rafting di Sungai Padas.

Destinasi yang dimaksudkan adalah Pangi, sebuah perkampungan kecil yang hanya boleh dicapai dengan kereta api.

Bergantung kepada program yang anda sertai, perjalanan bermula sebelum matahari terbit dengan menaiki van ke bandar Beaufort, di mana anda dapat menaiki kereta api diesel lama, satu-satunya pengangkutan masuk ke kawasan pedalaman selain daripada berjalan kaki.

Perjalanan kereta api akan berhenti di beberapa stesen sebelum tiba ke stesen Pangi, sambil menyelusuri tepian Sungai Padas bersama himpunan bukit-bukit menghijau dan deruman air sungai yang mengalir deras.

berkayak-berkanu-di-sungai-padas
Tahap cabaran ekstrim Sungai Padas

Jika anda sukakan aktiviti ekstrim dan lasak cabaran ini wajib anda sertai kerana ia juga menjadi satu tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda sahut cabaran.

Anda boleh duduk di dalam gerabak besi bersama-sama dengan penumpang-penumpang tempatan dan berbual-bual dengan mereka, atau berdiri di tepi pintu untuk melihat keindahan alam semulajadi Sabah sambil mendengar bunyi ketukan logam roda keretapi lama bergeser dengan rel.

Program meluncur sungai ini merupakan program sehari penuh. Ianya diadakan sepanjang tahun namun arus paling deras biasanya boleh ditemui pada bulan November ke bulan Mac. Wow and sudah terasa goncangannya?


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 4VR8+89 Beaufort, Sabah

Bersambung…

  1. Kota Kinabalu
  2. Kundasang & Ranau
  3. Tuaran, Tamparuli & Kiulu
  4. Labuan, Beaufort & Kuala Penyu
  5. Kota Belud, Kudat & Kota Marudu
  6. Tenom, Keningau Tambunan & Sipitang
  7. Sandakan & Kinabatangan
  8. Lahad Datu, Tungku & Kunak
  9. Semporna
  10. Tawau
  11. Pulau-Pulau di Sabah

Promo-Banner-Sabah

Tags: melancong ke sabahpakej percutian sabahpercutian sabahtempat melancong ke sabah
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

empat Menarik Di Kundasang Ranau
Pakej Sabah

55 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah Terkini

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
29 April, 2026
45.3k
tempat-menarik-di-kota-kinabalu
Pakej Sabah

62 Aktiviti Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Terkini

  Bandaraya ini merupakan sebuah bandar moden dan pesat membangun yang mana merupakan ibu negeri kepada negeri Sabah. Kota Kinabalu,...

Oleh: Hasrul Wayne
30 Mac, 2026
80.9k
Selanjutnya

Komen 20

  1. blank Alisha says:
    + -

    Good Info admin..tq for sharing

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Welcome Alisha. 😀

  2. Jetrol tolrish says:
    + -

    Encik ni pertama kali saya melancong..bagaimana saya hendak mendapatkn pakej murah dan kenderaan untuk ke satu tempat?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Hi Encik Jetrol. Boleh hubungi konsultan kami di +601-7353-6884, dan kami akan bantu Encik.

  3. blank Sandy says:
    + -

    Hi, may I know if u have package including flight?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Hi Sandy. This is private package, but we can arrange flight for you vacation.

Sebeleum
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
31.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.3k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
85.8k
tempat-menarik-di-johor-bahru

10 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

4 Mac, 2026
92.1k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.1k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my